An4k Bukan Penentu Kebahagiaan

Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya post saya mendapat approval.

Saya cuba pendek kan semampu boleh, sebab saya pun tak larat baca orang lain punya post panjang sangat.

Saya dan suami TTC selama 7 tahun untuk anak pertama kami. Usia anak kami bakal masuk 6 bulan tak lama lagi.

Alhamdulillah dikurniakan suami yang cuba memberi semampunya,

Bersalin selesa di hospital swasta, beli kan barangan bayi yang boleh dikatakan mahal dan branded bagi saya, serta order food delivery hari2 sebab saya tak larat masak sebab menyusu badan.

Sebagai isteri, saya bersyukur.. namun sedikit sebanyak saya menyimpan rasa sedih dengan sesetengah sikap suami.

Bangun malam dia tak pernah terganggu, selalu saya yang bersengkang mata. Yang ni mungkin saya boleh tolerate sebab saya yang susukan anak.

Tapi sekali sekala saya berharap dia tolong cucikan botol2 dan pam susu badan, nak mintak tolong yang ni pun susah. Sudahlah penat susu badan, nak pam, nak cuci sparepart botol semua.

Lepastu saya juga yang lap basuh berak kencing anak. Dia kekadang wfh, jadi saya faham dia busy kerja. Tapi lepas waktu bekerja? Tak ada pun nak tolong.

Dia wfh pun banyak kali je dia ‘curi tulang’ tidur sekejap, tu pun saya takde ganggu dia. Tetap saya layan anak sendiri.

Pokok nya bila saya selalu mintak dia tolong, dia akan kata yang dia sibuk.

Tapi sempat je online, tengok Youtube. Sekarang boleh lah nak cakap macam tu sebab saya masih bercuti. Nanti saya dah start kerja macam mana?

Bab pengasuh saya jugak yang bertungkus lumus cari. Yang ni pun saya sendiri yang risau sorang2 macam mana lah anak saya sendiri di bawah jagaan pengasuh. Dia tak amik port sangat pun.

Belum lagi saya nak sentuh part susu badan.

Sebenarnya perjalanan susu badan saya ni pun bukan lah semudah selak dan bagi je. Saya kena pam jugak bagi ‘maintain’ kan demand supply.

Sekali sekala saya haraplah dia tolong tengok2 kan anak sementara saya pam. Tapi takde semua tu.

Bayangkan saya pam tapi anak nangis rengek depan saya macam mana saya nak pam dengan tenang?

Belum lagi sentuh kerja rumah lain (tak melibatkan bayi) yang saya kena buat.

Banyak kali saya burn out sampai beberapa kali acu gunting sebab saya dah tak tahan tapi tetap sama je.

Saya tak harapkan dia tolong saya semua benda. Tapi sekali sekala tu pun dah sujud syukur sangat. Siap puji2 dia sebab nak amik hati tolong saya.

Tapi fikirkan balik, kan itu anak kami? Kenapa saya perlu beria demi untuk suami saya buat bare minimum?

Buat mereka yang masih TTC, atau mereka yang ada anak memandang mereka TTC ni sebagai ‘kasihan’, DON’T BE.

Entah2 kita yang ada anak ni lagi perlu dikasihankan. Banyak tanggungjawab, banyak nak kena jawab di akhirat, banyak bebanan.

Saya tak nafikan saya rindu hidup berdua macam dulu. Kurang gaduh. But i wouldn’t trade my baby for the world.

Sekian dari wanita yang pernah TTC bertahun, dan juga sudah menjadi ibu kini.

– Amalia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *