An4k Lel4ki Yang Dimanjakan

Assalamualaikum semua. Saya Iman, merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Saya ada 6 orang abang dan saya anak bongsu.

Ibu saya meninggal dunia ketika saya berumur 18 tahun.

Latar belakang keluarga saya adalah sederhana. Lepas ibu saya meninggal, saya agak struggle menguruskan keluarga.

Tambahan, saya tinggal bersama 5 orang abang bujang & ayah saya.

Alhamdulillah saya kerja berdekatan dengan rumah, bukan tak nak keluar tapi kesiankan ayah saya.

Saya agak terkilan dengan ayah saya yang suka manjakan anak lelaki.

Saya rasa abang-abang saya tidak bertanggungjawab, dimuakan dengan wang dan dibiarkan jadi pemalas.

Ayah saya bukannya seorang pesara kerajaan. Tapi mendapat bantuan bulanan sebanyak RM200 dari majikan lama.

Umurnya sudah hampir 75 tahun. Abang abang saya pula hanya kerja biasa & ada juga yang meniaga.

Baru-baru ini seorang dari abang saya ingin berkahwin, namun dia tidak mempunyai simpanan.

Pihak perempuan minta hantaran bawah 10k tapi dia tidak dapat menyimpan dalam masa terdekat.

Saya marah selepas mengetahui dia mengambil simpanan ayah saya sebanyak 4k sebagai pendahuluan duit hantaran.

Sebelum ini sudah banyak kali dia mengambil duit ayah saya dengan alasan risau kena blacklist dengan mara kerana tidak membayar pinjaman pendidikan mara. Berbagai alasanlah dia meminjam duit ayah saya.

Saya kecewa sangat ayah saya terlampau manjakan dia, saya sebagai anak perempuan tidak pernah meminta minta duit kepada ayah saya. Paling pun minta belanja benda bawah RM50.

Sepatutnya sebagai anak lelaki perlulah usaha sendiri macam mana nak dapatkan duit hantaran.

Bagi saya, kau sendiri nak kahwin kau fikirlan sendiri. Sepatutnya effort kenalah lebih lagi-lagi dia lelaki.

Berkahwin ni bukan benda yang senang bukan buat anak saja, semua tu tanggungjawab.

Sekiranya dia ambil 1k mungkin saya diam.

Ayah saya bukannya banyak sangat saving tak sampai 8k. Saya fikir duit saving yang ada tu boleh digunakan untuk hari-hari sakit kemudian.

Saya selalu marah ayah saya bila tahu dia selalu bagi duit pada abang saya, alasan dia “kesiankan dia”.

Saya sampai nak ugut abang saya yang saya akan beri tahu pada pasangan dia mengenai perkara ini.

Dia kelihatan baik saja dimata orang, di’Facebook’ bukan main lagi caranya terpaling zuhud & bagus.

Saya penat dah nak uruskan keluarga ini, nak keluar dari sini & tinggalkan mereka.

Ada masa saya rasa nak lenyap saja dari sini, tapi kesiankan ayah saya. Saya penat segala kerja rumah kebanyakan saya kena buat. Mereka hanya campak saja kain baju, pinggan mangkuk.

Saya sunyi kadang bila perempuan seorang dirumah. Orang lelaki ni lain, tak sama macam perempuan. S

aya hanya meluah perasaan disini. Kalau ada solusi atau pendapat tolong share ya..

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *