Assalamualaikum dan terima kasih pada admin sebab sudi siarkan luahan saya ni.
Saya tahu, tajuk saya diatas mungkin akan mencetuskan kemarahan beberapa pihak dan saya rasa ramai yang akan tidak bersetuju dengan saya.
Tapi tak mengapa sebab saya rasa saya perlu ketengahkan hal ni sebab tentang anak ni dah jadi 1 salah paham yang sangat besar bagi masyarakat kita terutamanya orang melayu sendiri.
Hal ni berbangkit berikutan kes yang baru saja tular dimedia sosial dimana asnaf beranak ramai tetapi “demand” dengan bantuan yang diterima.
Seperti tajuk diatas, ya benar selepas beberapa pencarian saya tentang hadis sahih dan ayat al-Quran mengenai anak adalah rezeki. Apa yang saya dapati memang tiada 1 pon ayat atau potongan hadis menyatakan anak itu adalah rezeki.
Namun terdapat 1 ayat dari al-Quran surah Ash-Shura ayat 42:49-50 hanya jelas mengatakan anak itu anugerah pada siapa yang dikehendaki sahaja.
Bila bercakap pasal anugerah, sebenarnya banyak anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Antaranya hidup, akal, masa, ilmu, agama, rezeki, keluarga dan kasih sayang. Jelas disini, anak bukan rezeki.
Tapi kenapa selalu orang kita selalu cakap anak itu rezeki?
Kebanyakan orang yang berkahwin selalu nak kan anak. Jadi bila pasangan tersebut dikurniakan anak, bermaksud apa yang diinginkan atau dihajati dimakbulkan oleh Allah.
Jadi tak salah bagi saya kalau pasangan yang teringinkan anak dan telah dikurniakan anak merasakan itulah rezeki mereka.
Berbeza pula dengan pasangan sentiasa melahirkan anak tanpa sebarang perancangan dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, tidak mampu menyediakan tempat tinggal yang sempurna, pendidikan yang tidak baik dan beberapa masalah lain. Setiap kali beranak terus mengangap itu adalah rezeki.
Bagi saya konsep ni salah sekali. Kerana dizaman Nabi Muhammad dimana sahabat baginda melakukan pencegahan kehamilan ‘Azl’, baginda langsung tidak melarang malah membenarkan.
Tapi, bila bercerita tentang konsep rezeki sebenar ada 1 ayat al-Quran surah Al-Isra’ ayat 17:31 yang jelas menyatakan jangan bunuh anak kerana takut miskin setiap anak yang akan dilahirkan sudah tertulis rezekinya.
Yang saya faham disini, katakan seseorang pasangan itu merancang tidak mahu anak kerana rasa ekonomi keluarga tidak stabil dan dijadikan cerita si isteri tetap juga mengandung.
Sebagai seorang Islam, bila Allah dah jadikan 1 nyawa dalam rahim seorang ibu, jangan bimbang teruskan saja kandungan tu kerana insha’Allah akan ada rezeki untuk sianak yang bakal lahir.
Tapi apa yang saya ingin tekankan disini, anak bukanlah rezeki. Tapi anak adalah amanah. Terdapat 1 ayat al-Quran surah al-Anfal, ayat 27-28 jelas menyatakan anak itu adalah ujian dan jangan khianati amanah yang dipercayakan kepada kita.
Jadi antara rezeki dan anak mana yang lebih berat? Jangan kerana kita mahu beranak ramai konon nya rezeki kita cuai dengan amanah yang dipertangungjawab keatas kita.
Tapi kita jangan lupa juga, memang ada hadis Nabi SAW riwayat Abu Dawud (2050), An-Nasa’i (3227) menyatakan berkahwinlah dengan wanita yang penyayang lagi subur kerana aku akan berbangga dengan banyaknya kamu berbanding umat-umat lain pada hari kiamat. Tapi ayat ini sekadar dorongan atau galakan sahaja. Bukan arahan keras.
Apa pun, semua Allah yang tentukan. Jangan pula, hanya kerana berkahwin tapi tidak dikurniakan anak, mula mencari alasan bercerai untuk mencari pasangan lain semata mahukan anak. Betulkan niat. Kerana anak itu kurniaan Allah pada sesiapa yang dikehendakiNya saja.
Saya harap, kita boleh tukar cara kita berfikir tentang anak. Jangan ambil kesempatan keatas anak kita, jangan ambil mudah tentang anak kerana semua ini akan dipersoal diakhirat kelak.
Saya tahu, akan ada yang cakap usah difikirkan sangat tentang sesuatu yang belum berlaku. Tapi, ingatlah kalau terlalu ambil mudah rugi dunia akhirat hanya kerana suka beranak banyak.
Jangan terlalu menghukum pasangan yang tidak mahu anak konon mereka takut miskin. Mungkin mereka sedar mereka banyak kekurangan takut tidak mampu mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
Dan jangan anggap semua pasangan yang berkahwin memang mahukan anak. Sebenarnya ramai pasangan yang berkahwin tak mahu beranak kerana kisah zaman kanak-kanak meraka memikirkan mereka tak layak untuk menjadi ibu dan bapa yang baik pada anak mereka kelak.
Apa pun, yang salah semua dari saya sendiri. Semoga kita menjadi yang lebih baik demi keluarga kita.
– MK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul la tu. Patut subjek ni kena masuk jgk masa kursus kahwin. Biar bukak mata. Bentang satu2 belanja lepas ada anak. Apa keperluan anak. Tangki emosi anak dan mak ayah.
Aku ni masa anak first excited betul. Anak no. 2 ter-accident pulak. Gap 2 tahun cukup terus lekat. Lepas no. 2 terus taubat beringat dah. Tiap kali suami aku ckp rindu nak tambah anak. Aku selalu remind dia.. boleh bayar 1k yuran taska baby nnt? Biar bersambung sikit wayar otak tu. Anak sulung dulu yuran rm400 je.. Sekarang? Yuran tahunan pun dah serupa masuk uni 🤕 Tapi demi anak.. mak ayah ni ikat perut jgk la nak bg yg terbaik dan selesa.