Anak Angkat

Aku tulis ni berasaskan isu Dato Aliff Syukri. Aku tak ikut sangat kisah dia sebelum ini. Tapi kisah perebutan Yom antara Dato Aliff dan ibu kandung Yom membuat aku terpanggil untuk kongsi apa yang aku rasa rentetan dari kecaman orang ramai pada ibu kandung Yom.

Mulanya, aku nak bagitahu, sebaik saja kita ambil anak angkat, status kita adalah penjaga sementara, bermaksud ibubapa kandung boleh ambil bila-bila masa saja. Ini ada dinyatakan dalam surat sumpah yang boleh diperolehi dari JPN. Tapi selepas 2 tahun penjagaan, ibubapa angkat boleh memohon menjadi penjaga dan pada status ini hak ibubapa angkat lebih terjamin.

Aku ada seorang anak angkat yang kini telah berusia 6 tahun. Aku telah berkahwin 9 tahun dan telah keguguran 3 kali. Hubungan aku dengan ibu kandung anak aku baik pada mulanya dan ibu kandungnya memilih untuk mendiamkan diri.Ditelefon tak diangkat-angkat. Diwhatsapp tak dibalas-balas.

Sejujurnya aku tak sekaya Dato Aliff, aku takde bibik dan menguruskan anak sendiri memandangkan aku adalah surirumah. Gelak ketawa dia, dedih tangis dia semua didepan aku. Anak angkat aku ada insuran prudential, tapi aku tak rasa Yom ada insurans sebab untuk dapatkan insurans Dato Aliff perlukan sijil pengangkatan dan ianya akan dikeluarkan selepas 2 tahun Yon dipelihara oleh Dato Aliff. Tapi kalau takde insuran pun, apa ada hal? Dato Aliff kaya kott..

Aku juga ada seorang kawan yang terpaksa berikan anak dia pada keluarga lain kerana masalah rumah tangga mereka dan masalah ekonomi. Suami dia tinggalkan dia sebulan sebelum melahirkan anak dan dia adalah anak yatim piatu. Dia terpaksa menumpang dirumah sewa kawan-kawan. Makan minum bergantung ehsan kawan-kawan dan selepas melahirkan dia terpaksa serahkan anaknya pada keluarga angkat dan meminta sejumlah wang sebagai modal memulakan kehidupan baru.

Kerana perkahwinan dinegara jiran dan suaminya tidak mahu mendaftarkan perkahwinan mereka, dia mempunyai masalah untuk mem’bin’kan anak atas nama suaminya. Kisahnya hampir serupa dengan Dato Aliff, setiap kali dia mohon untuk bertemu anaknya, setiap kali itu keluarga angkat memberitahu anak dihospital dan minta dia untuk ambil dan jelaskan semua bil. Dia nak jumpa je kot..

Hospital swasta! Bill pula kalau tak belas ribu tak sah. Aku saksi tangis kawan aku. Aku saksi hinaan post keluarga tersebut pada kawan aku.. Tuduh genetik tak baik la, declare anak tak sah taraf lah, suspect ada masalah kelamin dan jangkit pada baby la, ambil video “amboi, menurun siapa perangai ni?”

Macam kawan aku kata, dia berterima kasih pada keluarga angkat sebab sudi terima anak dia, tapi jangan la hina asal usul anak dia. 15-20 tahun lagi. Macam mana anak dia nak berhadapan orang? Macam mana anak dia nak tanggung malu dengan status anak tak sah taraf? Mentang-mentang lah mereka kaya, jangan la hina kami yang miskin ni macam ni.. Apa salahnya kalau bagi kawan aku jumpa anak dia? Ini tidak, tiap kali nak jumpa keluarga angkat kata kawan aku nak ambil baby tu, siap ugut kalau tak ambil nak campak anak tu luar rumah. Eh eh??

Berbalik pada Dato Aliff, aku syorkan Dato Aliff berhenti buka aib Yom dan hina ibu kandung Yom. Berhenti jerat orang dengan duit. Aku rasa kalau aku jadi ibu kandung Yom pun aku akan diam pasal aku sedia maklum kos hospital swasta sah2 belas-puluh ribu. Sebanyak mana sayang aku kat anak aku pun, mesti aku hold keputusan nak ambil anak aku. Walaupun aku tak berani nak hadapi saat ibu kandung minta balik anak aku.. Tapi sebagai ibu, aku tahu rasa sayang itu takkan pernah bertepi.

– Jenab Si Arnab

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *