Bismillah. Ingin aku coretkan pada semua wanita, untuk sama-sama berinspirasi dan mengambil inspirasi ini untuk maju ke hadapan.
Disclaimer: Kaya yang dimaksudkan, mampu serba serbi.
Aku Nazha (bukan nama sebenar) dan berumur 40 tahun. Dibesarkan dalam adik beradik yang ramai. Sejak kecil aku melihat mak aku seorang yang berdaya saing. Usianya kini 85 tahun dan terlantar sakit strok dan sakit tua.
Mak tak belajar tinggi, tapi dia ada usaha, semangat untuk berjaya. Orang-orang yang lahir tahun 30an dulu, jarang dapat peluang untuk bersekolah, walaupun cerdik.
Mak aku anak perempuan bongsu dan ada adik lelaki yang bongsu. Mak kahwin masa umur 21 tahun. Itupun dianggap dah terlambat sangat berkahwin. Walaupun semasa hari pernikahannya pada tengahari, pagi dia masih pergi sekolah. Dia memang gigih untuk menuntut ilmu.
Kawan-kawan mak tanya.. ‘eh mun, kat rumah kau ada majlis apa?, siapa yang kahwin?’ Tanya mereka.. Mak aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Sedangkan tengahari itu dia bakal dinikahkan dengan bapak aku.
Zaman sekolah mak, dia banyak lompat kelas. Tak pernah ada sejarah static atau ditahan di kelas yang sama. Sistem persekolahan dulu-dulu adalah, kalau kau tak lulus, kau tak akan naik darjah.
Banyak kali mak akan lompat kelas sampai kelas atas… adakala akan tersaing dengan abang-abang dia yang tak lulus darjah. Tapi anak lelaki kan istimewa.. maka merekalah yang diberi priority untuk meneruskan persekolahan.
Lepas mak kahwin, dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang taat. Mak aku orang jawa, kami diasuh walau lelaki atau perempuan, kerja rumah kena buat sama-sama. Bayangkanlah, tanggungjawab mak sebagai ibu, sebagai menantu, sebagai isteri, sebagai pekerja kebun.
Dia bekerja mengusahakan kebun bersama-sama bapak aku. Mak beranak ramai. 4 anaknya meninggal waktu kecil dan yang ada tinggal 10 orang.
Anak nombor 1 hingga 5 mempunyai purata umur 56-46 tahun. Anak no 6 hingga 10 purata umur 40 hingga 30 tahun. Jadi ada 2 generasi di sini untuk memudahkan penceritaan kelak.
Mak terlihat sebagai wanita yang cekal dan berinspirasi. Walaupun dia memakai pelbagai topi, dia sentiasa sibukkan diri mencari ilmu baru.
Dia rajin pergi kelas KEMAS untuk naik taraf kemahiran diri. Pelbagai masakan dia cuba, pelbagai kraf dia hasilkan. Aku teringat kuih-kuih yang dihasilkan selepas kelas dan dibawa pulang ke rumah.
Kraf-kraf yang dihasiilkan terdiri dari pelbagai jenis. Ada hiasan dinding, ada beg tangan, ada bakul dan lain-lain.
Dulu dirumah aku, penuh dengan kraf hiasan dinding dari batang ubi yang di patah-patahkan dan dibentuk menjadi bunga. Ada juga hiasan dinding dari duit siling 1 sen yang disusun menarik.
Kadang-kadang aku dengan bangga akan memakai beg yang dihasilkannnya dengan menggunakan straw, getah, dan pelbagai teknik anyaman. Mak juga menambah kemahiran diri dengan menjahit. Pelbagai baju dihasilkan. Semua bajunya cantik-cantik dan jiran kerap bertanya beli dimana.
Keluarga kami orang susah, mak aku jahit perca dan dia reka baju-baju tersebut untuk anak-anak dia pakai. Aku masih ingat, aku ada satu baju warna biru muda, dan selajur biru tua ditengah-tengah. Juga dihiaskan riben yang dijahitnya sendiri. Sungguh menawan dan luar biasa sekali.
Dengan sifatnya yang bersemangat dan sentiasa ingin maju, mak turut dijadikan inspirasi oleh adik-adik iparnya (makcik aku, adik bapak).
Makcik pernah bercerita, waktu itu mak telah beranak lima. Dia kendong bayinya umur 5 bulan dan minta makcik untuk temankan dia sambil jaga bayinya.
Rupa-rupanya dia telah melakukan persiapan menyeluruh untuk bertanding perbahasan bersama pasukannya yang terdiri dari guru-guru,
Makcik kata, mak aku hentak meja tak bersetuju dan dia terlihat berkarisma sekali. Tak ingat keputusannya menang atau kalah, tapi makcik aku ambil semangat itu untuk belajar kerana dia buta huruf.
Adik beradik bapak tidak pernah disekolahkan ayanhya, tapi apabila bapak sudah kerja sendiri, dia sekolahkan kesemua adik-adiknya.
Sebab itu, mereka sangat sayang bapak sebagai abang mereka.
Mak asuh anak-anaknya dengan baik. Anak sulung mak adalah perempuan. Dia juga ada perwatakan mak. Sangat pandai, athletic, pandai berbahas, dan sentiasa dapat keputusan cemerlang.
Mak jangkakan dia akan masuk universiti kerana mak memang berhasrat biar anak perempuannya masuk universiti.
Malangnya, kakak aku pilih untuk berkahwin di usia muda, Mak menangis teresak-esak tika kakak dinikahkan. Kakak aku menjadi suri rumah sepenuh masa dan dia tidak pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran.
Aku terkesima sedikit bila mengetahui, kakak kahwin awal kerana dia tak mahu kerja kebun tolong mak dan bapak. Untuk makluman, kakak sulung kahwin waktu aku pun belum ada.
Mendengar cerita ini, bila aku dewasa aku sendiri faham perasaan mak. Mak waktu kecil nak sangat masuk universiti, nak belajar tinggi.
Tapi mak tak ada peluang tu. Mak tak dapat peluang tu. Dulu kalau belajar sekolah orang putih, nanti jadi Christian katanya. Belajar tinggi hanya layak untuk lelaki.
Isteri tempatnya disisi suami. Tapi kau wahai kakak, ada peluang, mak asuh jadi cemerlang, mak dokong… tapi alasan kau sebab tak nak kerja kebun sebabtu nak kahwin awal..
Mungkin sebab dia tak belajar tinggi, dia kata aku beli PhD. Waktu tu aku pinjam duit abang aku sebab aku nak proof read thesis je pun.
Abang aku pun hadiahkan duit tu kat aku sebab dia bangga anak perempuan mak bapak sampai tahap tu. Aku bersyukur kehidupan kakak bagus, tapi mindset dia memang tak bahagia bila adik-adik perempuannya berjaya. Lain benar dia dengan mak aku ya..
Apa terjadi memang dah jodoh kakak. Kehidupan kakak Alhamdulillah bagus. Dia kini gembira bersama cucu-cucunya.
Selepas peristiwa itu, mak betul-betul sokong, dokong dan usaha terbaik agar anak-anak selepas kakak menuntut ilmu. Hati mak reda kerana semua anak lelaki mak selepas kakak sulungku berjaya,
Mereka pergi luar negara dan melanjutkan pelajaran. Menjadi orang besar dan kepakaran mereka adakala terlihat dibual bicara television.
Sejak aku kecil, aku Nampak figura mak sebagai pejuang dengan semangat tinggi. Dari kecil aku bercita-cita ingin berjaya seperti abang-abangku dari nombor 2 hingga 5.
Alhamdulillah semua anak mak dari nombor 6 hingga 10 masuk universiti dan berjaya sekarang. Dari kecil aku dah persiapkan diri.
Aku taknak lelaki kaya, aku taknak orang kaya, tapi aku sendiri mesti berjaya, kaya dan beradab. Aku ulang-ulang ayat ini. Kalau dapat lelaki kaya tu bonus, tapi aku dah ingatkan diri sendiri, aku sendiri mesti kaya dan berjaya.
Mungkin takdir, aku betul tak dapat lelaki kaya. Aku berkahwin umur 30 tahun dan waktu itu, aku sudah ada sedikit harta dan sedikit berjaya. Titian kejayaan tu aku daki sudah payah sebab tak pandai mana, tak cemerlang mana.
Aku Cuma ada usaha, ada daya juang macam mak aku dan aku cemburu dengan orang yang sentiasa menuntut ilmu. Beratus temuduga aku pergi, beribu cv aku hantar dan aku mula dengan seorang kerani, now ada PhD, ada jawatan besar.
Selepas 10 tahun berkahwin, suami aku tetap tak kaya, tapi aku yang terus kaya dan berjaya. Suami aku baik, rajin dah cukup bagi aku.
Priority aku sebagai seorang yang mempunyai pendapatan lebih, aku akan ajak suami dan anak makan sedap-sedap.
Belanja mereka tanpa berkira. Kalau aku tak ada inspirasi macam mak, mesti aku salahkan suami aku sebab dia tak kaya.
Bayangkan lah, terapi anak saja sudah beribu (Anakku hanya seorang dan autism). Bayangkan kalau aku tak berjaya, agaknya aku beranak dihospital kerajaan dengan melahirkan bayi secara normal.
Sedangkan aku tak tahan sakit dan memang bercita-cita bersalin di swasta secara ceaseran. Nasib Allah bagi aku berjaya, aku sendiri sediakan duit untuk beranak ke hospital swasta dengan suami ada dibilik pembedahan. Kalau aku tak berjaya, aku mesti salahkan suami aku sebab tak ada duit.
Maaf cakap, sebab aku kuat complaint sebab tu aku sendiri kena ada duit. Kalau aku sendiri tak ada duit, mesti suami aku makan maki juga sebab tak mampu sediakan apa yang aku minta.
Suami aku complaint duduk rumah teres panas, nak tidur tak selesa. Lepastu jiran teres kata aku kera sumbang, jenis tak bergaul. Maafla jiran, kita tukar makanan boleh, tapi bukan mengumpat orang. Sebab suami aku baik, anak aku comel, aku beli rumah besar sikit.
Kalau aku tak kaya agaknya, sampai kesudah kami duduk kipas-kipas sendiri. Lepastu tahan telinga dengar makcik bawang mengata aku kera sumbang. Dulu pun masa kami susah, dah biasa juga duduk rumah panas, tahan telinga dengar kecaman.
Tapi sebab Allah bagi rezeki lebih, kita usahakan mana yang patut untuk keselesaan keluarga.
Aku tak ada syak wasangka bukan-bukan dengan suami yang aku kenal selama 17 tahun. Setakat 10 tahun kahwin, kad aku dia tau semua no pin, belum pernah lagi kena songlap.
Aku kenal waktu sama-sama susah. Rumah pun dah wariskan untuk suami dan anak. Kalau aku mati, nak kahwin boleh, tapi anak kena jaga baik-baik. Gitulah aku pesan. Kalau Allah uji satu hari suami berpaling tadah, taulah aku nak buat dia macamana.
Aku selalu dijemput menyampaikan ceramah di Jabatan kerajaan, di sekolah-sekolah. Intipati perkongsian aku, aku memang seru wanita itu sendiri dari kecil kena tanamkan rasa ingin berjaya, kaya dan beradab. Bukan tunggu orang lain, bukan tunggu lelaki kaya dan lain-lain.
Sama juga bagi anak-anak lelaki. Mesti sendiri yang berjaya, kaya dan beradab. Mesti.
Maksud aku kat sini, biar kaya ilmu nombor 1, kaya harta nombor 2, pastikan juga kaya adab. Kita usaha sendiri biar diri kita sendiri terjamin. Andai Allah tarik, itu ujian. Tapi ilmu takkan hilang, semangat takkan padam.
Jangan cakap aku riak. Aku tak kisah pun kau jadi apa. Tapi kau sebagai wanita, atau mak, beri inspirasi untuk anak-anak menuntut ilmu.
Kau tak pergi universiti tak apa. Tapi anak kau perlu. Bukan universiti pun tak apa, asalkan anak-anak ada semangat maju kedepan, semangat menuntut ilmu. Aku bukan lah kaya mana, tapi aku mampu, harta-harta bukanlah milik aku, ini semua milik Allah.
– Nazha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit