An4k Derhaka

Aku tak tahu nak mulakan macam mana. Harapannya kawan-kawan semua faham apa yang aku nak coretkan.

Aku dilahirkan dalam broken family. Emak dan ayah aku bercerai semasa aku final exam di ipta.

Aku dan adik beradik tetap meneruskan kehidupan seperti biasa kerana kami semua tinggal dengan emak.

Sekarang umur aku dan adik beradik yang lain menghampiri usia 40 tahun.

Ceritanya bermula apabila kami adik beradik berjumpa dengan abah setelah sekian lamanya kami tidak berjumpa dengan abah selepas dia bercerai dengan mak.

Kami berjumpa dengan abah pada hari raya tahun lepas.

Hari raya tahun ini adalah kali ke 2 kami sambut bersama dengan abah setelah lama kami berpisah dengan abah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk beraya bersama abah.

Namun, pada hari raya tahun ini, aku ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Emak pula membuang aku dan kakak aku dek kerana adik lelaki no 1 aku tidak pulang ke tempat kerjanya malah dengan senang lenangnya tinggal dengan emak.

Aku tak tahu macam mana nak bercerita. Tetapi semuanya bermula apabila adik lelaki bongsu aku di tukarkan ke tempat kerja bekerja luar negeri dan adik lelaki no 1 aku tinggal dengan dia tanpa bekerja.

Emak mula whatsup aku menyatakan hajatnya untuk keluar dari rumah kerana serabut dengan adik lelaki aku yang no 1.

Namun aku minta dia bersabar sekejap untuk aku berbincang dengan adik bongsu aku.

Akibat kekangan kerja, maka aku terlupa untuk membalas whatsup emak.

Akibat daripada itu, keesokkannya emak menganggap kami anak beranak ini abai dia. Emak ‘left group’ whatsup family.

Maka, perkara itu pun berterusan sehinggalah sekarang. Emak tidak hirau kami adik beradik termasuklah cucu dia sendiri.

Adik perempuan bongsu aku pun berpantang sendirian tanpa kehadiran emak di sisi.

Dengan keberkatan bulan yang mulia ini, bagi menjernihkan keadaan, aku berkomunikasi melalui whatsup dengan emak untuk balik berbuka puasa bersama dengannya.

Namun, sambutan emak dingin. Malah emak meyatakan ‘niiii.. kalau bukan bulan puasa boleh dak’.

Selain dari itu, emak juga telah memadam no anak-anak dia dalam telefon dia seolah olah dia telah membuang kami semua.

Aku tak tahu la jika aku terlampau berfikir sehingga menganggap emak membuang kami semua.

Aku pun dah buntu. Tak tahu nak buat macam mana bagi menjernihkan keadaan ini. Habis daya kami adik beradik untuk berbaik dengan emak. Malah di sambut dingin dengan emak.

Aku harapkan raya tahun ini akan meriah kerana aku telah mendapat kedua orang tua aku biarpun aku terpaksa berbahagi hari untuk mereka.

Aku harap, kawan-kawan semua dapat beri pendapat. Aku tak mahu menjadi anak yang derhaka.

Maafkan aku jika cerita ini tidak di fahami oleh kawan-kawan. Apa aku harapkan, kawan-kawan doakan yang terbaik untuk aku adik beradik dan keluarga.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *