Anak Bukan Sahaja Rezeki, Tapi Juga Amanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession.

Nama samaran aku adalah Bantal Busuk. Berkahwin dan punya seorang anak.

Aku terus kepada tajuk la ya, ramai orang beranggapan anak adalah rezeki. Tapi sebenarnya kan, anak bukan sahaja rezeki, tapi juga amanah.

Ramai juga yang menganggap setiap anak Allah dah tetapkan rezeki. Ya betul, tapi rezeki tu perlu diusahakan, bukan datang bergolek ya.

Contoh kita ada seorang anak, Allah dah tentukan rezeki untuk anak kita tu,

Tapi sebagai ibubapa, kita perlu usaha untuk dapatkan rezeki tu. Bukan hanya sekadar yakin dan berpegang pada “Allah dah tetapkan rezeki”.

Betul, tapi ayat tu tak habis. Allah yang beri rezeki, tapi kita kena usaha untuk dapatkannya.

Kalau kita ada 5 anak, maka kita perlu berusaha lebih lagi untuk dapatkan rezeki anak2 tu.

Anak adalah amanah, bila Allah dah bagi kita anak, kita wajib jaga amanah tu dengan sebaiknya,

Perlu sediakan semua keperluannya, perlu bahagiakannya, beri pendidikan yang sempurna, didik dia supaya jadi manusia yang berguna, sediakan makanan yang berkhasiat, sediakan persekitaran yang sesuai untuk membesarkannya.

Kepada yang belum dapat rezeki anak, tak payah down sangat, Allah knows the best, kalian tak rugi pun, ada rezeki lain yang Allah dahulukan untuk kalian.

Kalian boleh saving, boleh melancong, boleh tolong adik beradik yang dalam kesusahan, itu antara rezeki kalian.

Aku tahu ramai yang rasa down sangat bila dah kawen lama tapi belum dapat anak.

Sebenarnya kan, rezeki kita ni bukan hanya anak, banyak lagi cabang rezeki yang Allah bagi sebenarnya.

Dan lagi pula, bila dah punya anak, akan datang ujian dan cabaran dalam bentuk lain pula.

Jadi aku nak nasihat la kepada yang masih belum Allah bagi rezeki anak, kalian nikmati je hidup kalian tu. Yang paling penting jangan ambik kisah apa orang nak kata.

Mana yang dah punya anak, jangan lah terlalu bangga yang kita dah punya anak, tak payah pandang serong pada mereka yang belum punya anak.

Entah2 mereka yang belum ada anak hidup lebih bahagia dari kita kan? Mana kita tahu?

Sebaiknya kita didik anak2 kita elok2 supaya jadi manusia yang berguna. Tanggungjawab dan cabaran kita lebih besar sebenarnya.

Anak2 ni kalau salah didikan macamana? Ini yang perlu kita fikir.

Bukannya sibuk fikir orang tu bila nak hamil, orang ni kenapa tak ada anak lagi. Kita tak perlu pun fikir hal orang.

Kadang orang yang tak ada anak ni tak kacau pun orang yang ada anak, tapi aku tak faham kenapa orang yang punya anak suka sangat sakitkan hati orang yang tak ada anak. Kononnya kita dah ada anak masa tua kita pun terjamin.

Hello, ada anak atau tidak, tak ada apa yang boleh beri jaminan masa depan kita cerah. Tak ada.

Masih hidup pada hari esok pun kita tak boleh beri jaminan, Inikan pula hari tua yang berpuluh tahun akan datang.

Doa anak yang soleh? Anak bukan anak kandung je, anak buah, anak didik, anak angkat, itu pun boleh bagi doa untuk kita. Anak kandung pun belum tentu jadi anak yang soleh dan solehah.

Aku ni dah ada anak seorang, tapi aku tak pernah pun nak pandang rendah kepada orang yang belum ada anak sebab aku tahu ada anak pun akan ada cabaran dan dugaan yang tersendiri.

Bukan mudah untuk jadi ibubapa sebenarnya. Ada anak atau tidak, cepat dapat anak atau lambat dapat anak, kita adalah sama2 wanita. Jangan pernah kita sakiti hati sesama kaum kita ni.

Come on lah, kita dah berada di penghujung tahun 2023. Isu ada anak atau tidak dah tak sepatutnya dipersoalkan, ada anak atau tidak, berbahagialah dengan cara masing2.

Yang belum ada anak, berbahagialah cara kalian. Yang dah punya anak juga berbahagialah cara kalian.

Ada seribu satu cara untuk bahagia sebenarnya. Kalian sendiri yang corakkan.

Apa yang penting dalam hidup adalah bahagia. Ada anak atau tidak, dua2 pun kita boleh bahagia.

– Bantal Busuk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *