Anak-anak Terpilih

Assalamualaikum ..

Aku seorang housewife dan ibu kepada 4orang anak.. Anak-anak umur 13 tahun ( L ), 10 tahun ( L ), 4 tahun ( P ) & 1 tahun ( L ).. Baru-baru ni rasanya ada a few confession pasal mak ayah pilih kasih, mak ayah x adil.. Aku nak cerita mengenai anak-anak 1st n 2nd aku, n apa yg aku rasa dengan anak-anak aku ni..

Orang selalu anggap suri rumah ni best.. Tak penat, tak stress.. Ramai yang buat tanggapan macam tu sedangkan hakikatnya kitorang ni selalu rasa letih, kelam kabut nak uruskan anak, hantar anak sekolah ambik anak sekolah, masak n banyak lagi.. Tu tak termasuk lagi kalau family datang rumah.. ( Family in law aku kerap datang rumah ) Aku jenis ibu yang nak anak-anak pandai buat kerja rumah.. Tak kira anak laki atau perempuan, kalau boleh biar lah pandai buat keje n rajin..

Anak sulung aku, aku kenal kan sebagai banglong, sangat banyak membantu.. Tahun ni dia dapat masuk asrama.. Sebelum banglong masuk asrama, banglong selalu bila balik sekolah akan ke dapur n tanya aku, ‘ mama, nak tolong apa? ‘ Dengan berbaju sekolah tak bertukar.. Terus offer nak tolong n selalu x payah suruh pun dia tau apa yang dia kene buat.. Banglong jugak sangat cekap buat keje.. Tong sampah kat luar yang kotor pun dia yang tolong basuh kan.. Jarang sangat nak nampak dia merungut, bila minta tolong apa-apa slalu nya mesti dia jawab ‘ ok ma ‘ dengan semangat.. Tapi kelemahan banglong selalu malas nak jaga kebersihan diri, dia boleh pakai baju yang dah dua tiga hari, boleh x shampoo rambut seminggu kalau tak ditegur ( slalu jadi bila dia balik kampung tanpa aku n suami, balik je rumah, bau hapak je )..

Anak kedua aku, aku gelarkan dia bangngah kat sini, manja, tapi selalu mengelat buat keje.. Bila minta tolong apa-apa, selalu buat muka macam tak suka.. Bila tak mintak tolong, memang dia takkan tolong.. Even kalau dia dah habis makan, dia dah dilatih basuh pinggan sendiri, kalau dalam sinki ade satu tu pinggan bukan dia punya, dia takkan tolong basuhkan.. rutin kemas meja makan selepas makan pun dia takkan buat kalau x disuruh.. Bila dia nampak aku bz, dia akan lesap.. Aku banyak terasa hati dengan bang ngah.. Banyak yang aku pendam.. Tapi bang ngah pembersih dr segi jaga diri.. Susah nak bau dia masam atau kotor..

Nak jadi cerita, aku dah tak tahan sangat n meletup.. Aku mengamuk, aku bengang.. Bukan aku tak tegur, bukan aku x ajar macam mana adab dengan mak ayah.. Bukan aku tak cakap sebaik-baik pertolongan adalah bila mama tak minta tolong tapi bang ngah yang offer bila mama perlukan pertolongan.. Dah berbuih mulut tegur.. Tapi masih jugak sama.. Pernah sekali tu aku mintak tolong dia basuh pinggan, belum habis lagi basuh dia lesap.. Bila aku tanya pergi mana, dia cakap gi baring kat atas.. Macam mana aku x marah? Masa hari yang aku mengamuk tu dia nak makan, meja kecah sebab ade air tumpah, dia boleh biarkan je lepas makan sedang kan dia tau tugas dia adalaha kemas meja makan.. Sejak tu aku cakap kat diri aku, aku takkan mintak tolong bang ngah lagi.. Biar la aku buat keje sendiri dari aku jadi nak marah-marah sebab perangai dia.. Aku marah sampai aku menangis dalam solat, aku doa minta petunjuk penyelesaian masalah aku ni.. N esok nya aku rasa lebih tenang.. Aku set dalam hati aku, aku takkan minta tolong lagi kat bang ngah.. Aku takkan mengharap kan lagi pertolongan n expect offer dia nak tolong.. Supaya aku x selalu kecewa n marah..

Aku bincang masalah ni dengan suami aku, aku bagitau suami aku, kalau bang ngah masih x berubah, jangan expect bang ngah adalah seorang anak yang kita boleh harapkan untuk tolong kita bila dia dah besar nanti.. Dalam family husband aku n family aku ade anak yang mak ayah memang senang untuk mintak tolong.. Tolong dari segi ambik kat airport ke, tolong kenduri ke.. Tapi ada anak yang mak ayah memang x rasa nak mintak tolong, takde hati nak mintak tolong.. Mungkin sebab atas banyak kali pertolongan ditolak..

Aku salah ke bila set dalam mind aku taknak bang ngah tolong aku lagi? Sampai sekarang bang ngah tak minta maaf, sampai sekarang bang ngah x kemas meja lepas makan ( sebab aku x suruh ) n sampai sekarang bang ngah masih kurang sensitif perasaan mama dia ni.. Banyak kali.. Terlampau banyak kali sampai aku dah kecewa.. Aku rasa dari aku minta tolong bang ngah n aku terasa hati n kecewa, baik la aku buat sendiri semua nya.. Mungkin didikan aku nak jadikan anak aku seorang yang pandai buat kerja, boleh tolong anak bini dah besar nant x berjaya? Mungkin akan ada yg beranggapan relax la anak baru 10tahun, jangan compare anak.. Entah la.. Aku bukan mak yang sempurna untuk sentiasa tak terasa hati atas apa yang anak buat..

So buat anak-anak yang sering kali mak ayah mintak tolong apa-apa bila korang balik kampung, BERUNTUNG lah kalian.. Besar pahala senang kan hati mak ayah korang, buat mak ayah korang rasa senang hati, x berat hati n segan dengan nk mintak tolong anak-anak.. Anda anak-anak yang terpilih.. Semoga Allah berkati dunia dan akhirat kalian..

– Ann

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit