Assalammualaikum aku kenal kan diri aku Duri dan suami ku Ahmad. Berasal dari selatan utara.
Ayah mertuaku sudah lama meninggal dunia. Jadi kami tinggal bersama ibu mertuaku. Yaitu ibu suami ku di panggil nenek. Aku sebagai menantu hantu ni.. Selalu di beri ujian yang hebat .
Alhamdulillah.. Aku lalui semua ujian ni dengan jaya nya..
Tapi bukan itu aku nak bercerita.. Aku nak bercerita tentang anak buah suami yang tinggal bersama kami.. Ibarat menumpang di rumah nenek bersama kami suami isteri. Kami suami isteri sedar bahawa kami hanya menumpang di rumah nenek.
Jadi aku sebagai isteri harus main peranan untuk memperhamba kan diri untuk nenek. Penat usah di bilang. Sampai aku penah keguguran ketika badai melanda sepanjang aku duduk rumah nenek.. Tapi aku tetap sabar. Demi suami ku tercinta.
Malang bertambah. Bila anak buah yang tidak kenal erti hidup duduk bersama. Bayang kan. Kami makan hati berulam jantung. Adab ye kelaut.
Mungkin tak di ajar dengan baik.. Hanya ilmu akhirat sahaja di tekankan. Alhamdulillah. Nenek seorang yang teliti, ada saja yang tidak kena di mata dia.
Telinga aku la yang menjadi mangsa keadaan.. Bila aku menegur anak buah suami tentang perilaku nya.. Nampak jahat nya aku, di bilang makcik tak guna.
Nenek ok je dengan kite orang. Makcik yang lebih3.. Aduh.. Sakit nye rasa. Aku ni menegur demi kebaikkan mereka juga.
Nenek suka cakap belakang. Tapi malas nak tegur cucu dia sendiri. Sebab tak nak nampak jahat. Biar orang lain yang tegur. Dan orang lain nampak jahat.
Kalau rasa tidak percaya. Aku record nanti aku bagi anak buah dengar nenek mereka membebel. Biar mereka tahu nenek dia. Silap2 esok lusa keluar rumah cari rumah sewa.
Aku sudah penat. Penat sangat. Aku langsung tiada privacy antara suami isteri.. Bermanja dengan suami. Bermesra dengan anak.
Aku 24 bertudung.. Bayang kan… 3 bulan setengah rambut aku gugur dan hampir botak gara-gara semua ini. Aku bersabar untuk sekian kali.
Tapi aku sedih. Anak buah perlakukan suami aku begitu.. Aku ini makcik meraka tidak apa.. Tolak sahaja tepi.. Tetapi suami aku.. Aku tahu suami aku kecewa.. Sangat kecewa.
Anak buah yang di jaga. Ini yang dibalas. Aku mahu pindah. Aku ingin hidup bersama keluarga kecil ku.
Tapi.. Aku tahu.. Sekarang bukan waktu nya. Harus bersabar. Nenek harus di jaga.
Anak buah suami ku semua nya sudah besar. Ayah nya masih ada.. Tapi ayah dan anak memilih untuk tidak peduli. Yang lalui nya kami.
Yang tempias nya kami.
Ajaran aku dulu berbeza. Mama ku bilang. Jangan duduk di rumah orang terlalu lama. Walaupon rumah saudara mara, nenek, adik beradik, atau sesiapa saja.
Paling sekejap seminggu. Paling lama 3 bulan paling keras 1 tahun. Paling teruk bertahun – tahun kerana banyak masaalah yang bakal timbul.
Pergi rumah orang, orang bakal bilang. Ini anak siapa. Baik akhlak nya.. Baik adab nya..
Tapi anak buah ku semua ini tidak di ajar. Aku mahu saja ajar meraka.. Tapi semua orang menentang ku.. Kerana aku orang luar.
Seharus nya ngak perlu masuk campur. Biar kan aja mereka. Iya. Biar kan aja.. Tapi yang sakit nya kami. Bukan sesiapa. Nenek nya tuan rumah.
Tapi seperti mereka tuan rumah. Aku capek.. Capek sangat.. Kalau boleh di tegur dan terima teguran tu.. Tak apa.. Ini aku tegur salah mereka. Tapi aku jugak yang salah. Gi mana.
Kalau rumah aku dan suami.. Aku memang terus straight to the point.. Atas alasan apa mahu duduk sini.
Berapa lama. Sampai kapan. Bila mahu cari rumah sewa. Ya sudah. Paling lame 3 bulan.. Lepas tu cari rumah sewa.
Pesan aku pada semua. Jangan duduk rumah orang terlalu lama. Atas alasan apa pun. Jangan.
Jika pandai bawa diri.. Menyenang kan tuan rumah tidak mengapa.. Tapi kalau menyusah kan orang dalam rumah. Itu tak bagus. Pantas aja orang di gebuk dengan kata2 biar padan.
– Duri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit