Anak Cerminan Ibubapa

Assalamualaikum semua. Harap pihak iiumc sudi publishkan story saya ni sebab saya perlukan pandangan dari semua terutamanya ‘young parents’.

Kisah saya bermula bila saya sibuk membeli makanan di kaunter, suami pula menjaga 2 orang anak kami dan 2 orang anak buah suami. Anak yang bongsu 8 bulan suami dukung, yang lain semua bermain di ‘playground’ yang disediakan.

Selepas selesai membeli, saya pergi lah cek keadaan anak2 dan anak buah suami. Saya perasan ada seorang budak lelaki berusia dalam 5-6 tahun keep tolak anak perempuan saya yang sulung berusia 4 tahun. Mula2 saya tegur biasa je memandangkan ayah budak lelaki tersebut pun ada di situ.

Tapi, budak lelaki tersebut keep tolak anak saya sebabnya anak saya bermain dengan anak buah suami (lelaki, 6 tahun). Budak lelaki tersebut pula ingin bermain dengan anak buah suami saya, jadi ditolaknya anak saya.

Saya perasan yang si ayah budak lelaki tersebut setiap kali hanya leraikan tanpa tegur perbuatan anaknya ataupun menyuruh anaknya meminta maaf kepada anak saya.

Saya ingatkan tidak begitu serius pada mulanya, jadi saya ke kaunter untuk cek pesanan makanan tapi memandangkan tak siap lagi, saya kembali ke playground untuk meninjau keadaan anak walaupun suami saya ada, kerana menjadi kebiasaan saya memang sentiasa pantau bila anak bermain.

Baru sahaja saya hendak ke tempat anak bermain, saya nampak budak lelaki tersebut menolak anak saya sekuat hati dengan kedua-dua belah tangan budak tersebut menolak ke dada anak saya, sehingga anak saya tersandar ke dinding and terjatuh. Anak saya menangis semahunya, dan saya yang betul-betul terkejut, menjadi terlalu emosi sehingga menyoal budak lelaki tersebut berkali-kali “kenapa tolak dia”.

Walaupun saya mencuba menyoal berkali-kali, tetapi budak lelaki tersebut tetap ingin memegang tangan anak buah suami dan teruskan permainan.

Akibat terlalu beremosi, saya leraikan pegangan tangan tersebut dan menolak sedikit budak lelaki tersebut ke belakang dan terus bertanya “kenapa tolak dia”. Suami saya mencuba sedarkan saya untuk tidak ikut perasaan sampai lah saya sendiri tersedar dan menyuruh budak lelaki tersebut meminta maaf kepada anak saya.

Akibat tindakan saya, orang sekeliling memandang saya, tapi saya pelik tiada ibu atau bapa tersebut yang datang. Waktu budak lelaki tersebut menolak anak saya, ayah dia yang pantau tadi tiada, mungkin sebab itu dia jadi lebih berani. Selepas saya menyuruh meminta maaf, die pergi ke arah ibu dia.

Apabila saya perasan ibu dia di situ, saya menunggu untuk ibu dia berjumpa saya untuk cuba menyelesaikan perkara tersebut, sebaliknya tiada, hanya duduk di situ. Saya pulak, setelah tersedar walaupun jantung masih berdebar2 lihat anak kena tolak, saya tetap ada rasa bersalah.

Sebelum itu saya kena inform juga yang saya memang menjaga anak sendiri, walaupun bekerjaya tapi saya sentiasa membawa anak sendiri ke mana sahaja, tidak pernah lagi ke babysitter or taska. Jadi kejadian ini adalah benar2 pertama kali berlaku.

Pastinya saya benar2 terkejut sebab anak saya tidak pernah kena sebegitu, dan saya rasa bersalah sebab tak dapat halang budak lelaki tersebut dari menolak anak saya. Ok, bersambung balik. Di atas rasa bersalah saya terhadap tindakan saya atas budak lelaki tersebut, saya pun berjumpa ibu budak lelaki tersebut dan menghulurkan tangan untuk bersalam dan meminta maaf.

Kejadian seterusnya benar2 mengejutkan saya di mana ibu budak lelaki tersebut memandang ke arah lain dan tidak mahu bersalaman dengan saya. Kawan2 di hadapan dia sudah mula memujuk. Kemudian dia berkata, kan budak2 bermain kenapa nak sampai tolak anak saya.

Saya membalas semula dengan mengatakan yang sekiranya dia terasa dengan tindakan saya, bayangkan perasaan anak saya ditolak sekuatnya hingga terjatuh.

Kemudian, baru lah bersalam dan pergi dari situ. Sedarlah saya mengapa budak lelaki tersebut boleh berasa tidak bersalah setelah berkali2 menolak anak saya, kerana sikap ibu bapa sendiri yang sama ada tidak pernah menegur kesilapan anak, tidak pernah menyuruh anak meminta maaf atas setiap kesalahan, dan sikap yang masih menangkan anak walaupun tahu tindakan anak sendiri yang bersalah.

Sedangkan saya sendiri mohon maaf terasa bersalah, tetapi dia sendiri tidak rasa bersalah walaupun anak sendiri menolak dengan sengaja dan kuat anak saya. Wahai ibu bapa sekalian, anak kita cerminan perangai kita. Didiklah anak kita sebaik-baiknya.

Kejadian ini benar2 memberi banyak pengajaran kepada saya dan pertama kali saya jumpa ibu bapa yang tidak pantau anak bermain, tidak berasa bersalah atas kesalahan anak sendiri.

Semoga anak2 kita menjadi penyejuk mata dan hati kita sebagai ibu dan bapa.

– Young parent (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *