Family toxic is real. Yang tak ada family macam tu, bersyukur. Jangan judge life orang lain yang dapat family macamtu.
Mukaddimahnya, aku seorang perempuan berusia hampir 30an. Aku merupakan anak sulung dan aku adalah anak yang terpinggir. Kenapa aku cakap macam tu? Sini kisahnya…
Zaman sekolah rendah aku sama macam budak2 yang lain iaitu ceria dan suka main. Seperti kebanyakan anak2 lain, setiap orang pasti mempunyai subject favourite dan subject favourite aku adalah pendidikan muzik. Aku sangat suka pegang alat muzik.
Long story short, exam muzik aku selalu A.
Dan bila balik rumah, tunjuk result exam ke parent, reaction mereka (baca: bapak) marah.
Subject lain okay2 je, tidaklah sampai gagal tapi yang bapak lebih tekankan adalah aku mesti gagalkan subject muzik.
Dengan paksa rela next exam, muzik aku sentiasa gagalkan. Anak mithali kononnya. Sampai kena panggil dengan cikgu sebab aku berubah drastik.
Masuk darjah 5 dan 6 aku termasuk dalam top 3 student, tapi aku langsung tak pernah dihargai dipuji dibelai apatah lagi oleh bapak.
Masuk alam sekolah menengah, sekolah aku dan office ayah aku jarak masa hanya 5 minit. Banyak kali aku mintak ayah aku hantar/ambil aku balik sekolah, tak pernah dimahunya.
Bahkan masa aku sakit, mak aku yang jarak rumah 20 minit yang datang ambil aku dengan menumpang kereta jiran. Bapak aku tak kisah dan langsung tak risau nak kisahkan aku yang sakit.
Bawa ke klinik? Tidak lah. Setiap kali aku sakit, jiran yang bawakan. Berbeza dengan adik2 lain, sakit sikit terus cari ubat. Peperiksaan result elok, dipuji melangit. Dihebahkan ke semua orang. Sekali lagi aku terasa hati.
Masa berlalu, aku yang sekarang yang berada di hujung 20an, masih tidak bekerja tetap kerana banyak menguruskan hal dia yang berhenti kerja. Urusan surat menyurat, claim insuran itu ini (pencen awal sebab sakit).
Setiap pengorbanan aku takde sekali pun dihargai. Aku terpaksa tunda kerja sebab dia yang sibuk suruh aku buat semua benda bahkan kereta kalau wiper rosak pun aku yang kena bawa ke bengkel,
Tayar angin takde, aku kena isikan, minyak takde, aku kena isikan, time servis aku kena settlekan, sedangkan dia hanya tahu bawa sahaja.
Aku tertekan takde duit, jadi aku minta duit ke dia untuk masa dan tenaga aku, tapi tak dilayan.
Berkira? Korang tak layak cakap aku berkira. Duit sekolah aku pun dia bagi tak cukup, aku untung ada keluarga jiran dan sepupu yang selalu topupkan duit sekolah aku.
Kadang bila aku kesal, aku tanya mak aku, aku ni anak angkat ke? Dia tak pernah cakap baik2 dengan aku. Tak pernah tak herdik aku. Makan makian dia selalu itu biasa.
One day, aku seperti biasa menjalankan rutin harian mengambil adik bongsu pulang sekolah yang jaraknya hampir setengah jam, masa tu hari jumaat. Dengan jalan jem, aku tak dapat sampai awal sebelum waktu solat jumaat sebab bapa nak guna kereta.
Sebab aku sampai lambat sampai dia terlepas solat jumaat, dia membab1kan aku. Dia berzikir bab1 tu lebih 10x seingat aku.
Apa perasaan aku time tu? Aku nangis semahu2nya. Aku berhenti kerja sebab nak ringankan beban mak aku yang nak urus hal rumah lagi, jadi aku ambil tanggungjawab hantar ambil adik sekolah.
Dia? Malam tak tido, lepas subuh bantai tido sampai zohor nak habis (jika bukan hari jumaat) dan benda tu berulang lah bertahun lamanya.
Dia langsung tak pernah ambil tahu hal rumah tapi ada benda yang dia pantang. Dia benci tengok ruang tamu ada banyak barang dan bilik dia.
Mak aku ni ambil lah upah jahit sebab nak tampung duit sekolah dan makan minum rumah, jadi dia terpaksa letak mesin jahit di ruang tamu dan bapak bising semak macam kandang bab1.
Rumah tu bukan semak sebab mainan ke apa, hanya sebab ada barang selain dari barang dia (sofa kerusi meja) di penjuru rumah, dia ada rak buku peribadi.
Rak buku dia takpe letak di ruang tamu, tapi mesin jahit tak boleh. Rumah kitorang flat je kot. Tahu lah kecik mana? Tapi semua disumbat ke bilik aku yang sangatlah kecik ni. Sampaikan ruang nak tido pun tak selesa.
Bila dah menjahit, tahulah kadang ada serpihan kain perca yang mak aku tinggalkan kejap sebelum menyambung jahit, tapi bila bapak lalu depan bilik aku dan nampak kain perca, dia pasti menjerit “kandang bab1”.
Apa2 barang rumah beli, langsir ke apa ke mesti disumbat dalam bilik dan bila dia lalu bilik aku dia mesti mengutuk dan memarahi aku walhal barang2 tu bukan barang aku.
Baru ni telefon aku rosak, aku perlukan telefon urgent jadi aku minta sedikit wang untuk support aku beli telefon, dia tak layan. Dia suruh aku jangan pakai telefon. Tapi bila telefon adik aku rosak, minggu depan tu sampai telefon baru. Agak2 apa aku rasa?
Kenapa aku dilayan macamtu? Jenuh aku fikir dan muhasabah, mungkin 1. Aku tak minat bidang agama. Adik2 aku semua ke bidang agama dan tahfiz. Aku hanya lulusan sekolah agama biasa dan kemudian menyambung diploma dalam bidang akademik.
Diploma aku pun aku hidup dengan zakat yang aku dapat. Bapa langsung tak nak tanggung perbelanjaan aku. Dan dengan ehsan sedara mara lain, mereka lah menyumbang beberapa ringgit setiap bulan.
Aku nak kawin, nak keluar dari rumah. Jangan nak cakap kawin bukan jalan keluar semua ni. Sebab circle aku yang ada cerita hampir macam aku sekarang bahagia dengan rumahtangga mereka. Jauh lebih bahagia dari bersama keluarga mereka.
Doakan aku. Aku juga bakal berkahwin dengan pilihan hati. Urusan kahwin aku? Satu pun dia tak pernah ambil tahu.
Tapi aku dimarah sebab ambil makeup mua dan sewa baju katanya aku belagak orang kaya. Kenduri aku dia yang sibuk jemput sampai beribu orang.
Dia nakkan duit laki aku untuk bayar catering. Bab aku, disuruh bersederhana, pakai baju kurung biasa dan tudung2 biasa. Sampai aku nak kawin pun dia sentiasa menyusahkan aku.
Laki aku taktau aku tertekan dengan persediaan kawin, dia taktau bapak aku duk meroyan nak duit hantaran untuk bayar catering. Aku yang kat sini menahan malu. Sumpah aku tertekan.
– Amni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit