Assalamualaikum.
First and foremost, saya tahu yang confession saya ni ibarat membuka pekung didada, tapi saya cuma seorang anonymous yang mahu kalian ambil ibrah darinya. Saya anak bongsu dari 6 adik-beradik dan umur kami semua rapat-rapat. Semestinya, saya juga seorang perempuan.
Semenjak kecil, adik-beradik saya didedahkan dengan membantu mama didapur, tolong basuh kain, angkat kain, lipat kain, mop, menyapu dan sebagainya. Namun bukan kepada saya. Saya boleh dikatakan seperti dimanjakan secara melampau sejak kecil. Sehinggalah saya habis SPM pun, kawan-kawan saya jadi anak dara yang rajin di rumah, saya berfikir-fikir nak tolong mama apa di rumah.
Pernah ketika mama perlu outstation dalam masa yang lama, saya tinggal bersama abang-abang saya sebab kakak-kakak saya di asrama. Abang-abang sayalah orang melangsaikan kerja-kerja rumah dan dorang hanya suruh saya duduk diam diruang tamu tunggu dorang siap masak. Dah bosan menunggu saya pun ke dapur tengok apa yang dorang buat dan saya sendiri teringin sangat nak pandai masak macam abang-abang saya. Even nak buat kopi pun, abah saya kena ajar saya masa saya sekolah menengah sebab saya tak pandai buat.
Saya tak salahkan mama dan abah saya sebab tak ajar saya buat kerja-kerja rumah yang sepatutnya anak-anak patut tahu buat. Mungkin sebab saya ni anak bongsu dan sehingga umur cecah 20 tahun dulu pun mungkin dorang still anggap saya 8 tahun. But it is all about self awareness, buat apa kita nak salahkan orang lain padahal kita dah besar nak belajar benda-benda tu sendiri kan? Memanglah malu juga nak belajar buat basic household chores, nak siang ikan, nak bezakan halia dengan lengkuas. Okey im sorry but its really me. Saya memang tak tahu.
Belajar masak, kemas rumah semua ni bukan untuk marriage preparation saja okey. Tolong jangan fikir macam tu. Ni kira untuk mengurangkan beban family members yang penat bekerja kat rumah so balik dorang tak perlu pening tengok keadaan rumah. Tahniah kepada ibu bapa yang ajar anak dari kecil buat kerja rumah. Alhamdulillah. Maafkan saya sebab saya belajar lambat dari anak anda. Last but not least, kalau korang ada kawan yang rajin masak semua, follow them! I always ask my friends masak yang simple je at least ada lah juga hasilkan. Okey thats all, jangan pernah rasa terlambat untuk belajar sesuatu. Eventhough it just a basic thing yang sepatutnya semua orang tahu!
– Si bongsu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit