Terima kasih admin sudi siar cerita saya. Saya tak pernah mengarang cerita. Tapi berkeinginan untuk bercerita dan semoga ada pengajaran. Saya ada sepupu, faqir(bukan nama sebenar). Saya ingin bercerita kerana saya ada perasaan kagum dekat dia. Dia baru berumur 17 tahun dan anak bongsu dalam keluarga. Faqir mempunyai abang-abang dan kakak yang semuanya mempunyai kerjaya.
Faqir menamatkan sekolah selepas selesai upsr kerana pada waktu itu dia sangat meminati ilmu agama. Minat yang sangat mendalam. Pada awalnya ibubapanya agak keberatan tapi selepas dia memujuk dan pujuk siang malam. Akhirnya mereka setuju. Abang-abangnya juga pada awalnya kurang bersetuju tapi dah faqir keinginan betul-betul nekad. Abang-abangnya izinkan. Tapi soalan yang mereka tanya kan. Apa boleh dapat kalau hnya sekadar belajar agama. Untuk masa depan macamna?
Faqir pun masuk belajar di sebuah pondok. Dalam setahun belajar, semasa cuti pondok, faqir mengajak saya dan adik-adik mengulangkaji. Maksudnya dia menerangkan isi dan huraian kitab sepertimana guru pondok mengajar. Untuk pengetahuan semua, bukan mudah untuk menerangkan isi dan huraian kitab jika tak fokus betul-betul kerana kitab yang dikarang ulama dulu-dulu banyak”dhomir dan istilah2nya. Perlu kepada fokus dan kecepatan dalam mendhobit(mencatat nota). Walaupun faqir agak slow dalam ilmu akademik di sekolah dulu tapi kelebihan dia terhadap ilmu agama, allah memberi kefahaman yang luas baginya.
Sememangnya kalau belajar di sekolah pondok, orang tak nampak kelebihannya, kerana tidak semua sekolah pondok tidak menyediakan sijil dan untuk pekerjaan. Kebanyakan ustaz ustaz yang selesai memondok memang mengambil masa bertahun2 untuk mengkhatamkan kitab dan memahami setiap kitab. Kadangkala satu muka surat memerlukan penerangan dan huraian beberapa hari. Memang betul2 strunggle orang yang berjaya menamatkan sekolah pondok dan berjaya menjadi pendakwah.
Banyak juga diantra mereka yang selesai sekolah pondok, kemudian ambil spm di sekolah swasta, masuk universiti dan menjadi pensyarah. Kebanyakan pensyarah yang berlatarkan belakang pernah belajar pondok memang ilmunya betul-betul detail. Ada juga yang tak kuat semangat, hnya belajar 2 tahun lebih kemudian berhenti dan bekerja. Bila bekerja dapat duit sudah tidak smngat untuk belajar lagi.
Berbalik pada faqir, cukup 4 tahun faqir belajar di pondok, tiba-tiba ayahnya jatuh stroke, ibunya menelefon faqir di tempat pengajiannya. Faqir bergegas pulang untuk melihat ayahnya dan membantu menjaga ayahnya dari awal sakit hingga sekarang dan meninggalkan pengajiannya. Tempat dia belajar di negeri kelantan. Manakala ibubapanya di kedah. Kesihatan ibunya pun tidak kuat mna, jadi memerlukan bantuan dalam penjagaan ayahnya. Dari awal ayahnya sakit, ayahnya tak dapat makan makanan hnya bergantung susu dan tak dapat duduk, alhamdulillah sekarang sudah boleh makan nasi dan duduk. Hampir setahun juga memakan masa. Bapa saudara saya seorang yang kuat semangat mungkin sebab itu selalu ada perkembangan positif.
Disebabkan abang-abang semuanya bekerjaya, mereka agak kesibukan dan tak dapat pulang kerap. Ada yang pulang kampung seminggu sekali, dua minggu sekali, 3 minggu sekali dan sebulan sekali walaupun tinggal dalam negeri yang sama. Kakaknya sudah berkahwin, pulang 2 bulan sekali biasalah perempuan ada suami harus melihat pekerjaan dan kewangan suami.
Si faqirlah yang banyak membantu emaknya mengurus ayahnya, dari mula tolong mandikan, basuh kencing berak, tukar pampers, bagi makan.
Pada petang dan malam dia minta keizinan ibu ayahnya untuk bekerja, katanya, ayah dah tak dapat mencari rezeki, biarlah dia kumpul sendiri duit untuk menampung sambung belajarnya nnti. Abang-abang dan kakak mmg ada hulur duit untuk ibu ayahnya sepanjang ayahnya sakit, tapi faqir cakap cukupla duit itu untuk ibu ayahnya.
Nak pergi sambung belajar seperti sebelum ini pun, dia tak tergamak nak tinggalkan ibunya menguruskan ayahnya seorang diri memandangkan abang-abang lain ada komitmen masing-masing. Kalau balik pun hanya sekejap menziarah bertanya khabar dan makan. Kalau nak bermalam setiap minggu dan bergilir menjaga ayah memang takla. Sibuk.
Dulu sebelum ayahnya sakit, ayahnya pnh menyimpan cita-cita berharap anak bongsunya ni dapat menjadi ulamak dan membuka sekolah pondok di tanah bendangnya. Berdakwah kepada masyarakat. Semoga suatu hari faqir dapat sambung belajar dan menunaikan cita-cita ayahnya.
Pengajaran yang saya dapat.
- Jika anak ada minta nak menuntut ilmu agama, berilah dia peluang. Walaupun kita tak nmpk jaminan masa depannya, tapi yakinlah allah yg akn memberi jaminan. Masa depan yang baik tak semestinya bekerjaya yg baik. Kadang-kadang yang bekerjaya dengan baik sangat berat untuk menjaga ayah dengan mak apabila mereka sakit.
- Anak yang belajar agama mungkin tak berkira untuk menjaga mak ayah kerana dia sedar tanggungjawab seorang anak
- Anggaplah anak yang belajar agama yang tidak disanjung2 oleh orang yang selalu direndah oleh orang, dialah yang akan menyangjung ibubapanya dan sentiasa meninggikan ibubapanya ketika ibubapanya memerlukan
- Anak lelaki, tanggungjawab terhadap ibubapa takkan pernah putus, terutama waktu ibu ayah tengah sakit. Sibuk manapun carilah kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab dan berbakti kepada ibubapa yang sakit. Mengirim duit, menelefon bertanya khabar itu tidak memadai. Pulang dan menguruskan mreka semampu boleh. Jangan ciptakan alasan dan berkira kudrat. Kerana mak ayah tak pnh beralasan dan berkira kudrt ktika menjaga kita dulu.
Salah satu sebab allah menciptakn lelaki kudratnya kudrat adalah krna untuk berbakti kpd ibubapa yg sakit. Sbb itulah klu ikut kaedah pmbhgian hrta dlm islam, lelaki dilebihkan. Klulah pulang kampung itu memerlukan kos yang tinggi, sebagai anak lelaki, pulanglah seorang diri sekejap untuk menjaga ibuayah dalam waktu cuti yang ada.
Terima kasih admin sudi appove cerita ini dan kpd yg sudi membaca. Maaf jalan cerita yg agak tunggang terbalik.
– cahaya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. Com/submit