Hai nama aku kaz. Sebelum jauh kita melangkah aku nak cerita serba sedikit tentang latar belakang aku, aku dari keluarga kecil yang sederhana kami semua sama-sama bahagia dan masing-masing saling support each other tapi baru jela 5 tahun lepas sebelum tuu hurmm teruk aku kena hadap macam-macam liku hentaman hinaan cacian bandingan macam-macam lagi laa.
Aku dulu dari kecil sampai umor 14 tahun aku lebihkan masa dan duduk dengan arwah atok(saya panggil nenek perempuan atok), segala masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian atok laa orang pertama yang akan tahu semuanya tanpa ad sedikit pembohongan atau rahsia pun atok tidak tahu dari aku.
Kalau ada yang tanya kenapa tak cerita dekat ibu atau ayah, sebenarnya aku diwaktu kecil dan remaja aku tidak punya hati untuk bersama mereka kerana aku sudah diberikan kasih sayang yang cukup dari arwah atok, atok tu ibarat ibu dengan ayah dah semuanya lah dia bagi dekat cucu dia ni, (ohhh nak bangga sikit aku ni cucu kesayangan atok)
sebab atok sakit aku jaga, atok nak pergi beli barang aku bawak, atok nak jumpa kawan atau pergi mana-mana akulah yang akan atok cari untuk bawak dia. Ok jadi aku akan ceritakan kenapa aku anak no. 2 yang terlalu try hard.
Aku waktu kecil banyak sangat main dan terlalu asik dengan dunia sendiri sehinggakan lupa tujuan utama aku sebagai anak untuk belajar dan buat yang terbaik supaya dapat banggakan keluarga.
Darjah 1-darjah 4 aku memang teruk sangat dalam akademik sampaikan ibu dengan ayah marah sampai malas nak ambil tahu dah tentang aku, waktu kena ambil dan tanda tangan slip keputusan ibu ayah tak pernah datang. Aku sumpah sedih sebab kawan-kawan aku semua parents mereka datang tapi aku tak.
Tapi bila aku dah darjah 5 sampai sekarang ibu ayah berebut nak datang sekolah nak tahu dan nak dengar cikgu puji tentang akademik dan sahsiah aku.
Tapiii, sebelum darjah 5 ada satu kejadian yang membuatkan aku betul-betul rasa nak belajar tak kiralah apapun caranya aku nak buktikan aku boleh pergi dalam bidang akademik nii.
Satu hari di hari anugerah yang mana kawan-kawan majoriti dapat naik pentas ambil hadiah tak terkecuali aku. Ibu bapa mestilah datangkan nak tengok anak masing-masing tapi ibu dengan ayah aku tak sebab mereka kerja.
Jadinya aku tanya atok aku kalau dia boleh datang. “Boleh angah nanti atok datang yaa tapi lambat sikit laa atok reti naik basikal ja” ujar atok. Aku masa tu kecil lagi aku tak pikir panjang aku seronok laa ada juga orang tengok aku naik pentas.
Hari anugerah tu aku naik pentas sebab buat persembahan dan dapat mata pelajaran bahasa Melayu terbaik jaa. Tapi itulah, yang hujung-hujung sekali itupun macam tak dilayan dah yela aku dah bagitau aku nii kurang pandai masa tu.
Balik jaa rumah “ingatkan dapat anugerah yang Bagus tadi rupanya buat persembahan jela lebih, jauh atok kayuh basikal dari rumah nak ke sekolah tapi itu jaa yang angah dapat” aku sumpah terdiam terkaku dan tersentap.
Aku waktu itu terus rasa diri ni dah tak berguna lagi tak boleh buatkan keluarga rasa bangga. Sampaikan aku kena perlekeh oleh pakcik makcik sebab tak mampu dapat buat yang terbaik untuk pelajaran.
Ibu dengan ayah sampai sekarang(2023 nii) tak pernah tahu macam mana aku boleh berubah dan makin skor untuk pelajaran. Sebab arwah atok dengan kata-katanyalah yang membuatkan aku jadi sebegini, atok kecewa dengan aku sehari jaa esoknya dia ajak aku pergi masjid dan makan macam biasa tanpa ingat hal yang berlaku tersebut.
Dekat situ aku tertanya sampai bila nak jadi bodoh macam ni sampai bila nak benak macam ni, penat lelah atok bagi itu ini tapi aku hampakan atok.
Waktu darjah 6 aku pernah cakap dekat atok yang aku akan buktikan “angah akan dapat 2A keatas untuk upsr dan terus berjaya sampai spm dan degree nanti tokk” atok senyum jaa “lepas senyum atok cakap insyaallah angah berjaya dunia akhirat angah cucu atok, atok tahu angah boleh buat, atok doakan angah sampai angah berjaya”.
Waktu tingakatan 2 aku aktif sukan dalam masa yang sama aku fokus untuk study juga tak lupa janji aku untuk atok. Tapi Allah lebih sayangkan atok berbanding aku, sebelum raya haji tahun 2014 atok pergi tinggalkan kami semua.
Disinilah segalanya bermula dengan episode baru, dunia aku dah musnah tiada siapa yang mampu untuk ubati dan warnai hidupku lagi.
Sukan makin merosot pelajaran sedikit terabai semua tu berlaku ketika aku ditingkatkan 3, jujur cakap aku tak boleh lupakan arwah atok hampir setahun. Aku kurang bercakap dengan ibu ayah, latihan sukan jarang pergi, datang sekolah dengan hati yang kosong.
Tapi semua itu berakhir bila aku cuba untuk semangat balik atas janji aku dekat arwah atok. Aku cuba untuk dekatkan diri dengan ibu dengan ayah, supaya mereka tidak disisihkan, sebabnya abang dengan adik perempuan aku tuu sebelum usia matang perangai mereka cukup menguji kesabaran.
Dalam rumah akulah anak yang kena turut perintah semua yang keluarga aku minta atau suruh aku buat. Marah tu mestilah abang dengan adik ada tapi aku jela,
mungkin sebab aku “morning person” itulah aku kena buat semuanya dari pagi sampai tengah hari aku mengeluh tapi dah niat untuk diri sendiri jugak, untuk ibu ayah haa jadinya aku buatlah,
seandainya aku minta tolong dari mereka berdua nanti mulalah cakap aku bekira suka ungkit-ungkit.
Sumpah aku geram tambah dengan amarah, jika ditanya akan kesabaranku sekali api amarah ini tidak mampu lagi menahan tidak kira siapa didepanku semua aku hentam. Tapi aku dididik oleh arwah atok dan sifat sabarnya itu mengalir dalam diri ini.
Abang dengan adik aku mungkinlah sedikit iri sebab aku dapat skor dalam pelajaran lebih sikit berbanding mereka, paling susah nak kena pukul dengan ayah atau kena marah (sebab paling jarang buat masalah, kalau buat salah pandai backup diri sendiri).
Habis ja aku SPM aku tekad nak sambung belajar tapi nak masuk tingkatan 6 waktu ni semua cikgu dengan ibu ayah hentam kenapa aku nak masuk tingkatan 6 sedangkan dapat tawaran diploma ada kawan yang kata aku anak mak( HAA MEMANG AKU ANAK MAK, SEBAB MAK AKU PUN SAYANG AKU LEBIH DARI MAK HANG SAYANG HANG) itu apa yang aku cakap bila dapat ayat sebegitu.
Aku uruskan segalanya untuk masuk tingkatan 6 sebab ibu ayah malas nak ambil tahu, katanya “ikot suka hanglah yang ibu dengan ayah nak tau hang boleh sambung degree” dalam hati aku cakap hello ini cucu kesayangan atok yang paling wow ok(maaf terbongkak sikit).
Aku senyum dan berkata baik ibu baik ayah. Waktu tingkatan 6 diumur 18 aku masih berfoya-foya perangai belum matang sampaikan aku dipinggirkan dari kawan-kawan, kawan baik aku palau aku,
orang yang dengan aku biasa-biasa pun dibatu apikan oleh kawan aku sendiri sebab perangai yang kurang matang itu, ada dua orang sahabat aku dengan kawan-kawan tingkatan 6 yang masih setia dengan aku sampai sekarang waktu tu merekalah yang bagi semangat dan bagi nasihat untuk aku berubah supaya aku berada dijalan yang betul.
Niat aku untuk sambung tingkatan 6 sebab tak nak bebankan ibu ayah, faktor duit tuu paling utama jadinya aku sambunglah tingkatan 6 dan aku nak jaga mereka sebab dekat lagipun masa tu abang belajar jauh di negeri orang jadinya aku sebagai anak lelaki yang kedua ambil tanggungjawab itu.
Aku try hard sepanjang hidup aku itu untuk jadi yang terbaik untuk ibu ayah, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan masyarakat sekeliling. Betul aku ni biasa-biasa ja orangnya tapi bila di mata orang yang tepat mereka kenal siapa aku.
Yang dulunya aku susah untuk rapat dengan ibu dan ayah tapi kini tidak lagi kerana mereka adalah tanggungjawab aku, aku mula melayan mesra dan turunkan ego untuk mengeluh, marah, balas dengan perangai buruk dan sebagainya.
Dulu hati aku jika ibu dan ayah pergi tiada sedikitpun perasaan sedih atau kecewa tapi kini sangat aku bimbang akan mereka. Sekarang aku dah sambung degree hanya mampu berdoa untuk mereka agar sentiasa dilindungi Allah dari segala musibah.
Untuk ibu dan ayah, jika terbaca ini anak no. 2 kalian sangat mencintai kalian, kerana anak no. 2 mu ini sudah try hard untuk menjadi anak yang terbaik.
Cerita sebenar dari kaz bukan nama sebenar
– naw kaz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit