Apa khabar semua? Moga kehidupan korang baik. Aku nak cerita tentang anak aku yang banyak perangai. Details fasal family, dll aku ubah lah yer…nanti orang tau pulak sapa aku. Kan? Haha..
Aku ada 2 orang anak – sepasang. Yang sulung ialah lelaki dan yang kedua ialah perempuan. Aku kawin awal jugak, setahun lepas aku tamat belajar di universiti.
Pasangan aku? Pilihan sendiri – seorang yang aku kenal masa belajar. Cantik, lemah lembut dan penyayang. Aku dapat anak pun awal jugak, orang kata apa, bunting pelamin.
Aku nak pendek kan cerita. Anak aku yang kedua ni seorang yang kuat nangis semasa kecik. Sikit-sikit nangis. Bila tak dapat apa yang dia nak dia akan nangis lagi kuat.
Pernah menjerit di supermarket bila tak dapat apa yang dia nak. Tapi aku tak kisah sangat, nak buat macam mana kan? Takkan nak pukul dia, tak kan nak jerkah, nama pun budak kecik.
Tapi bila dia jerit kuat sangat tu, aku akan dukung dia dan peluk kuat-kuat. Kalau dia tak berhenti jugak, nak tak nak aku terpaksa cut short shopping dan balik rumah. Tapi ni tak selalu lah.
Bila sekolah rendah, perangai nangis dia kurang sikit. Agaknya bila dia tengok orang lain pun tak menangis. Semakin dia besar, semakin okay. Belajar pun okay, agak baik lah pada aku. Dia tak berapa ramai kawan sebab dia macam agak pendiam. Tapi dia mula perangai baru, kuat merajuk.
Kalau aku tak belikan barang-barang lukisan, merajuk. Kalau bekal tak sedap, merajuk. Kalau cikgu marah, merajuk. Penat juga aku hadap merajuk dia ni.
Kalau wife aku merajuk tau lah aku nak pujuk (hahaha). Kalau budak macam ni, biasanya aku biar mak dia aja yang pujuk. Mak dia agak pandai memujuk (agaknya sama-sama perempuan, entahlah)
Keputusan peperiksaan dia agak cemerlang dan dia dapat masuk SBP. Tiap dua minggu aku lawat dia dan nampak dia makin berubah. Merajuk pun dah hampir tiada. Nampak lebih berdikari dan belajar pun nampak bagus.
Dia kata dia suka di asrama sebab ramai kawan dan ramai yang baik-baik. Aku takut betul dia kena buli. Ye lah, walaupun perempuan, aku tau memang ada yang suka buli jugak.
Selepas 3 tahun, dia dah mula buat perangai baru. Suka hidup mewah, tapi cara remaja lah. Nak barang branded. Aku terpaksa pujuk lah bab ni. Barang branded perlu duit. Nak bag sekolah yang branded, nak kasut yang branded, nak itu itu branded.
Mak dia pun cuba pujuk dia. Kami tak nak dia merajuk macam dulu.. hahaha. Jadi selalunya terpaksa buat deal dengan dia. Samada brand yang kurang skit branded atau dia terpaksa bayar sebahagian daripada harga barang itu.
Mula-mula dia setuju dengan barang kurang branded. Tapi entah macam mana, selepas beberapa lama, dia kata dia nak bayar sebahagian dari harga barang branded tu. Aku mula risau, dari mana dia dapat duit? Korek punya korek, rupanya dia ambik upah di asrama.
Dia ambik upah buat hw untuk beberapa orang kawan dia (tak ramai tapi bayaran agak bagus dia kata). Kadang-kadang dia buatkan karangan lah (ni bayar yang paling mahal.. haha). Ada beberapa orang yang anak orang berada yang agak malas dan jugak yang agak aktif. Yang aktif tu selalunya tak sempat siapkan hw.
Aku bagitau dia tak boleh buat macam tu, tapi dia kata bukan dia mencuri..haha. Sebenarnya aku terpaksa akui yang dia memang pintar. Memang ramai pelajar sebaya atau yang rujuk dia. Dan segelintir ambik kesempatan membayar dia.
Rupanya dia dengan buat kerja ambik upah ni, dia banyak membantu pemahaman dia sebab dia kena belajar nak jadi creative (contoh macam buat karangan tu, tak kan nak tulis yang sama dengan karangan dia kan?)
Dipendekkan cerita, dia dapat keputusan cemerlang masa SPM dan dapat biasiswa untuk ke luar negara. Aku dan wife sangatlah gembira. Abangnya belajar di universiti tempatan. Aku terasa lega kerana kedua-dua anak aku layak ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahun pertama anak aku di luar negara, semuanya berjalan lancar. Dia sangat happy sebab nafsu beli barang branded dapat di lunaskan dengan cemerlang. Haha. Tambah pulak dia kerja part time, lagi lah dia banyak duit. Aku dan wife dan abang dia pun menumpang beli barang branded, hahaha.
Tahun kedua dia di luar negara, dia balik ke Malaysia. Cuti selama tiga bulan musim panas. Bulan pertama, semua okay. Satu hari, anak aku bagitau yang esoknya kawan sama belajar dia nak datang. Wife aku kata okay lah, ingatkan perempuan.
Esoknya, satu kereta Axia datang ke rumah aku. Keluar seorang budak lelaki berpakaian kemas (kemeja masuk dlm, hahaha). Dia bagi salam dan bgtau nama dia, Haiqal. Anak aku muncul dan ajak Haiqal masuk. Hati aku dah berdebar. Wife aku dan aku pandang memandang. Berdebar jugak aku. Wife aku nampak relax, pandai control.
Dipendek kan cerita, anak aku suruh dia datang ke rumah, jumpa mak bapak dia suruh kenalkan diri. Haiqal ni nampak polite (masa datang tu lah dan mestilah kan?). Mak bapak dah pencen.
Dipendek kan lagi mereka nak kawin masa cuti tu. Aku dan wife tak tau nak kata apa. Dia kata dia akan bawak parents dia datang kalau aku dan wife setuju untuk kawin tu. Aku terkedu dan tak tau apa nak kata. Memikirkan perangai anak aku masa dia teenagers, aku dan wife akhirnya bgtau Haiqal kami akan beri keputusan kemudian.
Banyak isu yang kami bincang dengan anak aku. Abang dia kata okay jer. Aku takut nanti anak aku tak habis belajar, itu ini dan sebagainya. Bincang punya bincang, akhirnya kami setuju juga tapi kami letak syarat berjela, hahaha.
Yang pertama kami suruh mereka hold dulu untuk anak, yang ni mereka setuju. Yang kedua aku cakap Haiqal kena janji yang anak aku akan tamat belajar.
Akhirnya, cutting it short, anak aku kawin dengan Haiqal dengan hantaran yang sangat rendah (dah sedang belajar, mana ada duit) walaupun dia kata dia mampu lebih lagi. Aku bagitau, gunalah duit tu untuk mereka hidup selesa sikit selepas kawin di luar negara nanti. Haiqal setuju dengan semua syarat kami (terpaksalah kan?).
Sepanjang tahun akhir mereka berdua, aku memang monitor betul. Nampak pelajran mereka tidak terjejas dan Haiqal memang seorang yang baik pada anak aku. Aku dapat rasa mereka bahagia dan dapat menguruskan masa dengan baik.
Dan yang paling aku dan wife happy ialah dua-dua tamat dengan cemerlang. Mereka bekerja keras untuk usahakan aku dan wife dan parents Haiqal dapat join convocation. Aku kata takpa, aku dan wife akan keluarkan saving untuk beli tiket. Mak bapak Haiqal mereka yang bayarkan tambang.
Dipendek kan cerita lagi, anak aku buat hal lagi. Selepas convo, dia bgtau dia tak balik Malaysia. Dia nak sambung master. Rupanya dia dapat macam geran penyelidikan. Tak lah banyak sangat tapi dia kata Haiqal akan kerja untuk tambah pendapatan. Dengan berat hati, aku dan wife setuju. Mak bapak Haiqal mengikut aja.
Sekarang anak dan menantu aku masih lagi di luar negara. Aku berdoa agar mereka terus bahagia dan anak aku dapat apa yang dia cita-citakan. Aamiin.
Anak aku yang bermasalah sejak dari kecil, tak berhenti mendatangkan masalah hingga dia dewasa, cumanya masalah yang ditimbulkan berbeza. Dalam hati aku salute jugak pada anak aku yang cepat berdikari, pandai urus masa, cepat matang dan cemerlang. Moga dia dan suami terus cemerlang.
– ADL – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah bang sbb abang and wife berjaya membentuk dan membimbing anak bongsu abang untuk dia terus lurus dengan hal² yang baik. Perangai yang pelbagai tu memang normal lah kan sbb dia perempuan, bongsu pulak tu. Anak bongsu memang banyak kerenahnya, sy tahu sbb sy pun bongsu😂. Semoga keluarga abang sentiasa diberkahi dengan hal² yang baik.
Ni cte humble brag ke apa?
Nk kata masalah sgt, normal2 je masalahnya..
Nak kata straight sgt pun ada la liku2 kehidupan..
Anggaplah abg terlebih sayang anak lalu meluahkan di sini..atau terlebib masa..lalu menulia di sini
Saya pun terlebih masa lah ni sbb baca sampai habis siap tinggal komen..
Ok bang!selamat hari raya maapzahirbatin