Salam para pembaca. Cerita aku ni sedikit panjang. Aku merupakan anak sulung dari 5 beradik, dan satu-satunya anak perempuan ibuayah aku.
Dari kecil aku rapat dengan ayah. Yelah anak perempuan tunggal kan. Memang manja. Mak aku pula, tak suka aku rapat dengan ayah. Sebenarnya ibu cemburu kerana ayah suka lebihkan aku dari ibu.
Untuk pengetahuan korang ibu ayah aku kahwin tanpa rasa cinta. Ibu pernah kata, ibu terima ayah pun sebab ibu dah nak masuk 30-an waktu tu, takut dilabel anak dara tua.
Ayah aku ni seorang pilot darat, ibu aku pula surirumah. Ibu selalu komplen duit tak cukup dari ayah. Kerja ayah dihina tak ada masa depan. Mereka selalu bergaduh. Jadi, ayah lebih cenderung rapat dengan aku.
Aku seronok dimanja, sebab dengan ibu aku selalu jadi tempat melepas baran. Ibu aku ni seorang yang celupar dan suka menyumpah anak sendiri, tapi hanya pada aku, tidak pada adik-adik lelaki aku.
Balik kepada kemanjaan aku dengan ayah. Dari kecil, ayah cukup suka bawak aku kemana dia pergi. Ayah selalu bergurau dengan kawan-kawannya bahawa aku adalah girlfriendnya, dan mereka ketawa. Aku pun senyum-senyum sajalah, rasanya umur aku sekitar 7-8 tahun.
Rahsia yang paling besar aku simpan dalam hidup aku. Ayah aku adalah seorang haruan makan anak.
Ya. Semenjak aku berumur 7 tahun ayah sudah melakukan perkara tak senonoh pada aku. Aku tak faham dan tak tahu sebab aku terlalu kecil. Dengan ibu pula aku tak rapat sebab ibu baran.
Bila mula nak bercerita hal apa-apa, ibu akan suruh aku simpan saja cerita aku tu dan tak sudi nak dengar. Jadi aku tak terlintas nak cerita pada sesiapa. Aku anggap benda tu tak salah pun.
Tiap-tiap malam ayah masuk ke bilik aku dan menjadikan aku tempat melepaskan nafsu. Meraba dan buat perkara tak senonoh terhadap aku.
Ayah bagi aku tonton lucah dari hanset ayah untuk merangsang aku. Ayah selalu ambil kesempatan untuk bawa aku naik lori bila cuti sekolah, dan ibu aku biar saja. Aku yang terlalu naif tak mampu bezakan betuk atau salah. Tapi ibu aku dah mula syak semasa aku umur 9 tahun.
Tapi aku tak pernah dengar ibu utarakan hal ini pada ayah. Ibu berpesan pada aku jangan rapat dengan ayah. Tapi ibu masih baran, susah untuk aku meluahkan apa-apa pada ibu. Jadi sekadar itu sajalah usaha ibu.
Lama ayah aku tak usik aku, sampailah aku masuk sekolah menengah tingkatan 1. Aku sekolah petang. Jadi pagi² ketika ibu sibuk menghantar adik-adik yang lain kesekolah, disini lah ayah aku mula ulang kesilapan lamanya.
Tapi masatu aku dah cerdik. Aku tak benarkan ayah aku usik aku lagi. Tiap hari ayah aku cuba dan cuba. Tapi aku tak izinkan.
Pada mata kawan-kawan aku, aku beruntung dapat seorang ayah yang sangat sayangkan aku. Ada kawan aku yang cemburu melihat cara layanan ayah aku yang seolah-olah sangat sayangkan anak.
Tiba aku tingkatan 3, aku dah mula ada kawan lelaki. Disinilah ayah mula menunjukkan belang. Ayah mengamuk nak berhentikan aku sekolah.
Kata ayah aku dah tak payah sekolah sebab aku sibuk nak bercinta. Dia mengamuk yang aku tak pernah tengok. Merah-merah matanya. Ada satu hari aku nampak ayah berjalan sambil mencium tudung aku. Aku seram tengok kelakuan ayah.
Bila aku pegang hanset, ayah akan sentiasa bagi respon seolah-olah marah dan tak bertegur dengan aku. Ayah takut aku berhubungan dengan mana-mana lelaki selain dia. Dalam erti kata lain, ayah cemburu.
Masa ni ibu dah tau perangai ayah aku. Ibu mengamuk. Tapi ibu tak ambil apa-apa tindakan. Sebab ibu kata kalau ayah dipenjara siapalah nak sara adik-adik memandangkan ibu tak kerja.
Aku pun tak pernah cerita hal ini pada sesiapa. Sampailah ibu sendiri yang terbocorkan rahsia ini pada kakaknya. Walaupun begitu, baran ibu sukar dikawal. Sehinggakan bila aku salah sikit saja dan tak turut arahan ibu, ibu akan panggil aku dengan gelaran pela***, set**, s**l.
Pernah ibu menyalahkan aku atas perbuatan ayah aku. Katanya aku salah sebab aku yang melayan. Pada hal aku baru tingkatan 1 masatu, aku pun perlukan sokongan.
Masih tiada siapa yang ambil tindakan. Ibu ayah masih selalu bergaduh. Drama minta cerai dan bosan aku dengar. Sampai aku tingkatan 5, aku sekali lagi berkawan dengan kawan lelaki. Kalini pun ayah mengamuk.
Dalam masa yang sama, ibu aku pula sibuk atur aturkan hidup aku dengan calon menantu pilihan dia. Kononnya nak bagi aku cepat-cepat kahwin lepas SPM nanti untuk lari dari ayah aku.
Walaupun aku tak suka pilihan ibu, aku dipaksa siap diugut kalau tak terima, aku adalah anak derhaka dan aku tak akan lulus SPM nanti.
Hanya kerana calon pilihan ibu aku tu budak pandai dan berharta. Sedangkan kami sama-sama masih sekolah. Ibu memilih atas kepentingan ibu sahaja bukan demi kebaikan aku.
Aku yang lagi beberapa bulan nak SPM sangat tertekan dengan situasi. Tiap hari aku kebilik kaunseling. Tapi aku tak pernah buka topik haruan makan anak tu sebab aku dah diugut dengan ibu aku supaya rahsiakan perkara tu.
Ayah aku cukup anti aku berkawan dengan mana-mana lelaki sampai pernah ayah aku berjanji pada bapa saudara aku bahawa dia takkan pernah walikan aku.
Tengah umur aku 18 tahun, aku bawa diri keluar dari rumah yang sangat toxic tu. Asalnya aku berkawan dengan seorang lelaki. Lelaki biasa, umur 19 tiada kerja, tiada SPM. Ibu aku tak suka dan menghina keluarga lelaki tu.
Akhirnya aku dihalau dari rumah. Ibu aku menyumpah bahawa aku takkan mampu hidup tanpa dia dan aku akan merangkak balik ke pangkuan ibu aku dan kononnya jika aku dah susah, lelaki tu akan tinggalkan aku.
Aku yang keras kepala terus keluar dari rumah, sewa bilik dan cari kerja tetap. Lelaki yang ibu aku kata tak guna tu lah yang tiap hari gapai tangan aku untuk bangun dan terus kuat. Hantar ambil aku kerja, belanja aku makan setiap hari 3 kali sehari.
Dan lelaki tu pun mula kerja lah sebab dia nak serius dengan aku. Sampai umur aku 22, aku tekad nak kahwin dengan lelaki tu. Ayah aku sangat menentang dan terus buang aku dari hidupnya. Dia tak izinkan aku datang walaupun lepas dia mati.
Ayah aku tak mampu beri alasan kenapa tak mahu walikan aku, dan saudara mara kata ayah marah sebab lelaki tu tiada masa depan.
Ibu aku? Minta hantaran dari lelaki tu RM15k. Katanya ini balasan dia membesarkan aku. Katanya duit tu nak buat majlis kahwin aku di rumah anak yatim dan bakinya nak beli motor adik aku.
Aku yang memberontak langsung tak hiraukan permintaan ibu aku. Setiap hari berpusu-pusu mesej makian dihantar ke nombor aku. Ganggu sampai ke tempat kerja dan bagitahu aku adalah anak derhaka pada kawan-kawan aku.
Perasaan sedih aku makin menyusut dan semakin aku keras hati. Aku nak buat proses kahwin menggunakan wali hakim, ibu aku menentang. Katanya aku memalukan keluarga.
Walhal ibu tahu sebab ayah tak mau walikan aku. Ibu sekali lagi mengugut supaya tak cerita pada sesiapa tentang ayah aku.
Habis ibu canang pada saudara mara yang aku lari ikut lelaki dan jadi anak derhaka. Hal ayah aku langsung tak dibangkitkan. Saudara mara pakat telefon aku dan tazkirah aku.
Aku cuma diam dan aku tak bagitahu langsung cerita sebenar ayah aku pada adik beradiknya. Sehingga hari ini mereka anggap aku degil dan membelakangkan ibubapa.
Ibu aku pula depan orang lain dia akan menggunakan airmatanya ketika bercerita pasal aku. Kebanyakan cerita dipusing dan akhirnya nampak aku yang jahat.
Akhirnya aku ambil keputusan untuk kahwin lari di Thailand. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami berdaftar di Malaysia juga.
Kini aku bahagia dengan suami dan anak-anak kami. Dah beberapa tahun berlalu. Tapi label anak derhaka dari saudara mara terhadap aku tak pernah berhenti.
Ayah aku masih tak dapat terima kami dan cucu-cucunya. Katanya aku ni pengkhianat. Ibu aku ada datang berjumpa aku macam biasa. Ibu dah semakin tua dan dah tak upaya nak menyumpah aku seperti dulu.
Sekarang ibu menagih kasih dari aku dan cucu-cucunya, adik lelaki aku semua lebih suka urusakan hidup masing-masing tanpa pedulikan ibu. Ayah dan ibu masih bersama tapi sangat rapuh.
Tiada hari yang berlalu tanpa pergaduhan. Ayah aku yang dulu seorang penyayang, berubah 360° sejak aku tinggalkan rumah menjadi seorang yang panas baran. Jadi ibu dah tiada tempat untuk mengadu selain aku.
Aku kini dah maafkan ibu aku, ayah aku. Biarlah aku pendam luka ni selama-lamanya. Walaupun hati ni perit dan pedih, aku memilih untuk meneruskan kehidupan dan bahagia dengan suami dan anak-anakku.
Aku sangat bahagia dengan suamiku. Walaupun pernah dilabel macam-macam oleh ibu, suamiku dah buktikan yang dia betul-betul ikhlas dengan aku dan tanpa gagal suamiku menjaga aku sehingga hari ini.
Mungkin inilah pelangi untuk aku setelah sekian lama hidupku dalam kesakitan. Terima kasih Allah..
Terima kasih sudi baca luahan hati seorang anak derhaka yang dah redha..
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit