Anak Dara Bercuti Berdua Dengan Duda. Normalkah?

Sangat menakutkan ye keadaan anak gadis zaman sekarang? Daring lain macam.

Betul orang cakap, never judge a book by its cover. Yang bertutup litup hand socks bagai, sopan, ayu, disayangi tapi dia jugalah yang sanggup bercuti berdua dengan lelaki lain yang tiada pertalian apa pun.

Dengar dari batchmate lain ada seorang gadis ‘ayu’ dan ‘sopan’ dari batch kami belajar dulu, pergi bercuti dengan lelaki yang baru sahaja bercerai.

Adakah sebab lelaki tu bekerjaya dan berduit sampai awak sanggup membuka ruang fitnah?

Tak cukup dengan tu, bangga pula buat video-video Tiktok macam dah jatuh cinta. Awak, lelaki tu baru je tak sampai dua bulan bercerai, awak dah setuju bercuti dua orang?

Kalau pun awak cakap bilik berasingan, siapa je akan percaya? Kalau dah naik motor sama-sama ke sana sini dekat sana, spend time empat hari dekat sana bersama, pakai baju dan topi dia.

Are you trying to make the ex-wife jealous?

Its embarrassing and disgusting considering lelaki tu sekelumit pun tak pernah post awak dalam video-video dia. Secebis jari pun tak pernah dia post.

Seketul hint pun dia tak pernah bagi pada social media dia tentang kehadiran awak dalam hidup dia. Awak tak nampak lagi ke dia gunakan awak sebagai rebound semata-mata?

Benda ni tak normal ye, dan sangat mengaibkan, tapi awak dengan bangga boleh post video macam dah in love.

Come on, mana harga diri awak? Kalau mutual feelings, boleh terima lagi, ini macam bertepuk sebelah tangan.

Buat gadis ‘dara’ yang telah pergi ke sebuah negeri bermula huruf ‘M’ di Indonesia pada minggu lepas, semua orang tahu yang awak pergi ke sana dengan duda yang baru bercerai.

Orang dah mula bercakap sebab benda-benda ni pun awak juga yang post secara public, cepat je orang dapat detect. Tak perlu nak marah kalau orang dah menabur fitnah, sebab awak sendiri yang membuka ruuang tu.

Semoga insaf, dan ingatlah perkara yang nampak ‘normal’ dan ‘alah kan semua orang pun buat’ bukanlah semuanya halal dan dibenarkan, apatah lagi sampai bercuti berdua. Sangat memalukan.

– Tak Malu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Macam bitter je confession ni.. adakah crush laki duda tu??? Aku percaya je dorang duk bilik asing2. Kalau nak tegur tak elok, tegur sekali la semua couple2 dalam Malaysia ni. Couple memang haram x kira la bercuti ke, duda ke, ayu ke sopan ke. Apesal memilih gadis yg bercuti dengan duda je? Lagi satu, anak gadis zaman dulu kena kurung kena abuse terus bunting dalam rumah, pernah peduli? Tetiba nk marah pulak gadis sekarang lepas bebas

    • Yang confessor bitter, yg mereply ni pulak macam siapa makan cili terasa pedasnya. Hihihi.

  2. jap..confuse jap.. rasa page ni untuk confession tp bila baca mcm bunyi orng tengah nak luah perasaan x puas hati, macam baca post kat facebook pulak.. nak bergosip ker

    • da dia mgkn knl org yg dia mksdkn, yg ko nk sabit mcm tue knp pla ara…benda x btul org brkata2 la…da terang2 ank dara tue up dlm media sosial…dr org x brkata2 jd bahan mulut org ..skrg nie smua d hujung jari…ko up..ko yg tgung akibat…salah tetap salah la 😏

  3. Mcm biasa.. salahkan anak dara yang naif. Padahal si duda yg berpengalaman tu yg keluarkan duit untuk pergi bercuti. Oh untungnya jadi lelaki….

  4. Ya keluar berdua laki perempuan memang haram. Tapi janganlah tuduh diorang tidur berdua. Dulu masa jahil saya pun pernah dating berdua dengan laki, berkepit ke hulu ke hilir macam laki bini.. Bercuti berdua, makan berdua, saya pernah je masuk bilik si dia dan berdua dengan dia, sekadar ambil barang. Tapi sikit pun kami tak buat benda tak elok. Cuma yelah mungkin kena tangkap khalwat kalau kantoi. Tapi masa nak tidur bilik tetap asing. Tak pernah terlanjur dan bersentuhan even dating berdua, bercuti berdua. Orang lain tengok memang jadi fitnah. Tapi mungkin asbab Allah nak jaga, kami tak pernah buat perkara ke arah zina. Jadi jangan prasangka buruk. Tegurlah si dia kalau betul awak sayang saudara seagama. Alhamdulillah saya dah berubah jadi baik sekarang. Tapi saya pun sedih tengok anak dara lain pergi dating berdua. Haram tetap haram. Kita yang boleh tegur ni tegurlah jika mampu. Benda haram wajib ditegur. Kalau kita dah jadi baik jangan asyik nak prasangka buruk dekat orang jahil. Memang ramai yang check in berdua tapi kena lah tegur sesama Muslim. Sebelum nak salahkan si anak dara, si duda tu tak berdosa ke? Nak tegur biarlah adil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *