Pengalaman ngeri saya apabila isteri saya sendiri menceritakan bagaimana anak berusia 3 tahun dicampak kelantai di hadapan beliau.
Pada waktu itu, waktu puncak di mana ibubapa akan menyerahkan anak-anak kepada penjaga, iaitu sekitar 8 pagi. Anak saya pada waktu itu baru berusia 3 tahun. Ketika menyerahkan anak saya oleh isteri kepada penjaga, salah seorang rakan seusia anak saya tengah meragam dan menangis. Tindakan yang dibuat oleh salah seorang guru Taska tersebut ialah dengan mengangkat dan menghempas ke lantai.
Isteri saya tergamam dan apa yang dimaklumkan oleh isteri saya, cikgu tersebut berkata budak-budak tidak boleh dimanjakan dan diberi muka. Mereka perlukan disiplin.
Tindakan kami seterusnya, kami mengeluarkan anak kami dan mencari Taska lain. Kami maklumkan kepada ibubapa anak kecil malang tersebut, tapi kami telah disalah ertikan sebagai menghasut dan mereka-reka cerita. Perkara itu tamat disitu.
Apa yang ingin saya kongsikan disini, ada kalangan ibubapa lebih mempercayai pengasuh dari anak-anak mereka.
Disini saya kongsikan juga, petunjuk-petunjuk anak-anak anda didera secara emosi dan fizikal.
1. Anak-anak takut untuk ke Taska, cuba peluk dan dengar jantung mereka. Biasanya mereka resah dan mengigil.
2. Lihat dalam mata mereka, jika mereka tidak mahu memandang Taska dan guru bermakna mereka memerlukan kita ibubapa untuk berlindung. Selain kita siapa lagi untuk mereka merasa selamat.
3. Hari cuti cuba bawa melintas kawasan Taska, lihat perubahan sikap mereka. Biasanya mereka akan menangis tanpa sebab. Perlu faham, maksudnya perasaan takut sentiasa ada dalam diri mereka. Ini namanya Trauma.
4. Lihat progress percakapan dan pembelajaran. Jika masih tidak boleh bercakap dan tidak pandai bersosial, maknanya anak-anak ini lebih banyak bermain sendirian dan dikawal secara militari.
5. Kadangkala bawa anak berbual dan lihat apa yang mereka dah pelajari di Taska. Kemudian, cross checked dengan pengasuh ataupun guru Taska. Lihat persamaan cerita. Anda ibubapa sewajar lebih memahami anak anda. Jika tidak konsisten, anda boleh fikirkan langkah berikutnya iaitu menyiasat latar belakang Taska dan rehatkan anak dari hantar ke Taska.
Saya ada kongsikan pengalaman hitam ini dalam FB. Tapi pada ketika ini saya pula berhadapan kes anak perempuan saya ditampar guru. Apa yang menarik, guru besar sendiri memberi kenyataan jangan sesekali percaya anak-anak kecil, mereka tidak tahu beza baik dan buruk.
Pesan saya, dengar luahan anak anda dan siasat. Seterusnya cari penyelesaian.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca, doa saya agar kita semua sedar tanggungjawab kita sebagai ibubapa kepada anak kita dan rakan sebaya mereka juga.
– Mohd Khairul Faisal Bin Hamzah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit