An4k Dipilih Kasih: Derhakakah Aku?

Salam semua. Ini kisah aku kalau ikutkan kisah aku ni boleh buat 2 atau 3 artikel. Tapi aku cuba karang part 1 dulu.

Nama aku Syam, bukan nama sebenar. Kami ada 5 beradik semua lelaki. Aku paling last. Aku dan wife menetap di KL.

Di kampung aku, mak ayah aku di kampung, abang sulung dan family dia (Hairul) dan abang atas aku sorang lagi (Faiz) juga duduk di kampung.

Hairul ni kerja kerajaan dan wife surirumah, Faiz ni pulak kerja tak tetap dan baru berkahwin dan wife abang aku Faiz ni pun wife surirumah

Ok cukup serba sikit pasal family aku.

Aku antara yang kedua terakhir kahwin dan abang atas aku (Faiz-bukan nama sebenar) yang paling last kahwin.

Sebelum tu.. Aku nak cerita sikit dan minta pendapat dari semua. Tentang perangai mak aku.

Waktu aku kahwin majlis aku biasa-biasa saja. Wife aku orang dalam negeri yang sama cuma daerah yang berlainan. So parent aku ok saja bila aku cakap ni pilihan aku.

Cuma nampak la mak aku ni macam pilih bulu sikit. Tapi aku syukur sangat wife aku baik dan memahami perangai mak aku.

Bila lepas aku kahwin dalam 9 tahun lepas tu baru abang atas aku (Faiz) ni kahwin pulak.

Nak jadi cerita abang aku ni tak kerja tetap on of on of.. tapi mak aku punya grand buat majlis kahwin ni Aku pun bersangka baik lah sebab majlis kahwin yang penutup dalam family kami.

Lupa nak cakap..

Ayah aku jenis cool, tapi mak aku ni jenis dia ja yang rasa betul, ego bagai.

Aku sebelum ni bila balik kampung ja time aku tak ada dan bila mak aku dengan wife aku ja yang duduk dekat ruang tamu, ada ja yang mak aku cakap yang buat wife aku kecil hati.

Bila aku pillow talk malam2 wife aku ada inform pasal ni. Aku mula2 tak pecaya la mak aku buat camtu. Contohnya bila nak balik ke KL, kalau contoh aku dengan abang sorang lagi (Zaff) balik ke kampung,

boleh nampak la mak aku macam lebihkan abang aku Zaff ni macam2 dikirimnya, tapi bila part aku tak banyak pun barang2 lauk pauk kirim. Aku pun ok saja tak kesah pun.

Tapi kali ni bila baru baru ni aku balik kampung saja aku ambil cuti lama konon nak release stress kat kampung. Kebetulan ada family gathering seluruh keluarga dekat Melaka. So aku cakap dekat mak ayah aku aku balik ambil parent aku.

So pergilah kami ke family gathering tu (2 hari 1 malam). Pagi bertolak sampai dalam 3 4 petang dari kampung.

Nak jadi cerita kami semua join lah segala aktiviti termasuk ayah aku. Tapi mak aku duduk dalam bilik ja.

Sampai mak mak menakan tanya mana mak aku? Aku sampai terpaksa lah create untuk bekap kata dia tak berapa sihat kaki tak boleh jalan sangat, memang mak aku mengadu sakit kaki minggu minggu lepas.

So makcik makcik aku pun nak ziarah bilik mak aku. Bila gi ziarah mak aku boleh tempelak makcik2 aku balik cakap dia sehat ja. Boleh bayang dak kita anak nak cover dia sebab faham ja mak aku tu malas nak sosial2 macamni.

At least cakap la ya aku tak sihat sikit. Tapi ditempelak balik. Part tu sedikit kecewa dengan ego dia.

So tak apalah balik lah kami. Kebetulan 3 4 hari lepas family gathering tu abang aku Faiz dengan Hairul tu nak buat gabung kenduri kesyukuran (tumbang kambing 3 ekor).

Aku pun jemputlah juga mentua aku yang duduk dalam negeri sama datang kenduri tu. Mentua aku datang dengan ipar aku.

Oh sebelum kenduri kesyukuran ni mentua aku ada kirim makanan2 laut mahal2 dekat mak ayah aku ikut adabnya mak ayah aku kena la balas balik kan.

So mak aku cakap nak balas time kenduri kesyukuran dua abang aku ni. Aku pun ok lah macamtu.

Bila hari kenduri ja walaupun ramai tetamu yang datang tapi lauk pauk banyak gila lebih especially kambing.

Bila mentua aku datang dan nak balik abang aku sulung tu Hairul tu suruh la wife aku masuk packkan barang untuk kirim ke mentua aku bawak balik bekal. Nasib baik aku ikut wife aku ke dapur. Memang jadi depan aku.

Ada lebihan mee, kambing, dan beberapa lagi lauk lebih. Tapinya mak aku ikut dari belakang dia suruh bawak balik mee ja untuk mentua aku.

Yang lauk pauk lain tu mak aku nak kirim ke besan dia lagi satu which is mentua abang aku si Faiz.

Alasan mak aku sebab ni kenduri abang aku Faiz dan Hairul. So mak aku nak bagi baki kambing ni dekat keluarga besan dia sorang lagi.. Mentua abang aku si Faiz ni duduk sekampung jugak.

Aku punya panas hati sebab, memang kenduri abang aku, tapi besan dia yang sorang lagi which is mentua aku, sebelum ni kirim makanan laut yang mana kalau kita totalkan valuenya mahal weh. Dan makanan laut tu rare sangat nak dapat.

Punya lah aku ingat mak aku nak bagi kambing tu sikit dekat mentua aku sebab nak balas balik makanan mentua aku bagi.. aku dengan wife tergamam sekejap bila mak aku cakap ambil mee ja lah.

Aku menyirap, terus aku cakap depan mak aku sambil buka periuk belanga… punya lah banyak kambing tak luak pun lah kalau ambil sikit dalam plastik lutsinar ni tapaukan ke besan dia satu lagi..

Tu baru satu hal.. belum kira part dia lebihkan abang aku si Hairul dgn Faiz ni. Apa2 ja mesti dua orang ni yang dapat lebih duit or makanan.

Abang aku si Hairul ni wife surirumah, so mak aku apa apa memang aku bagi attention lebih, makanan, baju duit tapi dia akan buat2 macam dia belikan atau bagi untuk cucu katanya niat untuk tolong.

Padahal abang aku Hairul ni gaji dah besar dah boleh nk survive sendiri sekarang ni.

Tapi cara dia tu kadang yang kedekut gila yang buat mak aku ingat Hairul ni tak cukup duit.

Padahal bila pergi bercuti ada ja duit jalan sana sini. Tapi bila balik rumah mak aku, makanan pun habuk tak beli. Asyik aku dengan abang aku Zaff ja kalau balik kampung pergi beli.

Yang si Faiz ni pulak kerja on off dan duduk serumah dengan mak ayah aku di kampung.

So mak aku ni macam tak nak wife abang Faiz ni macam look down or bergaduh dengan abang Faiz aku ni sebab takut bercerai etc2. So memang dia control habis abang aku ni si Faiz ni.

Abang aku ni nak keluar dgn wife hidup sendiri mak aku tak bagi – alasannya nak ambil mana duit nak bayar itu ini. Elok dia nak belajar berdikari, belajar hidup sendiri, mak aku tak bagi.

So senang cerita memang spoonfeed habis lah dia ni.. baru ni abang aku Faiz ni baru dapat baby… semua barang2 baby mak aku belikan..

Aku macam whaaattttt….. Bila aku dapat tahu. Aku bukan dengki atau apa2.

Aku pun ada rezeki aku sendiri dan kalau ikutkan aku dengan abang Zaff kami memang merantau dan kamilah yang paling berjaya lah kononnya lah tapi memang kami usaha lah sendiri berdiri atas tapak kaki sendiri tanpa pertolongan parent.

Ok balek cerita tapau makanan tu, lepas dari tu memang aku bebal dengan mak aku sebab apa hal nak pilih bulu pulak.. makanan banyak gila tapau jelah bagi dekat dua dua besan ni. Dah nama pon kenduri….

Kalau ikutkan banyak lagi yang buat aku dengan wife boleh makan hati dengan cara mak aku ni…

Contohnya mak aku ni beli barang kemas hadiahkan dekat anak abang aku si Hairul tu.. Padahal anak aku tak dapat apa pon… aku tak lah hadap sangat sebab aku sendiri boleh belikan sendiri….

Tapi korang rasa tak apa yang aku rasa.. bila duduk tempat aku ni?

Betullah orang kata yang jauh tu sebenarnya lagi wangi dari yang dekat… aku memang kecewa dengan sikap ego, terpaling betul, pilih bulu mak aku ni… sampai aku pikir nak balik kampung kejap2 dah lah.

Tapi bukan semua benda dia betul pun… aku kadang melawan sebab apa yang dia cakap tu ada benda yang salah. Bukan nak jadi derhaka tapi nak bagi dia nampak ini pun salah dan tak semestinya dia betul segalanya….

Derhakakah aku wahai pembaca2.. sampai sekarang lepas kejadian2 tu aku dah rasa malas nak ambil tahu pasal mak aku.. tapi pikir berkat syurga tu yang aku stress…

Kalau diturutkan kata memang aku dengan wife selalu sangat akan makan hati..

Kadang tu sampai dah tawar hati dengan mak aku punya perangai.. (layankan jalah) hormat sebagai ibu tu masih ada.. Tapi hormat cara dan perangai mak aku tu dah menipis..

Stresss dan tersepit….

– Syam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *