Assalammualaikum sahabat semua. Aku perkenalkan diri sebagai Kak Mi. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan yang macam mana. Aku rasa macam tersepit..
Aku mempunyai seorang anak buah. Dia cukup2 buas dan sangat melasak. Aku paham dan aku tak boleh nak buat apa sebab yelah budak2 mana paham apa. Kita cakap jangan lagi dia buat. Tapi kalau benda yang dia kerap lakukan sampai mendatangkan kemarahan kita takkan nak tengok sahaja.
Aku juga paham biasalah budak tengah melasak, memanjat, memukul, main benda yang kita tak suka eh macam-macam lagilah. Yang aku nak tekankan sini adalah memukul. Anak buahku selalu sangat nak buat anakku sendiri.
Pantang jumpa pantang nampak ada sahaja tak kena pada pandangan dia tu. Aku tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan anak aku tu. Kerap sangat nak pukul. Anak aku ni nak berkawan kadang-kadang tu dia suka main sendiri tak kacau orang.
Duduk senyap pun anak aku kena pukul juga. Tiba-tiba dia buat anak aku. Apa salah dia pada anak buahku ni.
Jadi bila dia buat macam tu aku rasa tak seronok la nak dimarah anak orang. Tapi benda ni semua mak bapak lah yang ambil peranan. Takkan nak duduk diam bila anak buat orang. Ambil lah tindakan.
Jujur aku cakap aku sedih keadaan anak aku bila dia diperlakukan sedemikian rupa. Kalau engkau orang sama situasi aku apa korang buat. Aku tak suka nak marah-marah. Sebab apa yang dia buat depan mata mak bapak dia juga.
So, takkan lah aku nak marah kan. Baik aku selamatkan anak aku. Aku tak naklah sampai nak pisahkan diorang. Takkan setiap masa nak kena ada depan mata diorang tengok diorang bermain. Adakalah tu anak buah ku okay baik-baik sahaja.
Bila sayang tuh sayang sangat. Aku jadi takut sangat nak biarkan anak aku bermain. Pasti dia akan menangis. Aku ada cakap kat anak bila orang buat kita jangan kita buat orang tapi bila orang buat selagi boleh tahan, tahan lah kalau tak boleh lawan balik tau.
Pernah anak aku buat anak buahku sebab dah terlampau geram sangat dengan dia. Jadi inilah serba sedikit luahan aku. Alasan budak kecik dah tak relevan pun sekarang. Ada keadaan yang boleh kau gunakan ada keadaan yang tak boleh digunakan.
Jangan sampai kelakuan mereka terlalu agresif. Apa la yang patut aku lakukan tanpa melukakan hati mak bapak diorang. Lagi pun aku ni bukan siapa-siapa. Aku cuma taknak anak dia sesukahati memukul tak kira masa. Aku jadi geram dengan anak buahku.
Aku tak nak sampai satu masa aku tak bagi anak aku dekat dengan dia. Aku tak nak anak aku jadi fobia dengan semua ni. Aku takut juga bila tak dibendung sekarang dia mungkin akan buli orang lain.
Apa penyelesaian korang?
Terima kasih admin andai luahan aku di “lepaskan”.
– Husna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit