Assalamualaikum iium readers kalau confession aku ni diapprove oleh admin page ni terima kasih aku ucapkan kepada kau wahai admin hehe. Confession aku ni sebenarnya berkaitan dgn hormat sbg seorang anak terhadap ibu bapanya. Aku dah baca bnyk confessions psl ibu bapa yg ‘derhaka’ terhadap anak sendiri dgn memberi layanan buruk kpd anak mereka & sebagainya. Dan memang tak dpt dinafikan golongan tu mmg wujud dan aku pernah tngk keluarga mcm tu. Tapi tu special case sbb yg aku nk tulis ni psl yg tipikal punya which is hormat seorang anak kpd parents yg bnyk berjasa terhadapnya sejak kecil lagi.
Pengenalan utk keluarga aku. Aku ada keluarga yg harmoni dan alhamdulillah sangat-sangat sbb Allah anugerahkan keluarga yg tersangat baik kpd aku dan siblings. Tapi tak bermaksud keluarga aku ni sifar bergaduh. Bergaduh tu ada kadang-kadang dan sometimes perkara tu yg boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Kedua-dua my parents mempunyai pekerjaan yg bagus alhamdulillah sekali lagi dan adik-beradik aku tak ramai pun. So, hidup kitorang selalu dikategori sbg ‘mewah’ haha padahal tak pun. Kawan-kawan aku selalu cakap ‘untung lah kau parents kaya gaji ber-kkk mesti semua benda yg kau nak kau boleh kan’. Jujur aku cakap, perkara tu sgt lah tidak betul.
Aku dan siblings aku mmg telah diajar oleh both of my parents utk hidup dgn merasa susah payah bukannya senang lenang macam anak raja. Contohnya, kalau kitorang nak sesuatu, ibu bapa aku tak akan bagi direct. Dia akan tanya dulu apa kebaikan & keburukan yg kitorang akn peroleh kalau kitorang dpt benda tu which ends up kitorang akan dpt free santapan rohani drpd diorang sbb nakkan benda yg takde pekdah haha padan muka. Biasalah bebudak kan pantang tngk org lain ada benda awesome terus nk beli.
Tapi sekarang ni aku dah besar panjang. Aku dah boleh pikir baik-buruk sesuatu perkara but i am not that fully matured yet. Jadi sekarang aku dah boleh pikir kenapa dulu my parents didik kitorang secara tegas mcm tu. Dan aku rasa lah among my siblings, aku yg mcm paling tak best dari segi treatment. Bukan kena dera bagai semua. Its just mcm siblings aku yg lain, kalau diorang nak pape chance nk dpt tu mcm tinggi sikit lah tapi kalau aku? Hmmm kena karang esei 2-3 helai ler jwbnya haha lebih kurang gitu lah. Kadang-kadang yg atas drpd aku if benda mahal gila babeng mmg akn boleh jgk lah at the end & bwh pada aku biasanya dpt treatment yg okay drpd ibu ayah aku maybe sbb dia bongsu entah la nak.
Masa kecik dulu mmg aku mcm nk memberontak tau sbb kalau tang barang yg aku nak, mcm yg aku ckp tu lah. Mmg diorang bukannya boleh on the spot selalu tpi diorang takde lah sampai thp susah nk dpt mcm aku ni. Kalau tang house chore lagi lah. Masak pebenda semua mmg mak aku akan ajak aku sampai kengkadang kalau aku letih sngt ada aktiviti sekolah apa semua aku mintak jugak dia ajak adik aku masak skali who is sama gender je dgn aku. Tapi tulah. Setiap kali aku ajukan soalan dkt ibu aku mcm kenapa adik tak kena masak lagipun dia kan dah besar. Dia muda sikit je berbanding aku. Mesti ibu aku akn tunduk je. Lagipun adik aku ni mcm takde common sense. Kalau dah ibu aku duk tngh masak, pi lah rajin intai tanya nk tlg apa. Ni kalau dia tngk aku dah pi dapur, dia buat rilek jelah. Sampai satu thp mmg mcm dia dah harapkan aku je utk tlg ibu buat semua perkara. Kalau antara kitorang duk rilek takde kerja, mesti aku yg first kena panggil. Aku pun pelik kenapa aku yg mula-mula kena seru utk buat kerja rumah. Sebabkan dah biasa jadi aku mcm on je lah lagipun tolong parents ni besar pahalanya insya-allah.
Dan apa yg aku peratikan, siblings aku ni makin lama makin kurang ajar dgn ibu bapa aku. Aku lagi suka jadi pemerhati seara senyap je. Maksudnya aku tak akan ckp dkt ibu aku direct. Aku hanya akan buka mulut bila ibu aku complain diorang buat perangai. Reason aku tak nak buka mulut awal-awal sbb aku tahu end of the talk, ibu aku akan senyap & frust dgn hujah aku sbb hujah aku tu mmg ada betulnya. Contohnya, kalau sibling aku yg tua sikit ni tengking-tengking ibu aku lps tu cakap kasar-kasar mcm dah takde rasa bersalah pulak aku tngk dia, ibu aku akn ckp skjp je dgn dia. And lps sibling aku tu pergi masuk bilik ke apa ke dia akan pandang aku dgn muka penuh kesedihan sbb perangai sibling aku mcm tu. Yelah hati ibu mana je tak terluka dgn sikap anaknya yg dia kandung selama 9 bulan straight buat perangai tak tahu adab mcm tu.
Seperti biasa, aku akan dengar je luahan ibu aku & usai dia bercakap, aku luah pulak apa yg aku rasa. Aku slow talk dgn ibu aku yg aku rasa maybe ibu aku patut tukar cara dia layan siblings aku yg lain. Dari segi kontekstual, jgn terlalu manjakan diorang lah. Dan aku ckp mcm tu mmg bukan sbb aku dengki dgn siblings aku. Sbb aku dah witness benda ni byk kali aku dah mcm tak tahu nk rasa apa or nak salahkan siapa. Nak salahkan cara didikan tu takdelah seratus peratus & same goes to my siblings jgk. Maybe peredaran zaman kut. Bebudak sekarang ni kan mmg ramai yg kurang adab dgn parents masing-masing. Entah lah mungkin sbb pelbagai faktor mcm media sosial, budaya negatif barat & sbg.
Thats why aku nak tekankan psl hormat dkt sini. Aku tak paham kenapa siblings aku tu mcm takleh nk control diri esp time bad mood or nak marah. Aku tahu normal lah utk bad mood sbb kita hanya manusia yg penuh cacat cela. Tapi kengkadang aku rasa macam dah over gila. Bayangkan lah dgn penat lelah ibu ayah aku kerja lpstu duit diorang tu diorang guna utk beli brg2 yg kami dan dia nak. Tolong lah hargai penat lelah tu dgn layan balik diorang baik-baik sbg seorang anak. My parents are the best parents bagi aku cuma mungkin didikan mereka tu ada ‘slack’ siiiikit je. Aku harap sesangat siblings aku dpt menghargai ibu ayah aku dgn sebaiknya sblm mereka dipanggil utk menghadap Ilahi.
Aku yg dengar ni pun sedih bila kau duk tengking-tengking ibu lps tu campak brg & hempas pintu sampai nk runtuh bagai. Apatah lagi hati ibu yg kasih akan kau walaupun kau perangai baran mcm tu. Tak pernah terlambat pun utk kau berubah walaupun kau bukan kanak-kanak lagi. Kalau kau dengar setiap luahan ibu dkt aku tntng kau dan adik-beradik yg lain, aku berani jamin yg hati kau akan sedih bang. Ibu mmg tak tunjuk dpn kau tapi dkt blkg kau? Ada kau tahu dia luah perasaan dia smpai air mata dia mengalir secara tiba-tiba? Tu belum lagi kalau dia duduk dlm bilik dia senyap-senyap. Lagi lah kita tak tahu dia tngh menangis ke kecewa sangat-sangat ke.
Aku bukan nak kondem tapi aku rasa down dan sedih tngk cara sibling aku yg sorang tu. Siblings yg lain alhamdulillah okay lagi takdelah sampai thp nk mengamuk mcm tu. Bukan aku tak cuba nak nasihat. Dah bnyk kali aku nasihat. Aku cuba nasihat dia waktu dia tngh cool & mood dia okay dgn harapan dia boleh cerna mesej yg cuba aku sampaikan. Aku mmg lagi muda drpd dia tpi jarak umur kami takdelah jauh beza sngt. Aku rasa aku kena nasihat dia sikit-sikit secara berhemah sbb aku dah tak tahan tngk ibu bersedih time baran dia datang.
Aku doakan kau jdi anak yg soleh dan penyabar dan berubah jadi lebih matang. Dan tak mustahil kau boleh jdi lebih baik drpd sekarang ni dan aku pun mungkin boleh jadi mcm kau kan sbb hati kita boleh dibolak-balik oleh pemegang hati kita iaitu Allah SWT, kan? Dan kpd readers, kalau korang jenis baran jgk dan selalu tengking mak abah korang atau hempas pintu bilik kuat-kuat nak tunjuk tanda protes, aku harap sgt korang boleh berubah. Sblm nak marah, cuba tarik nafas dan istighfar banyak-banyak. Pikir dulu kesan yg akan berlaku kalau korang nak tunjuk sisi baran korang. Bnyk kesan negatif tau. Tak perlulah aku nak senarai satu-satu kesan tu sbb aku yakin & percaya korang mesti dah didedahkan sjk di bangku sekolah lagi esp waktu kelas agama. Tapi kalau marah tu terlepas jgk, cepat-cepat minta ampun dgn orang tua kita. Tak pernah kalah pun kalau kita minta maaf dgn org lain lagi-lagi dgn manusia yg bnyk bersusah payah utk kita, demi kita. Yg tak pernah tunjuk letih mereka kpd kita semata-mata tak nak bagi kita sedih. Yg tak pernah merungut dlm mencari nafkah utk kita supaya hidup dlm keadaan selesa.
Aku bukan insan yg luar biasa. Aku juga boleh marah dan alhamdulillah aku latih diri aku utk menjadi senyap dan jauhkan diri aku drpd org yg aku nak marah setiap kali perasaan tu dtg. Aku takut kalau kata-kata aku sewaktu aku dikawal oleh nafsu amarah aku dpt melukakan hati org sekeliling aku. Nauzubillahiminzalik. Aku rasa aku happy sbb aku boleh jdi kawan baik kpd ibu aku dgn mendengar segala masalah & luahan drpd hatinya. Ada hikmah tersembunyi yg Allah hadirkan tatkala aku yg selalu menjadi mangsa ibu aku utk melakukan semua perkara haha. Mungkin aku boleh membantu meringankan beban ibu aku dgn menjadi pendengar setianya.
Aku doakan semua anak-anak yg masih mempunyai ibu bapa utk menjadi zuriat yg soleh & solehah kpd orang tua masing-masing. Hargailah mereka kerana mereka merupakan pinjaman yg teramatlah istimewa dprd yang Maha Esa kpd kita. Maafkan aku kalau cofession aku ni ada terkasar bahasa thdp para readers. Assalamualaikum :)
– seorang anak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit