Anak Anda Tidak Senaif Yang Anda Fikirkan

Mesti diluar sana masih hangat bercerita tentang kisah budak lelaki 6 tahun yang merogol budak perempuan 4 tahun kan. Aku harap cerita aku ini dapat disiarkan agar menjadi tauladan dan ingatan pada ibu bapa.

Aku Nad. Budak kampung. Dulu rumah kampung, ada satu sahaja bilik tidur. Tapi kitorang tak tidur bercampur adik beradik. Asing-asing. Dulu tak ada telefon bimbit. Siaran tv pun banyak bertapis. Jadi kami budak tak terdedah dengan pornografi.

Cuma, masa tu mak ayah mungkin ingat kami naif. Bila diorang bersama, pintu bilik tak ditutup rapat. Zaman tu tidur pakai kelambu. Walaupun tak nampak, tapi kami dengar. Mula – mula kami tak tahu. Tapi lama-lama kami faham.

Pernah masa aku kecil. Belum sekolah. Aku lihat sendiri dan aku pura-pura tidur. Mula- mula tak faham, tapi boleh mendatangkan ghairah. Maka di situlah bermula perasaan suka membayangkan dan tidak aku tahu itulah dipanggil onani.

Benda berlarutan, tapi aku bersyukur. Aku dididik dengan agama. Tidak pernah aku memasukkan apa pun dalam kemaluan. Hanya fikiran sahaja yang hebat. Aku cuba untuk menghalang tapi sebab sudah bertahun jadi seperti ketagihan.

Sehinggalah aku berkahwin.. Alhamdulillah, aku terpelihara. Nafsu ku dapat disalurkan pada perkara yang betul. Cuma aku disini nak semua yang diluar tahu

1. Budak-budak pun bernafsu. Walaupun mereka nampak naif, tapi mereka tahu tambah lagi banyak pendedahan. Jangan ingat jika bergurau-senda mereka tak faham double meaning anda.

2. Budak-budak bercerita. Mereka bercerita apa yang mereka nampak. Tolonglah. Kalau nak bercium jangan depan anak-anak.nak bergurau yang lebih-lebih pun jangan.

3. Ibu bapa jangan bawa anak ketandas awam berlainan jantina jika anak sudah pandai bercakap. Aku pernah katakan pada kawanku. Dia cakap alah budak-budak. Tapi sebenarnya budak-budak melihat. Lagilah kalau perempuan masuk tandas lelaki. Ada tempat kencing berdiri tu. Kalau anak girl tengok lelaki sedang buang airkan tak patut.

4. Yang paling penting sangat. Jika anda sebilik dengan anak. Pastikan tidak berhubungan intim di bilik yang sama. Sebab anak pandai berpura-pura tidur. Kerana mereka mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Kita ingat mereka tidur.sebenarnya mereka dengar dan mengintip dicelah selimut dan bantal. Tutuplah pintu rapat dan kunci.

5. Cukup-cukuplah bagi telefon bimbit. Anda tak tahu apa yang mereka lihat. Anak anda tidak senaif yang anda sangka.

– Nad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *