Anak Dato’ Sri, Tapi…

Mula2 skali, tq admin sudi share cerita aku. Tujuan aku post ni bukan untuk belagak. Cuma aku just nak cerita dkt korang kisah hidup aku sebagai anak Dato’ yang ramai orang tak tau.

Well, mcm yg tajuk tu cakap, aku ni anak Dato’. Correction, Dato’ Sri. Sejak 2010 ayah aku dah Dato’. Automatic korang akan fikir aku akan dapat semua yang aku nak, hidup aku senang, boleh pegi jalan2 oversea, duit bulan2 sentiasa cukup, etc..

Pangkat ayah aku agak tinggi dalam kerajaan. Taknak ckp la, nt korang search pulak. Haha. Dia memang sorang yg rajin, workaholic dan tegas. Sebab tu dia senang naik. Tapi itulah, disebalik kejayaan dia, ada juga yang perlu berkorban.

Aku boleh ingat lagi masa aku kecik. Seronok sgt. Kali terakhir aku dapat basuh kereta dgn ayah aku masa aku umur 10 tahun sebelum ayah aku dapat naik pangkat. Aku takkan lupa. Masa tu dia kerja KL, tempat aku tinggal. Bila dia naik pangkat, selalunya perlu transfer ke negeri lain. Dia dapat ke utara. Masa tu kami diselangor. Well aku masih kecik, it’s fine.

So tiap2 bulan, kami adik beradik dan mak akan ke utara naik bas. Bayangkan hampir tiap2 minggu. Malam jumaat lepas habis sekolah agama, terus naik teksi sampai stesen bas. Then, naik bas 8 hingga 12jam ke utara. Hari ahad, naik bas pkol 10pm & sampai rumah (Selangor) 5am. Dan terus pergi sekolah mcm biasa.. Kami naik bas sebab mak aku takut naik flight.

Ayah aku then tukar ketempat lain. Malas nak cerita panjang tapi yang aku nak cerita, dari aku umur 10tahun sampailah aku umur 24tahun ayah aku kerja jauh. Iaitu diluar Selangor. Aku sekarang 26tahun. Paling lama dekat pantai Timur. Macam biasalah, kami akan kesana naik bas kalau nak jumpa ayah sbb mak takut naik flight.

Mak aku pegawai. Dia sayang nak berhenti kerja untuk ikut ayah aku & lagipun nak mintak transfer sana sini memang susah. Ayah aku pun sentiasa sibuk, jadi mereka mcm dah setuju la untuk tinggal jauh.

Kalau dah mcm ni, kesannye dkt anak2 la. Aku rindu masa aku kecik ayah aku ada dkt rumah, kami ada masa dengan ayah. Aku perangai mcm tomboy, pakai baju seragam kerja ayah aku, basuh kereta dkt depan rumah sama2. Kutip duit ayah yang jatuh atas lantai masuk tabung. Aku rindu.. Tak byak sgt memori dgn ayah aku pasal tak bnyak masa. Aku kesal. Tapi tak boleh nak salahkan mereka. Keadaan memang complicated masa tu.

Parents aku besarkan kami dgn sgt sederhana. Walaupun makayah aku ada duit, tapi nak mintak duit bukan main susah. Aku ingat lagi, nak pergi program ajuran sekolah aku cuma dapat rm5 je. Mak aku suruh beli yang patut. Pegi petrosains bwk rm5, org lain bwk rm30. Nak beli makanan je lepas. Duit belanje pergi sekolah tiap2 hari rm1, kadang tak dapat duit belanje sbb mak aku sediakan bekal roti.

Paling aku tak boleh lupa ialah rumah kami. Well, ayah aku kerja jauh. Mak aku pun kerja. Weekend kami jumpa ayah. Jadi maintenance rumah memang teruk. Selalunya, kalau jamban rosak, suami la tlg baiki atau panggil repairman. Paip bocor ke, bumbung bocor, pagar runtuh, cabinet runtuh, banyak pest, etc semua perlukan kudrat lelaki. Tapi masa kami kecik, aku & emak yang akan repair sendiri, yang akan uruskan. Ayah tak bagi repairman dtg rumah sbb risau bahaya.

Aku pegi sekolah naik bas dari rumah. Selalu aku malu dengan keadaan rumah aku. Bayangkan kami duduk bandar, kawasan mmg elit, tapi rumah aku mcm hutan, penuh lalang & pokok besar, dinding berlumut & hitam, pagar hampir runtuh dan warna nak pudar. Perabut rumah sgt outdated. Aku selalu malu dengan kawan2 aku. Bila bas berhenti depan rumah aku, kalau boleh nak bas berhenti lagi depan supaya org tak tahu tu rumah aku. Aku xpernah ajak kwn2 aku dtg rumah sebab aku malu kalau diorang tgk rumah aku yg buruk tu. Selalu aku bagi alasan mcm2.

Walaupun mak ayah aku berduit, tapi aku tak pernah dibesarkan dengan cara mewah. Masa aku degree, kalau nak mintak duit, kena explain untuk apa, dan kenapa duit dulu cepat sgt habis. Beli buku etc. Kami bukan mcm anak Dato’ yang korang bayangkan. Nak beli makeup jangan haraplah. Nak beli baju baru bolehlah, tapi kena cukup piawaian mak aku (labuh & longhair), baru dapat.

Aku pun tak pernah dapat pergi oversea mcm anak2 Dato’ yang lain. Even bapak tak Dato’ pun dah melancong sana sini dgn family. Baru2 ni je taun 2017 aku dpt pergi oversea, itupun Vietnam je.

Sekarang, aku baru kerja, adalah dalam 7bulan. Alhamdulillah, bila dah ada duit sendiri barulah boleh beli brg peribadi dengan lebih bebas. Boleh beli makeup sikit, brg2 yg kita teringin. Haha. Aku bukannye boros. Hasil dari didikan parents aku, aku belanje agak berhemah. Aku xpernah beli starbucks, baskin Robbin etc pun. Sbb mak aku tak pernah biasakan aku belanje mewah.

Sampai sini jelah cerita aku. Sorry kalau panjang. Saja aku share kisah aku supaya korang terbuka sikit minda & tak groupkan anak Dato sebagai anak manja, gedik, high-class, tak boleh susah, sombong & etc. Memang ada yang mcm tu, tapi ada yang tak. Kalau korang still nak fikir mcm tu, korang ingatlah aku ye. Thanks :)

– Riana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit