Assalamualaikum semua, nama aku Mira (bukan nama sebenar) umur pertengahan 20 an, dah kahwin 3 tahun dan anak aku 2 tahun.. Ye, dah 3 tahun aku kahwin and anak aku dah boleh berlari pun masih ada yang pertikaikan status anak aku..
3 Tahun Lalu,
Aku kahwin bulan jun 2016 secara kecil kecilan je sebab ayah aku cakap yang penting suami aku boleh jaga aku.. tapi memang aku dibawang la oleh makcik2 aku terutama maklong aku sebab sepupu2 yg lain semua majlis gah2..tapi aku buat pekak telinga je sebab yang nak hidup aku dengan laki aku.. Nak jadi rezeki, lepas kahwin aku bunting pelamin, maknanya lepas kahwin memang tak datang period.
Sebulan lepas kahwin aku tau yang aku mengandung 6 minggu, sebab period aku memang regular tiap bulan. Untuk makluman, usia kandungan bukan dikira dari tarikh ko bersama tapi first last date period, jadi first last period aku memang sebelum kahwin (kalau tak faham jugak mohon yang faham sama2 tarbiah kat komen ye) .
Masa tu suami aku memang happy sangat, dia tak bagi aku buat kerja langsung tambah pulak alahan aku memang teruk dari awal smpai aku bersalin, klinik dan hospital dah jadi macam rumah kedua sebab aku dehydrate, anemia, baby kurang gerak, masalah air ketuban..
Jadinya bila maklong aku tau aku mengandung awal dijaja nya cerita aku pasal kawen aku, aku faham dah point dia nak kata aku kahwin sebab mengandung luar nikah tapi aku still buat tak tau.. aku pulak bersalin awal masa 35 week sebab air ketuban aku leaking smpai kering and baby hampir lemas.. anak aku kena tahan kat nicu hampir 2 minggu sebab on antibiotik dan kuning tinggi sampai kena tukar darah kalau tak turun juga, tapi alhmdulillah semuanya selamat, Hana kuat!
Jun 2019
Harini aku dapat whatsapp dari maklong aku.. “Mira, maklong nak tanya betul2 ni, maklong nak mira jujur sebab hal ni melibatkan hukum hakam.. betul ke Hana tu anak sah kamu? masa kamu kahwin kamu tak mengandung? sebab maklong ada baca tak sah nikah kamu kalau kamu kahwin sebab mengandung, dah dikira berzina sepanjang hayat.. Laki kamu tu tak boleh jadi wali ke Hana tu.. maklong kira anak kamu tu lahir awal sangat, jadi was2 pulak”
Hamboi2 maklong, dah 3 tahun still rajin nak kirakan untuk aku.. ni mesti fb yang ingatkan majlis aku ni.. masa aku dapat whatsapp ni memang aku berapi, rasa nak datang rumah dia baling bom je, tapi aku masih bersabar, orang tua kan..
Aku tak balas panjang, aku cuma balas dengan gambar sijil kelahiran Hana yang berbintikan nama laki aku, buku pink dan buku anak aku pasal maklumat kelahiran.. Aku hanya dapat balasan bluetick sahaja, maaf pun takde, nasib baik la orang tua dan pangkat mak saudara..
Harap2 takde dah la soalan cepu emas ni lagi, tipu la kalau aku tak makan hati, fitnah berpanjangan kot.. aku buat tak tau sebab aku ada suami dan anak yang sangat baik dan perfect bagi aku.. Semoga perkahwinan aku kekal selamanya, happy anniversary to us!
– Ibu Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit