Entah. Aku pun tak tahu kenapa aku perlu tulis disini. Padahal aku tahu, setiap aduan kita Tuhan pasti mendengar. Ada masalah, mengadulah pada Tuhan. Tapi, entah… sejak dua menjak kebergantungan aku pada Tuhan seolah berkurang.
Tak. Aku bukan mahu jadi hamba yang derhaka. Naudzubillah! Cumanya, aku sedih. Sedih bila sentiasa fikirkan yang aku hidupnya ini seolah liabiliti pada semua makhluq bumi. Hatta, hampir setiap orang aku tanyakan:
“Kita ini wujud sebagai anak, adakah ia suatu liabiliti atau aset buat ibu bapa?”
“Ish kau ni! Anak itukan aset buat ibu bapa. Apa pula liabiliti…” ramai yang menjawab begini.
Alangkah bagusnya ramai anak yang menganggap mereka aset buat orang tua mereka. Aku?
Huh, terang lagi bersuluh si liabiliti, biawak hidup, sang penghabis beras serta pelbagai macam nista yang hampir setaraf orang jalanan walau masih punya keluarga.
Padahal, jika diimbau kembali, orang tua ini yang menggelapkan masa depan anak mereka.
Mereka sertai badan jemaah yang dikatakan jemaah kebenaran tanpa menerangkan kenapa dan mengapa kita wajib sertai sesuatu yang menjerumus kepada ketaksuban??
Aku tak faham!
Darjah tiga sudah dikerah untuk menjadi tenaga kerja premis mereka. Tanpa sebarang bayaran!
Dikala rakan sebaya anak jemaah yang lain bebas bermain, aku dan beradik kesibukan bekerja bagai pekerja warga asing. Menguruskan pasaraya, jaga kaunter, potong ayam, walau mata masing-masing rabun dan tidak memakai cermin mata?
Pantang berehat, lantas dikata pemalas. Kami akur… kerana mati itu rehat yang sebenar.
Masuk tingkatan satu, semua dicampak jauh di asrama yang asing. Mana ibu bapa pada waktu itu? Mereka sudah lepas tangan. Wah, senang bukan. Kononnya jika sami’na waata’na pastikan dapat ganjaran. Apa hujungnya?
Terkandas juga gelap masa hadapan. Yang dipersalahkan, haruslah si anak. Mana mungkin ibu bapa punya dosa.
Air mata orang tua gugur, salah anak. Merekalah yang derhaka.
Satu pun mereka tidak pernah bertanya khabar tentang kehidupan di asrama. Padahal segala perkara yang diajar sudah mula terpesong dari agama sebenar.
Aku pernah dipaksa oleh warden untuk hubungi orang tua pada usia 15 tahun. Tapi aku enggan.
“Apa motifnya hubungi mereka? Jika mendengar suara kita saja langsung dijerkah hidup menyusahkan orang?” aku geleng. Rela berdiam dari mendengar jerkahan mereka.
Banyak lagi sisi dunia lain yang perlu dirisaukan dari fahami ibu bapa. Mereka pun tidak pernah kisahkan kita, kenapa kita wajib kisahkan mereka?
Aku pernah ditinggal sendirian pada keluarga yang bukan berkaitan. Sendirian. Dilarang berjumpa kawan mahupun teman.
Jadi aku hanya membisu mengemam perasaan. Menangis mengadu pada Tuhan hampir setiap malam… ada mereka tanyakan bagaimana aku harungi kehidupan sedemikian?
Setiap satu dari salah anak dicari gali. Kalau boleh diharamkan susu, mungkin saja si ibu haramkan. Selagi mana si anak tidak taburkan wang ribuan ringgit pada riba orang tua, selagi itulah mereka dikira derhaka dan menyusahkan semua orang.
Kesalahan anak habis dicanang gebang serata kenalan.
Malu! Malu! Malu!
Anak pun tahu erti malu!
Mereka mahu itu ini itu ini, tapi mereka lupa bahawa parut si anak masih punya luka yang amat dalam akibat kecuaian mereka.
Mana pergi mereka dikala kami perlukan?? Sibuk dengan jemaah kononnya. Bila sudah keluar jemaah, baru terhegeh-hegeh mahu fahami anak-anak.
Dulunya mereka selalu kata, kami anak-anak ini adalah anak pungut. Sekali dua mungkin boleh diterima. Lama kelamaan dirasa ianya suatu kenyataan.
Mana tidaknya, darjah enam aku sudah brainwash adik-adik. Aku katakan pada mereka yang kita ini hanya anak pungut. Dikutip sebagai pekerja. Kita tidak punya ibu atau bapa.
Mereka itu majikan kita…bukan sesiapa. Dan setiap dari adikku, aku kurungkan didalam almari baju dan katakan sesuatu yang aku tidak tahu dari mana aku pelajarinya…
Kemudian, setiap orang wajib tulis luahan mereka didalam satu buku tebal bersaiz a4 dalam keadaan mengelilingi api lilin.
Waktu sekolah pula aku banyak bermenung. Lebih rungsingkan tempahan ayam daripada fokus dalam pembelajaran.
Disebat, dikurung, dipalu itu perkara biasa. Sekejap-sekejap dihantar ke rumah asuhan. Sekejap pula dijaga oleh orang yang berlainan. Mana wujudnya ibu bapa pada usia anak perlu pada mereka??? Mana??
Ah, bodohlah aku jika masih menyimpan perkara sebebal ini. Mana orang tua ingat jenayah mereka pada kita.
Entahlah….
Aku selalu fikirkan, kenapa tidak lari saja dari mereka. Atau kenapa tidak dibunuh saja mereka. Acap kali bayangan pembunuhan itu diulang tayang dalam minda.
Lagi kerap berulang ketika mereka wujud dihadapan mata. Serasa mahu saja ditoreh dan disiat mereka. Biar dirasa sakitnya punya memori trauma itu lebih dalam daripada torehan pisau pada kulit.
Orang lain hubungi orang tua, pasti tersenyum seharian. Aku pula berakhir dengan tangisan ketika menjawab peperiksaan.
‘Anak tidak berguna’
‘Tidak tahu kenang budi’
Seolah terngiang. Semakin dibiar, semakin menggegar telinga.
Aku itu liabiliti buat orang tua. Bukannya aset.
Kenapa tanya kau?
Segala tanda sudah terbukti. Lagi pula bila kita sering dikata begini:
“Hidup sekadar menyusahkan orang!”
Ibu, ayah….
Kami anak-anak ini sudah sering berdoa agar dicabut nyawa sedari kecil. Kerana kami tahu, matinya anak kecil itu lebih aman dan tenang. Tapi Tuhan masih jua hidupkan kami…
Entahlah.
Aku penat jadi anak mereka.
Anak orang lain punya Honda, punya kerjaya, mereka selalu bangga….
Kita? langsung tidak punya apa. Malu mahu dianggap keluarga.
Ibu bapa selalu bertindak guna kuasa mutlak “syurga dibawah kaki” mereka. Habis segala ceramah ilmuwan tentang anak derhaka dihantar. Semua “what goes around come around” hanya berputar disekitar hidup si anak.
Segalanya disangka buruk hanya kerana punya perancangan hidup yang tidak mengikut telunjuk mereka. Berkawan tidak boleh, bersilaturrahim serba tidak kena. Suka berkata perihal tetangga seolah mereka saja yang benar.
Kadang malu dengan orang tua sendiri. Malu menjadi anak mereka yang tidak berguna pun ya juga. Mujur kami anaknya tidak bertemu terapi psikologi. Silap hari bulan, semua pernah hidup depresi.
Aku harap, sesiapa anak yang menjadi aset kebanggan keluarga, teruskanlah membanggakan mereka. Kita yang liabiliti ini, marilah ubah nasib sendiri.
Pendapat peribadi aku, ada baiknya berjauhan dari orang tua jika dekat itu menjahanamkan pahala…
Aku pun jadi kecut perut untuk bekeluarga. Serasa disumpah untuk tidakkan bahagia selamanya….
Anak itu aset buat ibu bapa yang menghargai setiap satu dari mereka.
Liabiliti buat mereka beranak kerana suka-suka. Hujungnya derita, dosa semuanya pada anak.
Sudahlah…berjela ditulis pun tiada jugakan mengubah nasib. Sekadar kongsi rasa menjadi liabiliti keluarga. Rasanya amat dungu!
– Qz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Larilah..carilah pusat perlindungan..An nur ka Jais ka…carilah google lah pusat² yg membantu untuk keluar..org persendirian ka..siapa² ka..carilah bantuan keluar. Hiduplah dengan baik² adik..ya allah..kesian..kesian adik. Keluar dik…cariah..
Ke sini, dri page PUKAS, inilah masanya dik untuk dedahkan segala perihal jemaah yg sesat tu. And 1 more, stay strong dik, sy doakan agar adik dipermudahkan segala urusan, lawan mereka yg telah rosakkan keluarga adik, i believe u still have the power to solve it. Cari badan2 yg berautoriti sperti pihak Jabatan Agama Islam dll.
Kepada pihak berkuasa anda akan dipersoalkan di hadapan Allah dlm sangat hina dan azab yang sangat pedih jika anda terus biarkan kekejaman n kezaliman ini berterusan tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya