An4k Yang Tersakiti

Untuk pengenalan, aku seorang gadis. Berumur dalam lingkungan awal 20an. Baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah universiti awam.

Aku tergerak hati untuk menulis confession ini selepas membaca satu confession yang bertajuk “Sandwich” (https://iiumc.com/sandwich/).

Aku adalah anak kedua dari beberapa orang adik beradik. Tak ramai tapi tak sikit.

Abang aku juga berusia dalam lingkungan awal 20an, ada kerja yang stabil dan dia memilih untuk “menyusahkan” diri dengan berkahwin pada tahun lepas.

Kenapa aku cakap dia menyusahkan diri?

Sebab pada aku dia langsung tak fikir keadaan kewangan keluarga sebelum dia buat keputusan untuk kahwin.

Tapi sekarang aku slowly terima dan berdamai dengan “kenyataan” itu. Abang aku dah banyak berkorban untuk keluarga sedari dia sekolah lagi.

Alhamdulillah masa belajar di universiti dulu aku dapat tajaan biasiswa. Jadinya aku tak terikat dengan sebarang hutang. Cumanya aku ada juga bercita cita untuk sambung belajar lagi.

Tapi mak aku dari awal memang dia cakap, cukup aku belajar sampai peringkat diploma ni saja. Sebabnya abang aku dah kahwin.

So aku pulak yang jadi “harapan” untuk bantu kewangan keluarga aku.

Jujurnya aku sedih sangat. Lepas spm dulu memang aku terus cari kerja sebelum nak sambung belajar.

Setelah aku menghadam realiti dunia “pekerjaan” masa itu memang aku rasa nak hidup santai2 dulu.

Apa yang aku fikir, bila aku belajar, aku ada masa lagi nk enjoy hidup aku dari bekerja. Perit nak siapkan assignment tak seperit bekerja.

Long short story, aku sekarang dalam fasa yang memberontak dengan diri sendiri. Sebabnya aku nak sambung belajar lagi tapi dah tak berpeluang.

Ramai orang cakap yang aku ni rugi besar tak sambung belajar lagi sebab aku budak pandai. Tapi nak buat macam mana kan, mak aku tak restu untuk aku sambung belajar lagi.

Dan sekarang ni aku tengah bekerja. Sedih bila tengok orang lain, seusia aku boleh enjoy lagi hidup sedangkan aku terpaksa bersusah payah kena kerja untuk teruskan hidup.

Orang lain boleh merasa public holiday sedangkan aku cuti raya pun 2 hari saja. Fokus hidup aku sekarang cuma bekerja dan bantu family aku.

Duit gaji bulan2 tak pernah cukup untuk survive sampai hujung bulan. Aku sangat berkira2 nak spend duit untuk diri aku sendiri.

Perbelanjaan aku untuk makan sehari2 di tempat kerja cuma RM2 untuk roti dan RM2.50 untuk nasi bujang.

Untuk pengetahuan semua, aku bekerja 12 jam sehari. Roti aku makan untuk sarapan, nasi bujang aku makan untuk isi perut waktu petang sampai ke malam.

Sangat perit perjalanan yang aku lalui untuk aku teruskan hidup ni.

Aku memang akan sedaya upaya penuhi keperluan keluarga aku. Tapi sampai suatu masa keinginan mereka agak keterlaluan untuk aku penuhi.

Kekadang ada saja permintaan nak makan itu ini, sedang aku nk beli makan untuk diri sendiri sehari2 pun berkira2 dan mak aku selalu menganggap aku seorang yang kedekut.

Financial management family aku memang out. Bapak aku dah berapa tahun tak bagi nafkah dekat mak aku.

Hutang bil electrik semua, selagi orang TNB tu tak potong, selagi tu lah tak bayar. Bapa aku memang banyak berhutang.

Aku sebenarnya dah malas nak fikir pasal masalah kewangan keluarga aku ni.

Aku sampai di diagnosed depression dengan anxiety sebab benda ni. Aku terlalu memikir. Sampai satu tahap aku malas nk ambil kisah.

Tapi aku kesian kan adik2 aku. Sampai satu masa aku rasa mak bapak aku ni tak fikir ke sebelum nak ada anak dulu?

Memang diorang sekadar meneruskan “tradisi” untuk berkahwin dan berkeluarga sajakah?

Sedih. Aku tahu ramai anak2 dekat luar sana sama struggle nya macam aku. Banyak lagi dalam hati aku nak luahkan. Tapi tak tertulis disini.

Aku harap orang2 di generasi aku ni berfikir sebaik mungkin lah sebelum nak berkeluarga tu.

Anak adalah satu “long term investment”. Jangan take risk kalau tak mampu.

– Seorang anak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *