Ana dan SLE

INI ADALAH PERKONGSIAN RAKAN AKU YANG MENGHIDAP SLE. APA ITU SLE?

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Sedikit info mengenai SLE (skip jika rasa tidak perlu)

SLE=Systemic Lupus Erythematosus

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya.

Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah.

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah.

Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain.

Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus

Discoid Lupus Erythematous (DLE)

. Hanya melibatkan kulit

. Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

. Boleh merebak ke organ lain

. Boleh mengakibatkan kematian

Statistik

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.

Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Sumber: http://www.lupusmalaysia.org/bm/apakah-sle

(BEHENTI SKIP)

Aku dalam ni ialah Ana, sahabat baik aku. Aku mula sakit pada usia 17 tahun, sewaktu SPM sedang berlangsung.

Semuanya bermula pada satu malam di asrama, aku secara tiba tiba sakit perut, hendak katakan keracunan makanan, tidak mungkin, kerana rakan aku yang makan, makan yang sama dengan aku sihat sahaja.

Akhirnya aku tertidur dalam kesakitan, berharap esok aku akan pulih.

Tengahari hari, ada peperiksaan bagi mata pelajaran MATEMATIK. Walaupun aku tak berapa pandai dalam matematik, tapi aku berusaha menjawab sebaik mungkin, aku nak lulus Matematik.

Masakan tidak, aku kesian pada guru guru kami mengajar kami dengan bersungguh hati, dan mahukan kami lulus dalam SPM. Tapi sakit aku semakin lama semakin teruk, aku cuba tahan dan jawab sebaik mungkin.

Petang pula, ada kertas Tasawwur Islam, kesakitan aku tak dapat di tahan lagi, aku cuba bertahan, tapi sejujurnya aku tidak boleh berfikir langsung, otakku kosong, semua yang di ajar oleh guru hilang, aku benar benar dalam kesakitan.

Aku ingat lepas Tasawwur aku akan sembuh rupanya apabila kertas Pendidikan seni berlangsung, dari sakit perut sahaja, kini tangan aku tiba tiba bengkak.

Aduh sudahlah kena melukis dan merwarna, tangan aku pula bengkak, nasib baik Pengawas Peperiksaan bagi masa lebih untuk aku. Selesai peperiksaan pada hari tersebut warden bawa aku ke hospital.

Aku terus ke hospital, pada mulanya aku ke hospital A, Doktor di sana mengesahkan aku sihat dan boleh pulang ke asrama. Aku pulang ke asrama, memandangkan ada beberapa lagi baki kertas peperiksaan.

Malam tu aku sedang aku bersantai, kaki aku secara tiba tiba naik bintik bintik merah.

Bila timbul bintik bintik merah, aku mulai sakit untuk berpijak terasa seakan ada jarum yang mecucuk tapak kaki aku. Warden hantar aku kembali ke hospital. Aku kena masuk ward seminggu atau 2,3 hari macam tu, aku pun tak ingat.

Selepas keluar ward, aku tinggal dekat nenek, aku kembali sakit, nenek hantar aku ke klinik kesihatan, lepas tu Dr arahan aku ke hospital KUALA TERENGANU.

Tapi nenek tiada kenderaan untuk hantar aku ke sana, nenek minta Dr rujuk aku hospital Kuantan, memandangkan ibu aku tinggal di Kuantan.

Hari kedua teman ibu outstation, kaki aku kembali sakit , ibarat di cucuk jarum, aku langsung tak boleh berjalan sampai orang kena angkat aku,dan bawa aku ke hospital C dan hospital C sahkan aku SLE, dari sana aku di rujuk ke hospital kuantan.

Sewaktu di ward, aku ibarat mayat hidup, buang Air dalam paru paru, sumpah sakit, sudahlah sepanjang tempoh tersebut aku sedar. Sepanjang disana aku asyik menangis saja. Apendik aku sudah di buang, sudah buang Apendik, aku kena gastik pula.

Itulah part pertama Ana mampu tuliskan buat kalian, dan aku cuma edit sikit sikit. Sekarang Ana kurang sihat, tapi Ana gagahkan juga pergi kerja walaupun diberikan Mc bimbang andai di buang kerja, padahal baru keluar ward.

Kalau ada masa Ana akan sambung. Aku minta kalian doakan kesembuhan Ana ye.

Maaf jikalau terdapat kesalahan ejaan dan kesalahan maklumat.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *