Anak dan Harapan

Terima kasih jika disiarkan pandangan ini.
Straight to the point, setiap ibu mengidamkan anak yang soleh, anak yang mampu menjadi aset terbaik untuk akhirat mahupun dunia. Itu kehendak,tapi bagaimana kita sebagai ibubapa bertindak?

Saya ingin menyatakan beberapa pandangan terhadap KESILAPAN ibubapa yang mendambakan anak yang soleh, tapi tindakannya sama sekali tidak menjurus ke arah itu. Ini boleh dikira satu kritikan. Semoga kritikan ini menjentik hati para ibubapa,insyaAllah.

1. Saat disahkan kehamilan, perasaan gembira mungkin mengatasi segalanya. Tapi rasa syukur dan azam mula mendidik bakal anak soleh belum mula dirancang. Yang dirancang mungkin pakaian dan kelengkapan menyambut bayi sahaja. Kita sudah lupa, ada persiapan yang lebih besar perlu disiapkan untuk zuriat ini membesar menjadi anak yang soleh. Yang kita sibuk dengan menu berpantang, sale baju baby dimana dan cara untuk kuruskan badan lepas bersalin. Kita lupa persiapkan jalan untuk bakal anak soleh kita. Bermula awal kehamilan
*Mulakan berdoa. (Manfaatkan saat-saat doa kita dipandang Allah)
*Banyakkan istighfar agar anak tidak mewarisi keburukan kita.
*Jauhi kemungkaran.
*Banyakkan berzikir.
*Banyakkan berkata yang baik.
Didik kata-kata dan tingkah laku yang baik untuk ditauladani anak dalam kandungan.
*Kurangkan penggunaan gajet untuk keselamatan diri dan anak
*Perdengarkan ayat-ayat quran. (Mudahkan jalan anak soleh kita jadi hafiz). Kita harap dia jadi hafiz, tapi sekadar berharap. Sikit pon tak bantu. Kesian anak kita nanti.

2. Bila tiba saat-saat nak melahirkan, ibu da warded dan sebagainya, banyakkan lagi doa untuk bakal anak soleh kita. Doa dan doa. Bukan dalam keadaan sakit masih aktif update sana sini di laman sosial. Doa tadah tangan mengharap. Bukan doa sambil type dalam whats app. Cukuplah. Tinggalkan sekejap dunia. Kita sekejap lagi nak bertarung dengan nyawa. Semua orang tahu, sakit bersalin rasa macam nak mati. Tapi andai kata kita mati ketika melahirkan,berapa ramai yang bersedia untuk kematian itu? Sedangkan kita dah tahu 9 bulan yang lalu due kita akan bersalin. Umpama kita da tahu saat kita menghampiri mati. Flashback banyak mana kita gunakan masa untuk istighfar mohon ampun dosa-dosa kita disaat kita hampir tiba saat kita bertarung nyawa?

3. Lagi, anak dah lahir,kita harapkan anak jadi yang soleh. Kita panggilkan orang soleh tahnikkan,tapi kita susukan anak kali pertama dengan bismillah atau tidak? Flasback dan flashback.

4. Kita panggil orang buatkan tahlil doa selamat kenduri kesyukuran aqiqah dan sebagainya, tapi kita sebagai ibu tidak sama-sama menzahirkan bacaan zikir untuk anak soleh kita. Kita lebih pilih untuk bersembang kisah anak atau
apa-apa kisah dunia. Bila orang bacakan doa untuk kesejahteraan anak soleh kita, kita sebagai ibu acah tak acah tadah tangan. Kadang tadah sambil sembang. Macam mana tu? Kita ibu. Doa kita lebih Allah pandang. Tolong hargai title sebagai ibu itu. Kita juga tidak berpakaian baik dalam majlis kesyukuran anak kita (tidak menutup aurat dengan sempurna) adakah itu tanda kita bersyukur? Allahurobbi.

Lagi dan lagi saya tekankan kesilapan ibu. Ibu. Ibu. Kuasa seorang ibu bukan sekadar mengharap tapi kita perlu bertindak. Bukan bertindak bila anak da besar, tapi sejak anak dalam kandungan. Bahkan sebelumnya lagi. Anak yang soleh bukan tiba-tiba jadi soleh. Tapi perlu komitmen ibu. Komitmen yang sungguh-sungguh. Percayalah anak yang soleh, lahir dari ibu yang soleh. Berusahalah untuk solehkan diri agar kita dapat melahirlan anak yang soleh. InyaAllah.

Saya bukan seorang ibu. Tapi mengharap akan menjadi ibu terbaik untuk bakal anak soleh. Saya harap coretan ini menjadi ingatan juga buat saya suatu hari nanti. Saya tahu mudah membidas tak semudah nak laksanakan. Mungkin saya juga tidak mampu jadi ibu yang baik. Thats why Allah belum izinkan ada seseorang yang soleh dalam perut saya. Doakan saya. Semoga kita semua sama-sama dapat melahirkan zuriat yang soleh. InsyaAllah.

Hargai tittke anda sebagai “IBU”

– aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit