Aku seorang guru. Mengajar murid tahun 1. Dah 3 tahun berturut-turut jadi guru kelas tahun 1. Jadi korang semua boleh bayang tak bila mengajar murid tahun 1 ni. Macam macam kerenah.
Tahun lepas aku mengandung anak sulung. Morning sickness tak kira masa. Siang, malam, tengah malam, tengah hari, petang dan pagi merupakan saat yang paling aku takut sebab bila-bila masa sahaja aku akan muntah. Minum air masak pun muntah.
Jadi, bila mengandung ni emosi pun agak lari pada landasannya. Ada kalanya hilang kesabaran aku bila murid buat hal dalam kelas.
Tangan aku laju je mencubit, menampar lengan dan ramas-ramas perut murid bila hilang kesabaran. Kadang-kadang suara aku dari tingkat 4 akan kedengaran sehingga tingkat bawah bila menjerit. Puncanya bila murid tak buat kerja rumah, tak bawa buku, bersembang masa aku mengajar dan tak hafal apa yang aku pesan.
Bila dikenang balik, teruknya emosi aku masa mengandung. Ditambah pula dengan PJJ dan berjauhan dengan suami. Makanan pun hanya boleh makan bubur kosong dan air buah sahaja. Makanan lain aku akan muntah kembali.
Bila dikenang alahan mengandung ni, rasa dah taubat nak mengandung. Korang cuba bayangkan, aku pernah muntah semasa bawa kereta. Peritnya tekak menahan bau kereta dan perasan.
Jadi, disebabkan aku penat melayan alahan, aku tak dapat kawal emosi amarah apabila mengajar. Tidur malam tak cukup, bangun pagi terbau jiran sebelah goreng nasi, aku muntah. Jadi, aku ke sekolah dengan penat. Aku mudah melenting dan cepat naik tangan kepada murid-murid.
Bila teringat perbuatan aku tu, aku rasa malu, menyesal, sedih sebab buat kat anak murid macam tu.
Mujur tak ada kesan kecederaan, lebam dan aduan dari ibu bapa.
Cuma, aku dapat rasakan bahawa aku dah terima pembalasan atas apa yang aku buat pada anak murid.
Anak aku sekarang nak masuk 8 bulan. Fasa ni dia dah mula kenal mamanya. Lambat angkat sedikit, anak aku akan menjerit dengan nyaringnya dan menangis seolah-olah kena pukul. Aku rasanya anak aku ni mewarisi sikap aku yang menjerit semasa memarahi anak muridku dulu.
Masa menyusu, tangan anak aku tak akan duduk diam. Dia akan cubit leher, lengan, kawasan perut dan muka aku. Cubitannya sangat halus dan sakit. Aku merasakan anak aku mewarisi sikap aku yang mencubit anak murid dulu. Maybe dalam perut lagi dia dah belajar untuk mencubit dan menjerit dengan nyaring.
Aku merasakan ini pembalasan yang aku terima atas perbuatan yang pernah aku buat dulu. Dari hari ke hari, aku lihat sikap anak aku ini sebijik semasa aku sedang mengandungkan dia tahun lepas.
Jadi, nasihat aku kepada semua bakal ibu yang mengandung. Cuba kawal emosi dan perbuatan anda semua. Kemungkinan anak akan mewarisi sikap kita nanti.
Emmmmm, btw.. aku still lagi PJJ dengan suami. Permohonan aku nak pindah balik kampung gagal. Tapi, aku tak kecewa sangat sebab aku merasakan hidup PJJ lagi best dari hidup berdekatan. Bagi aku laaaaa. Hehehehehe..
Walaupun agak kelam kabut menguruskan anak, aku rasa sangat happy dan lebih tenang. Orang cakap anak seorang boleh la cakap macam tu, cuba anak dua orang.
Aku tak kisah la seorang ke dua orang. Yang pasti sekarang aku rasa ada hikmah kenapa Allah tak beri aku duduk sekali lagi dengan suami. Kalau nak diceritakan kenapa best hidup PJJ, terlalu banyak. Ada ke yang macam aku?
Okeh, tu je la nak luahkan. Ibu mengandung jaga emosi ye. Jaga tangan jaga mulut, jangan nak cepat melatah. Nanti anak buat benda yang sama. Selamat Hari Raya.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit