An4k Emas

Assalamualaikum, saya sebagai anak pertama nak luah macam mana rasanya jadi sulung.

Saya tak kisah kalau orang cakap cerita saya ni sekadar nak perhatian. Tapi hakikatnya, banyak kali saya terfikir untuk suicide sebab tak mampu tahan mental macam ni.

Pada awalnya sejak kecil saya bahagia dengan parents, sampailah adik kedua dah meningkat usia dalam 6-7 tahun. Masa tu saya darjah 3 atau 4, masih dalam kategori kecil lagi.

Kadang-kadang kami pergi bercuti atau keluar makan, saya dah mula terasa, ‘kenapa ibu ayah tak ambil pun gambar dengan saya?’ , ‘kenapa apa yang adik minta semua dapat?’.

Walaupun saya dah bersekolah rendah, dianggap sudah besar, adakah saya tak layak untuk dapatkan perhatian daripada ibu bapa seperti kanak-kanak yang lain?

Semakin meningkat usia saya, semakin bertambah adik-adik. Dan jugak semakin bertambahlah sedih, marah, dan kadang-kadang saya memberontak.

Yang paling saya tak boleh lupakan, keputusan SPM saya lebih baik daripada adik yang kedua. “Hahaha satu A je? Apa ayah nak cakap kat kawan ayah nanti? Anak aku satu A je” Kata Ayah.

Langsung tak bangga dengan keputusan saya. Sedangkan adik saya ada Gagal, diberi peluk, diberi cium di dahi, diberi kata-kata semangat. Bertapa bezanya layanan ayah dengan saya.

Kadang-kadang bila pergi melawat saudara mara, mereka langsung tak ingat saya. Seolah-olah saya bukan dari keluarga sendiri. Sebab apa? Adik kedua saya jauh lebih cantik.

Kadang-kadang disoal “Ni anak siapa?” , “Cantiknya adik ikut muka mak, kakak dia biasa je.” Bila tetamu datang ke rumah, saya disuruh ke dapur.

Kadang-kadang terdengar mereka saling memuji adik saya. Pernah juga adik saya mendapat tawaran berlakon disebabkan paras rupa yang cantik.

Bayangkan tersisihnya saya dari keluarga sendiri. Tak ada siapa yang defend saya atau sekurang-kurangnya beri 1 pujian.

Dulu sewaktu saya sekolah menengah, ayah sangat tegas dan melarang saya keluar dengan kawan, walaupun cuma pergi makan.

Saya juga diberi limit masa untuk bermain telefon. Kadang-kadang cuma sabtu ahad. Beza dengan adik-adik sekarang. Ayah beri izin pada adik ketiga saya untuk keluar dengan teman lelaki.

Sedangkan dia juga tingkatan 3, sama seperti saya ketika mahu keluar dengan kawan masa dulu.

Ayah juga hadiahkan adik lelaki yang keempat sebuah Nintendo. Sekali lagi saya menangis dengan hal-hal begini. Kenapa saya tak diperlakukan begini dahulu?

Sampailah saya masuk ke Universiti. Saya ambil kos Seni, di mana kos ini banyak memerlukan duit.

Sepanjang saya berada di Sem 1, sarapan dan makan tengah hari cuma makan biskut. Malam pula kadang-kadang cuma mi segera.

Saya berjimat sebab nak pulang ke rumah dengan menaiki bas. Selain tu saya perlu membeli barang-barang seni yang diperlukan.

Saya pernah telefon ayah kerana terdesak memerlukan duit, tapi ayah sekadar dengar dan beri alasan tak ada duit. Tetapi di group family mereka selalu menghantar foto makan bersama keluarga di restoran.

Sebenarnya kalau saya cerita sejak lahir sampai sekarang mungkin takkan habis. Betapa peritnya tersisih dari keluarga. Mungkin bagi mereka saya cuma mengada-ngada kerana saya sulung.

Adakah kerana seorang sulung itu harus mental dan fizikalnya kuat, tidak layak untuk perhatian daripada ibu bapanya? Kenapa kami tak dimanjakan seperti bongsu?

Saya juga mahukan perhatian, pelukkan, kasih sayang, pujian, adakah itu terlalu banyak untuk saya minta?

Saya penat menderita dengan mental yang ada keinginan untuk suicide.

– Medina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *