An4k Yang Tak Dihargai

Salam dan selamat sejahtera semua. Harap penulisan aku ni dipostingkan lah. Dah lama aku teringin nak luahkan disini tapi baru hari ni aku ada keberanian tu.

Tajuk tu mungkin dapat menggambarkan kekecewaan dan kesedihan yang aku alami. Serba sedikit tentang aku, perempuan masih belum berkahwin dan merupakan seorang fresh grad.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Dan sampai hari ni, aku masih struggle untuk capai cita cita dan impian aku untuk banggakan ibu bapa ku.

Apa yang sering menyebabkan aku rasa sedih dan kecewa dengan keluarga aku ni adalah aku sering rasa diabaikan dan tidak tak dihargai.

Tambahan aku adalah anak tengah memang ramai rasanya yang tahu dilema anak middle child ni kan.

Sebagai anak dari keluarga yang serba kekurangan atau B40 lah, aku dari kecik sampailah besar sentiasa cuba untuk berdikari sendiri.

Seboleh bolehnya aku cuba untuk tak mahu menyusahkan ibu dan ayah aku.

Aku juga boleh dikategorikan seorang yang agak cemerlang dari segi akademik. Tambahan aku sedari dulu sentiasa mencari peluang untuk bekerja secara part time setiap cuti sekolah.

Alhamdulillah juga sepanjang persekolahan dan pengajian ku, aku diberi rezeki biasiswa yang sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan keluargaku.

Pendek kata, aku banyak membantu mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh ibu bapa ku.

Tapi, yang mengecewakan aku. Aku selalu disisihkan dalam keluarga aku sendiri dan kadang usaha aku sedikitpon tidak dihargai.

Hati mana yang tidak sedih, setiap kali aku dapat keputusan peperiksaan dari UPSR, PMR, SPM Sehingga lah ke Uni meskipun aku tidak mendapat straight A, atau dekan setiap semester.

Keputusan aku boleh dikatakan cemerlang dan sentiasa ada peningkatan.

Ibu dan ayah aku tidak pernah berbangga atau memuji aku. Kalau aku dapat 4A dikata kenapa tak dapat 5. Pokoknya tak pernah dibanggakan.

Pernah aku mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga membanggakan sekolah.

Ayah dan ibu aku lanssung tak bagi kata kata pujian atau apa pon.

Sewaktu aku grad pon, bapa ku tidak senyum langsung dan tak sabar sabar untuk keluar dari majlis. Hati aku hancur sangat sangat. Usaha aku nak banggakan ibu dan ayah seperti sia sia.

Aku fikirkan dengan memberi kejayaan dalam akademik dan berdikari mencari duit, ayah dan ibuku dan senang denganku.

Malahan setiap usaha dan sumbangan aku tidak pernah disebut atau dipuji. Berbeza sebaliknya kalau giliran adik beradik aku yang lain.

Aku sentiasa berdikari untuk memenuhi keperluan diri sendiri. Keperluan telephone, lesen dan banyakk lagi semua aku usaha penuhi sendiri tanpa mengharapkan duit ibu bapaku.

Sewaktu belajar aku mengharapan sepenuhnya duit PTPTN tsnpa meminta wang dari keluargaku. Aku mengikat perut berjimat hanya untuk meringankan beban mereka.

Tidak pernah mereka telefon untuk bertanya perihal aku. Hanya hal hal yang lain.

Sungguhpun begitu, aku tak pernah mengeluh didepan mereka. Aku cuba bersangka baik sehinggalah aku mendapat tajaan. Alhmadulillah ringsn sedikit bebanku.

Dalam keluarga ini, aku boleh dikategorikan anak yang paling tidak perfect dari segi fizikal berbanding yang lain.

Malahan aku yang paling berbeza rupa paras dari adik beradik yang lain. Kadang aku terfikir adakah sebab rupaku yang buruk menyebabkan aku tak disayangi oleh keluargaku sendiri.

Kadang orang cakap trauma yang berlaku kepada kita sejak kecil akan memberi kesan kepada karakter diri kita ketika dewasa.

Sejak kecil, adik beradik aku sendiri selalu mengejek kelemahan fizikal aku dan kakak kakaku juga lebih sayang dan manjakan adik beradikku yang lain.

Aku ni selalu disisihkan. Pantang aku buat silap sikit, perkara tu akan diulang ulang sampai bertahun tahun. Kalau yang lain tak pula begitu.

Aku kadang cuba tunjukkkan usaha membantu di rumah, memasak, buat kuih, bekerja. Aku juga tak pernah lupa untuk bagi duit kepada ibu bapa aku setiap kali gaji.

Tapi tidak pernah sekali pom aku dapat ucapan terima kasih atau dihargai. Kalau turn anak yang lain meskipun sedikit nilai yang diberi nama tu akan sentiasa disebut sebut.

Mak ayah nampak begitu bangga. Sedangkan aku, hanya kelemahan dan kesilapan kecil akan selalu diulang ulang. Seolah aku ni anak paling teruk.

Sekarang aku baru menamatkan pengajian. Aku masih struggle untuk mendapat kerjaya impian aku. Aku sentiasa berusaha dan berdoa sebab aku memang nak membantu ibu ayah aku dan banggakan mereka.

Setiap kali ibu mengeluh tentsng kewangan, aku jarang lokek untuk memberi setakat mana yang aku mampu.

Kakak kakak ku sudah berumah tangga adikku ada yang sudah bekerja dan belajar. Tapi tak pernah pula mereka merungut untuk meminta duit dari adik beradikku yang lain.

Katanya kakakku sudah berumah tangga tak perlu susahkan mereka. Adik yang bekerja pon tak perlu ganggu duit sebab dia lelaki perlu menyimpan. Dua tiga bulan aku menganggur selepas tamat pengajian.

Terus ibu dan bapaku serta adik beradikku yang lain memerli dan memberikan kata kata yang sinis.

Kata mereka rugi sahaja belajar tinggi tinggi, menghabiskan duit ibu bapa tapi tak dapat kerja yang baik. Tak boleh tolong ibu bapa.

Aku teramat sedih setiap kali mereka mengeluarkan ayat sebegitu. Bukan sekali dua.

Sedangkan selama aku menganggut sekalipun, aku selalu menghulurkan duit kepada ibu bapaku. Setakat mampuku menggunakan simpanan yang masih ada.

Hati anak mana yang tidak sebak dan sedih. Zaman sekarang bukan senang nak mendapatkan kerja tambahan gaji yang setimpal. Aku hidup di kawasan luar bandar jadi agak susah untuk mendapatkan gaji yang tinggi.

Nak bekerja di KL pon aku belum mendapat tawaran kerja dengan gaji yang setimpal.

Mereka tidak tahu betapa tertekan dan berapa banyak usaha aku setiap hari untuk mendapat kerjaya impian aku. Orang orang kg pula sekiranga tidak mendapat kerja kerajaan, kau dianggap tidak berjaya.

Kemudian sebulan selepas aku dapat pekerjaan namun gajinya tidaklah begitu setimpal dengan pengajiannku.

Aku tidak kisah sebab bagiku aku mahu mengumpul skills dan pengalaman terlebih dahulu. Orang pertama yang merendahkan aku dan menjatuhkan semangat aku adalah keluargaku sendiri.

Bila dah bekerja, dikatanya pula kerja sebegitu tak setandijg dengan pengajian. Aku dikatakan merugikan duit ibu bapa dan menyusahkan mereka sahaja.

Hatiku hancur dan aku sekarsng dalam fasa depressed. Setiap hari aku rasa tidak berguna dan dikecam oleh keluarga sendiri.

Sedikit kata kata semangat dan penghargaan pon tidak ada atas efforts aku selama ni.

Bila aku cakap, mereka akan cakap aku mengungkit dan sebagainya. Bila aku cuba membela diri, aku pula dikatakan berlagak dan angkuh dengan pengajianku.

Hakikatnya mereka tak tahu betapa hancurnya hati aku. My inner child inginkan penghargaan dan perhatian dari keluargaku. Tidak pernah aku dapat daru kecik sehinggalah sekarang.

Aku hanya inginkan perhatian dan penghargaan dari keluargaku sendiri. Banyak lagi pengorbanan aku yang tidak aku tulis disini.

Haih panjang pula luahan aku ni. Maaf jika berterabur penulisan aku ni. Kadang sebagai anak, ada juga terasa hati dengan ibu bapa sendiri.

Tetapi masyarakat akan terus menyalahkan kita tanpa cuba memahami isi hati kita. Aku sayangkan keluargaku, tapi aku hanyalah anak yang tidak dihargai.

Sekian..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *