Hi semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih sudi baca coretan saya. Semoga anda semua mendapat ikhtibar dari kisah saya.
Ini perjalanan hidup saya. Saya sekarang berusia 47 tahun dan single mother. Disini saya akan cerita kisah mengenai 2 anak kesayangan saya dan sedikit kisah penceraian rumah tangga saya.
Saya bercerai sekitar tahun 10 tahun yang lalu, ini kerana saya tak rela berpoligami dan saya sudah lama bersabar dengan tingkah mertua yang selalu memandang rendah,
Kerana saya bukan dari kalangan keluarga berada dan bukan juga kerja kerajaan seperti ex husband dan adik beradiknya. Even mertua pun keduanya pencen dari sektor kerajaan.
Aku bertemu ex husband ketika kami berurusan bisness kerana ex husband ku adalah orang yang suka mencari duit dan peluang. Itu adalah salah satu faktor kenapa aku setuju bernikah dengannya.
Kembali kepada kisah utama, setelah 4 tahun mendirikan rumah tangga aku dikurniakan sepasang cahaya mata abang dan adik.
Walaubagaimanapun, kami terpisah dek kerana anak2 ku yang ketika itu memilih untuk duduk dengan papa mereka sendiri dan hak asuhan di berikan sepenuhnya buat ex husband.
Awalnya aku terkejut dan sangat bersedih, yalah aku yang sakit beranak, jaga siang malam, kalau sakit ke, urusan sekolah aku yang urus. Aku yang bekorban amek cuti, aku yang pantau kerja sekolah sampai mereka berdua cemerlang dan terurus dari semua segi.
Ketika berpisah, anak lebih memilih papanya. Jantung ini bagai terhenti, aku ingat kalau tak kerana keluargaku, aku hampir bunuh diri kerana sudah kehilangan kasih sayang suami, anak turut pergi. Sudah jatuh ditimpa tangga.
Perkahwinan yang kami pertahankan hampir 13 tahun musnah kerana orang ketiga, sudahlah si dia di anggap menantu pilihan kerana berkerja di sektor kerajaan. Ibarat kalau berkumpul dengan keluarga ipar, apa2 perbualan boleh masuk. Means while aku di dapur jadi bibik.
Tak mengapa itu kisah silam, selpas 3 tahun berpisah, ex husband aku menikah dengan wanita pilihan ibunya aka penyondol tersebut. Selepas bernikah itulah aku mula berpeluang kembali bersama anak2ku. Ya Allah, dia yang Maha Tahu.
Selepas aku di beri kesempatan bersatu kembali dengan anakku, aku membawa mereka bercuti, peluang begini susah untuk ku dapatkan,
Kali ini dek kerana papa mereka pergi bercuti ke luar negara dengan isteri barunya dan tiada siapa mahu mengurus anak2nya maka di beri kesempatan aku untuk mengurus kembali anak2 ku. Walhal cuti penggal tapi tidak di bawa anak ku bercuti.
Tak mengapa ketika itu, abang dah berusia 15 tahun dan adik 13 tahun. Mereka mula membuka cerita bagaimana susahnya mereka berdikari di rumah papa dan sering diabaikan pelajaran,
Dari segi duit belanja, memang mewah, tapi dari segi masa dan pengurusan abang dan adik harus bungkus, harus fikir bagaimana dan lain2. Mujur ada kedai makan berdekatan taman, jadi mudah untuk mereka.
Seandainya anak2 ku ini kalau tersalah pergaulan atau terpengaruh hal2 buruk, memang aku akan berabis salahkan papanya. Untung kedua anakku bijak mengurus masa dan wang saku.
Selain sudah matang diusia muda, pelajaran bagus, aku bertanya kenapa tidak mahu ke asrama penuh, si abang cakap, nak jaga adik, si adik pun sebaliknya. Ketika itu kedua anakku masih mengambil upsr dan keputusan berdua tidak kalah, sama2 cemerlang.
Ketika aku dalam pemanduan, ke tempat bercuti, anak2 ku bercerita, kenapa mereka memilih papa, sebab mereka tahu situasi yang berlaku dekat antara aku dan ex husband.
Dia tahu mengenai nenek yang tak suka mama dan tahu ada auntie cantik jadi girlfriend papa. Mereka taknak menyusahkan aku, dan menyuruh aku fokus fikir diri sendiri dan cari ruang untuk heal. Mereka takkan menyusahkan aku dan tidak mau membebani aku.
Si abang juga berkata, dia tahu kalau dia dan adik pilih mama, mungkin nafkah papa akan culas. Mungkin mama akan jadi single mother sampai papa lupa dia ada anak. Yes, kedua anakku sangat memahami, sebab tu aku sedih dan pelik kenapa mereka memilih papa.
Dan semenjak ex husband aku menikah lagi, aku tak pernah terfikir mencari pengganti, aku boleh hidup sendiri, dan aku sekarang banyak kesempatan untuk bersama anak2ku yang bijak.
Sekarang, si abang dah bekerja di sektor swata dan di usia yang masih muda sudah mengumpul aset sendiri tanpa hutang. Aku bangga dan dia juga banyak support adik untuk belajar tanpa pinjaman.
Sementara itu, anak2 sudah sepenuhnya kembali kepadaku, kerana papa mereka sudah punya hidup yang lain, cuma kalau raya atau ada majlis, mereka akan datang menjenguk papa mereka.
Aku bersyukur di kurniakan anak2 yang baik, jaga solat, jaga adab dengan orang tua, lemah lembut dan tidak banyak masalah walaupun berasal dari broken family.
Aku sebagai ibu, cuba memberikan yang sehabis baik buat kedua cinta hatiku. Semoga aku terus kuat dan cekal dalam melalui liku2 sebagai orang tua yang kesunyian menunggu kedua anak2 free untuk berkumpul lagi.
– Mila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulilah anak-anak menjadi kedua duanya. Semoga puan tenang melalui hari hari mendatang dan menjadi ibu mertua yang baik kepada bakal menantu kelak.
Alhamdulillah. Ending yang bahagia. Akhirnya puan bersama² anak-anak setelah bersabar sekian lama
Berkaca pula mata ni.. Sedih betul awal2 di mana si ibu terkejut dan menyangka anak2 taknak si ibu lagi dan memilih si ayah sebab si ayah orang senang, sehinggakan si ibu sedih hampir nak b*nuh diri.. Tapi rupa2 nya anak2 tu dah pikir ke depan; dorang taknak susahkan si ibu, dorang nak si ayah ada depan mata supaya si ayah tak leka. Masa pisah tu umur dorang dalam 12 dan 10 kan? Betul2 umur yang dah boleh berfikir ke depan.. Kalau lah dari awal tiada salahfaham huhu..
Tapi Allah maha penyayang dan selamatkan si ibu..
Semoga si ibu terus bahagia bersama anak2..
alhamdulillah
hikmah Allah yang tersembunyi untuk ibu yg ikhlas menyayangi anak2nya..
semoga Allah mudahkan urusan puan sekeluarga..