Anak Aku Kena Buli

Assalamualaikum semua. Thanks admin sekiranya luahan aku disiarkan.

Aku cuma nak dapatkan nasihat dan saranan bagaimana nak selesaikan masalah buli mental dikalangan pelajar sekolah rendah.

Intro, aku ibu kepada 4 orang anak. Anak ke 3 aku kena buli di sekolah rendah. Umur 11 tahun perempuan.

Anak aku jenis lemah lembut. Tapi kalau dia geram, dia balas jugak apa orang kata pada dia. Tapi buli ni secara mental. Yang orang lain tak nampak tapi dia sorang je dapat rasa.

Banyak kali dia balik cerita dia kena pulau dek kawan2 tanpa tau cerita sebenar perihal dirinya.

Tadi petang dia balik nangis2 lagi sebab satu2nya kawan dia pulaukan dia. Cakap lebih kurang aje.

Of course la anak aku sedih kan. Takde orang nak kawan dengan dia sebab kena hasut dengan kawan2 lain.

Menurut cerita dia ada 2 org kepala dalam kumpulan tu memang tak suka dia. Kadang2 pergunakan dia untuk kemas kelas sorang2. Sedangkan dorang pegi berjalan2 keluar kelas tanpa buat apa2.

Mula2 anak aku diam je, sebab dia malas nak cari gaduh. Lama2 dia buat tak tahu je kalau bukan kerja dia.

Sebab aku ajar dia untuk jadi kuat dan jangan dipergunakan orang. Tapi alih2 dorang semua pulaukan dia. Cuma tak pasti kenapa dipulaukan.

Aku cuma agak mungkin sebab anak aku dah tegas. Lipat telekung sendiri pun suruh anak aku. Memang takdela anak aku nak buat.

Aku tak nak cakap anak aku ni baik sangat. Awal2 tu aku sekadar dengar je luahan hati dia. Tapi lama2 aku yang mak dia ni pun rasa geram. Apa la yang anak aku buat sampai kawan2 semua tak puas hati dengan dia.

Lagi 1, aku perasan banyak cerita yang dia bawak balik semua kawan2 menyalahkan dia dalam banyak hal.

Dia bersembang dengan kawan lelaki sebab ada urusan persatuan pun kena kecam, siap dituduh penyondol. Allah mengucap aku waktu dengar dia bagi tahu tu.

Dia menang pertandingan pun orang pertikai kenapa dia menang. Anak aku sedih sampai nak bagi balik hadiah tu. Pakat2 update status tak puas hati. Yang tak nak tepuk sebab anak aku menang pun ada.

Benda kecik, tapi kalau berulang jadi makan hati anak aku tu. Aku pesan hide je status kawan2 yang macam tu. Takde faedah pun.

Cerita budak2 jela. Nak ignore tak boleh, nanti anak aku stress. Aku kesian sebab nanti terganggu pelajaran dia. Dia kurang pandai, jadi aku nak dia fokus belajar.

Dia pernah update status dia stress dengan kawan2 macam tu. Aku tak nak tukarkan anak aku sekolah. Sebab nanti sama aje kalau circle dorang yang sama sekolah agama dan kebangsaan.

Kalau tukar sekolah jauh sikit, aku susah nak hantar dan ambik. So far adik dia sama sekolah dengan dia. Mudah tapi terseksa aku dengar cerita dia hari2.

Aku terfikir nak cerita kat cikgu kelas dia. Tapi cikgu pun banyak benda kena fikir bukan nak tengok anak aku sorang je.

Aku sedar buli mental ni tak sama macam buli fizikal. Kalau buli fizikal boleh la nampak kalau pelaku buat. Ini senyap2 je. Terseksa anak aku.

Pernah dia masuk bilik kaunseling pun cikgu kaunseling tak dapat nak tolong katanya. Apa purpose panggil anak aku kaunseling pun aku taktau.

Sebab tu aku nak tanya kat sini. Apa yang patut anak aku buat dan aku sebagai parents apa yang perlu aku persiapkan untuk hadap lagi setahun lebih je nak habiskan sekolah.

Hari2 kalau bawak balik cerita yang sama je,aku sekali boleh mental wey.

Kadang2 ada jugak cerita happy dia bawak balik.

Tapi petang tadi la sedih sangat sebab kena pulau dengan semua orang. Sorang pun tak tinggal. Seronok agaknya buat mental anak aku breakdown.

– Mak tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *