Salam, harapnya admin siarkan confession ni sebab aku nak tahu sangat cadangan or pandangan mereka-mereka yang bergelar pakcik atau makcik ni.
Ok, ada salah seorang anak buah aku ni, perempuan, aku gelarkan dia N. Usia baru 4 tahun lebih. Haa..hebat tak penangan budak kecik ni pada aku. Ops..bukan, bukan pada aku. Tapi actually pada hidup anak aku yang baru berusia 3 tahun. Baca cerita aku dulu before korang jump into conclusion, k?
Dari kecik memang mak ayah aku lebihkan abang aku serba serbi walaupun mereka keep on denial. Ok takpela, aku dah lama move on pun. Isu favouritisme ni bagi aku tak boleh nak control, biasalah ibu bapa manusia biasa juga. Aku sangkakan mungkin dengan cucu-cucu tak jadi macam tu. Tapi aku tengok makin lama makin menjadi-jadi pula dibimbangi anak aku pun turut terkena sama macam apa yang pernah aku kena. Membesar dengan suasana rejection.
N ni, anak abang aku, dia cucu sulung, manakala anak aku, cucu kedua. Memang aku sayang anak buah aku ni, tak berbelah bagi. Darah daging kan. Ditakdirkan N ni pernah sakit sampai kena operate. So memang perhatian lebih kat si N ni compared to cucu lain. Faham sangat. Tapi yang buat aku tak faham, bila ada yang tak puas hati tengok anak aku sihat Alhamdulillah, jarang sakit-sakit macam N. Macam mempertikaikan takdir gitu. Aku macam…ni bukan cucu jugak ke? Kenapa nak banding-banding?
Bermulalah anak aku jadi macam punching bag. Salah anak aku ke pulak. Sampai anak aku tak pernah ayah aku dukung, nak sentuh-sentuh. Masa aku dalam pantang anak no. 2, anak aku yang 3 tahun ni meragam malam-malam. Ayah aku marah-marah, tengking dia cakap ‘budak teruk’. Tapi bila si N ni aku tengok meragam ke tak ke, memang ayah aku a.k.a si atuk akan pujuk lembut-lembut, dukung berjam-jam. Anak aku pun memang cam tak boleh nak close dengan atuk dia, macam ada boundary gitu. Bila main, si atuk hanya bergurau senda dengan si N ni. Anak aku cuma meminggirkan diri. Sedih kot tengok situasi tu. Dan aku akan cepat-cepat panggil anak aku, peluk-peluk dia.
Dengan mak aku a.k.a opah tak ketara sangat. Cuma bila cucu-cucu buat salah, nampak ketara lah anak aku dimarah lebih sikit. Walaupun salah si N ke. Bila jadi macam tu, makin lama, N ni nampak makin besar kepala. Dengan opah atuk dia suka mengarah-arah. Bila tak bagi, menjerit-jerit. Dan..mereka akan turutkan jugak. Bila anak aku, samada tak dilayan ataupun dicubit or ditengking. Mereka bandingkan kata si N lebih bijak, keletah. Sampai anak aku yang terang-terang lebih cerah ni pun mereka kata lebih gelap berbanding N. Aku macam..haih ntah apa-apa. Sedaya upaya mak ayah nak abang aku dan anak-beranaknya nampak vogue, the best gitu.
N ni suka jadi kaki report. Report menangis-nangis macam kena cubit, cakap pada atuk yang anak aku buat dia, taknak share permainan etc. Drama queen sungguh. Sebab anak aku ni pendiam sikit, jarang sangat dia nak mulakan pergaduhan dengan si N ni. Selalu N yang tiba-tiba datang rampas mainan ke apa. Adik-adik yang jadi pakcik makcik diorang ni aku tengok buat tak layan je, yelah budak-budak kan. Tapi aku dengar sendiri, banyak kali ayah aku selaku orang dewasa mengajar si N ni yang anak aku ni ‘jahat’, si N ni boleh ‘buli’ anak aku. Contoh aku pernah dengar ‘Jangan duduk sana, nanti dia tu tolak’. Padahal anak aku elok duk diam main sorang-sorang dan N yang datang mengganggu. Lagi satu ‘Amik je permainan tu’ bila si N nak permainan dari tangan anak aku. Kadang-kadang ayah aku pandang tajam je pada anak aku. Pelik sebab si N ni cucu sulung. Sepatutnya diajar berkongsi, berbaik dan beralah dengan adik-adik. Bukan diajar suruh berbalah. Bila dapat green light macam tu, N ni makin mengada-ngada pulak. Pukul dan tolak-tolak anak aku walaupun depan aku. Tak takut langsung. Sebab dia tahu semua orang akan pointing kesalahan pada anak aku. Anak aku yang kecik ni sedaya upaya nak pertahankan hak dia aku tengok. Kalau selalu sangat aku defend anak aku, orang kata apa pulak nanti. Tapi abang dan kakak ipar aku hanya diam je macam takde apa-apa. Sigh
Benda-benda ni memang nampak macam kecik je. Hal budak-budak. Tapi aku taknak sampai menjejaskan hubungan antara aku dan abang aku, juga mak ayah aku. Cukup-cukupla apa yang pernah aku lalui dulu. Kesan tu sampai sekarang aku rasa. Kesian tengok usia anak aku yang masih mentah dilayan macam tu. Dah besar nanti macam mana agaknya? Kitorang hanya menjarakkan diri buat masa ni. Malas nak balik, niat nak merapatkan silaturrahim tapi bila jadi macam ni, rasanya dosa dan sakit hati je yang bertambah. Banyak lagi tapi kalau cerita tak cukup sehari agaknya.
Bagi sesiapa yang ada anak-anak macam ni, tolonglah tegur dan pantau ye. Kalau orang lain tegur, kau sentap pulak. Janganlah sampai anak tu membesar jadi pembuli sebab kecik-kecik diajar macam ni. Dengan orang dewasa pun nak mengarah sana-sini.
Tu je kot. Maaf salah silap.
Salam
– Mak Cik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit