Hi para pembaca, saya nak luahkan perasaan saya yang terpendam.

Saya berumur 31 tahun dan sudah berkahwin hampir 2 tahun. Saya mempunyai pekerjaan yang baik dan gaji yang tinggi dari suami.

Nak dipendekkan cerita, saya dah pasang niat untuk ada anak selepas setahun berkahwin, masalahnya suami saya seperti tidak mahu dan cuba mengelak untuk ada anak.

Setiap kali saya berbincang dengan suami saya mengenai anak, dia pasti akan mengamuk dan terus bad mood.

Dia akan kata yang duit gajinya tidak cukup kerana untuk ada anak akan menambahkan komitmennya.

Masalahnya duit rumah, duit kereta dan kadang kala duit makan saya yang bayar tanpa mengharapkan dari dia.

Dan adik saya baru sahaja berkahwin tahun ini tidak sampai 3 bulan dan disahkan mengandung.

Saya sedih kerana saya yang berkahwin dahulu tetapi adik saya yang dikurniakan anak lebih awal dari saya.

Saya faham konsep rezeki dan saya tidak ada langsung perasaan iri hati kepada adik saya tapi saya sedih kerana suami saya seperti mengelak untuk ada anak.

Lagi sedih apabila ibu bapa mertua saya seperti mengharapkan untuk dapat cucu kerana saya merupakan menantu pertama mereka.

Saya berharap ada para pembaca boleh memberi semangat atau nasihat kepada saya.

– Rina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. First awak nak tau tak??.. Dalam tak sedar awak tak hormat dia sebagai seorang suami.. Dia rasa tercabar.. Patut patut dia yang bayar segala komitmen bayar rumah, kereta apa semua tu.. Tapi awak ambik alih tugas & tanggungjawab dia pula.. Memang la dia rasa tercabar sebab dia seorang lelaki.. Ketua keluarga.. Secara tak langsung dia rasa malu / segan atau useless jugak.. Hmm.. Ya memang dia tak kata apa bab awak bayar belaka tu.. tapi awak tak pelik ke kenapa dia berkelakuan sedemikian rupa??.. Ye la bab anak je mesti dia tekan kan bab duit bab komitmen.. Dia rasa isteri sendiri pun dia tak boleh nak jaga nak bagi nafkah itu ini tambah2 lagi ada anak.. Haa.. Suami awak buat begitu mesti ada sebab kan.. Cuba awak berbincang balik dengan dia.. Bincang baik baik.. Jangan tinggikan suara.. Pujuk dia baik baik untuk bincang.. Okay??..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *