Ampunkan Aku Ya Allah

Aku pernah rasa sangat bodoh dalam agama. Masa aku form 1, mak aku nak hantar aku sekolah agama. Aku rebel sebab aku minta SBP, dapat. Tp mak aku nak aku masuk sekolah agama. Geram punya pasal aku hentam semua jawapan masa exam kemasukan. Ada ujian lisan, mungkin dah tertulis tempat aku di situ. Aku dapat surah yang memang aku dah hafal. Maka, lepas lah interview aku.

Masuk je sekolah, aku macam culture shock. Aku tak tahu pakai stokin tu wajib. Aku tak tahu apa tu Mathurat, tak pernah dengar lansung. Asma Al-Husna aku tak tahu jugak. Aku jadi takut. Paling aku takut kelas hafazan. Sebab aku tahu aku tak lancar baca Quran. Tengah aku takut, senior panggil. Suruh baca Quran. Bayangkan dalam ramai ramai tu, aku je terkulat kulat. Aku ingat lagi muka mereka. Ayat salah sorang daripada mereka “dia ni la yang cikgu cakap pandai, tak pandai mengaji rupanya”. Depan semua orang. Aku punya malu sampai nak nangis.

Tak lama lepas tu, aku ada exam. Aku punya ingat ayat senior tu, aku nak prove aku boleh. Aku baca kitab untuk subject agama, aku hafal segala benda yang aku boleh. I did well. Got the highest marks for all. 20A. 10 academic, 10 dinniah. Aku tak tahu la masa ni. Aku macam senang betul hafal apa apa. Contoh aku baca buku, aku boleh ingat page berapa, ada gambar apa dalam tu, warna font apa, berapa perenggan. The bad thing is, kalau aku termiss satu benda, semua aku lupa. People said it was photographic memory. Entah la. Am I happy? No. Sebab aku tahu aku selalunya boleh written exam. Hafazan masih menjadi mimpi ngeri buat aku. Aku masih insecure. Hari hari gelisah. Takut kena panggil dalam kelas baca depan satu kelas.

Jadi aku cuba usaha sendiri dulu. Masa ni malu lagi. Aku akan pergi surau dalam 3-4 pagi. Time tak ada orang. Masa tu la aku akan praktis baca Quran. Lama lama aku enjoy the peace I’ve felt. Rasa tenang sangat. I keep going it sampailah aku rasa aku okay sikit. Aku minta tolong senior yang aku rapat untuk dengar bacaan aku.

Lama lama aku makin pandai baca. Bila exam Quran, untuk exam bertulis aku akan tulis dalam buku tulis each surah berulang kali. Baca pun aku akan baca, sampai aku dah tak larat. Mmg aku bnyk focus untuk Quran ja. Subjek paling aku lemah. Tiba hari exam, aku score 99% subjek tilawah. Bacaan pun lepas. Ustaz cakap dia bagi 99% sebab bacaan aku masih ada kesalahan tajwid. Aku seronok dah masa ni. Aku dah ada progress. Adakah berakhir di sini? Tidak.

Masuk universiti, Kena ambil kelas Tilawah. Ha tau la kan uni mana? Masa test, ketakutan aku datang balik. Aku jadi gagap sangat. Tak lepas. Sebab tu kena ambil kelas. Dapat pulak ustaz garang. Aku pernah lambat sehari. Aku demam, tapi aku rasa sayang kalau tak pergi sebab kelas tilawah ni seminggu sekali je. Lambat 5 minit, kena berdiri sejam. Sampai aku macam nak pitam dah baru ustaz suruh duduk. Aku jadi lagi takut. Aku usaha balik study sampai aku boleh ingat segala hukum tajwid yang aku belajar dengan ustaz. Perjuangan aku melancarkan bacaan tak berhenti. Sampailah aku kerja. Aku penat sampai aku tinggal Al-Quran. Beberapa kali dah Allah jentik hati aku. Bila aku terdengar bacaan Al-Quran di mana mana, aku tak pernah lupa surah yang aku dah hafal. Masa ni rasa, aku tinggal Al-Quran. Tak baca pun. Allah masih jaga bacaan aku sedangkan aku sendiri tidak ada usaha untuk jaga. Tapi, aku masih tak baca Quran like I used to.

Hinggalah baru baru ni. Ada tadarus. Aku jadi gagap balik. Aku tak boleh baca dengan lancar. 1 muka surat pun lama nak habis. Masa ni baru teringat balik segala struggle aku nak lancarkan bacaan. Hilang sebab aku malas? Sebab aku tak baca Quran? Sebab aku sombong? Dah boleh, Terus tinggal? Allah, khilaf aku. Lekanya aku. Lemahnya aku. Semoga Allah ampunkan dosa dosa aku. Maafkan aku kerana lupa, aku pernah berdoa, menadah tangan tak henti henti minta Allah jaga bacaan aku. Semoga taubat ku tidak seketika. Al- Quran ni adalah ilmu sepanjang hayat kita. Jangan kita tinggal. Belajarlah, selagi ada masa kita di dunia ini. Doakan aku Istiqamah dalam menjaga bacaan aku.

– Miaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *