Anak Derhaka

Tiba-tiba rasa nak share kisah hidup aku seorang anak derhaka.

Aku Syaa umur 28 dan sudah berkahwin juga memiliki seorang cahaya mata. Aku dah bergelar ibu tapi sungguh orang yang paling aku benci dalam dunia ni ialah ibu ku sendiri. Sebab tu aku ini anak derhaka. Aku anak sulung dari 5 beradik.

Alhamdulillah rezeki aku memang bijak dari kecil dan selalu dapat keputusan yang cemerlang. Zaman kanak-kanak tak indah sebab aku terpaksa menjaga adik yang kecil seramai 4 orang.

Aku bukan anak yang nakal tapi badan sentiasa berbirat. Adik bergaduh pon aku yang salah. Alhamdulillah upsr dapat 4A 1B seronok nak bagitahu ibu tapi yang aku dapat dengan nada yang sini “4A je?” Begitu lah hidup waktu sekolah rendah tiada kenangan indah bersama kawan :(

Masuk sekolah menengah aku makin stress tinggal dirumah.. Jadi aku selalu pergi sekolah pagi habiskan masa di library walaupon aku sekolah sesi petang.. Aku gembira bila di luar aku sesak dirumah sendiri. Ada saja tak kena walaupon usia dah meningkat remaja aku masih dipukul ibu.

Silapnya cuma aku bangun lambat padahal dia tak tahu malamnya aku study sampai pukul berapa..sepanjang hidup aku rasa cuma abah yang paham aku. Aku nekad belajar sungguh2 untuk masuk asrama.

Alhamdulillah result pmr aku cemerlang dan aku dapat masuk sekolah berasrama. 2 tahun sekolah disitu aku sangat bahagia tapi jika cuti penggal aku akan stress sebab kena balik rumah. Aku dan ibu tak boleh tinggal serumah kami memang tak serasi. Tapi ni bukan kemuncaknya.

Waktu aku sambung degree di selatan tanah air aku jarang balik ke rumah.. aku tak tahu apa yang berlaku tiba2 abah call aku dan cakap ibu curang.

Aku baru 19 tahun untuk adapt situasi tu. Abah cakap dia dah perasan lama tapi harini kemuncak bila abah ikut ibu dari belakang dan ibu kantoi berjumpa lelaki lain..

Sebelum serang ibu ,abah cuba buka fon lock ibu alangkah terkejutnya ramai lelaki dari facebook yang ibu contact untuk bermain cinta.. Hati aku hancur bila ibu buat abah macam ni.

Tapi ibu janji dengan abah kata nak berubah. Abah bagi ibu peluang. Ibu suruh abah ubah penampilan biar nampak muda abah buat. Aku ingatkan ibu dah insaf rupanya dia tak berubah.

Lepas pada tu dia tak boleh ditegur. Bila abah tegur dia akan ugut nak bunuh diri ugut nak lari ikut skandal. 1 hari dia lari ikut skandal dan akhirnya ditinggalkan tepi jalan. Abah yang pergi kutip dia pukul 2 pagi. Tapi perangai dia masih x berubah.

Abah menangis cerita denganku yang waktu tu tengah berjuang abeskan pelajaran. Hati aku membuak2 rasa benci dekat ibu sebab hancurkan hati abah.

Aku sampai berdendam dengan ibu sendiri. Aku benci aku jijik. Abah lelaki yang sangat baik, baik yang bagi aku sudah tahap dayus sebab biarkan bini berhubung dengan jantan-jantan alam maya.

Ibu tak boleh ditegur. Dia pernah cuba nak terjun dari tingkat 5 sebab abah tegur perangai buruk dia. Ibu aku dah gila!

Lepas abes degree aku dapat kerja dekat dengan rumah. Waktu ni perangai ibu sama masih melayan skandal alam maya cuma tidak berjumpa. Aku struggle cari duit tapi duit aku tak dapat saving sebab kena layan permintaan ibu.

Aku nak saving untuk lesen kereta pon kerja 5 bulan baru cukup duit. Tapi waktu aku keje ni ibu dah tak cari pasal dengan aku tapi adik perempuan aku jadi mangsa.

3 tahun kerja aku decide nak kawen tapi ibu buat drama sebab tak suka calon aku. Calon aku kenalkan tu kerja biasa sahaja dan taraf spm.

Dia ugut tak nak ada waktu majlis aku. Aku stress preparation untuk kawen dan dia tak menyenangkan urusanku.. semua dari A sampai Z aku yang urus.

Abah nak sponsor sikit duit yang ada pon dia mengamuk tak bagi. Ini lah ibu saya. Tak pernah fikir untuk senangkan anak cuma pikir tentang dirinya.

Alhamdulillah abah support dan terima saja semua keputusan saya sebab saya yang nak kawen bukan ibu. 2 hari sebelum majlis aku menangis merayu suruh dia ada je waktu majlis sampai aku cakap lepas tu kalau tak nak tengok muka saya pon takpe saya akan pergi jauh.

Tu pon kena sogok dengan duit baru ibu okay dan setuju. Walaupon duit tu masih nak guna untuk majlis tapi nak buat macam mana ibu aku tak macam ibu orang lain.

Lepas kawen aku resign dan ikut suami ke negeri suami. Waktu tu pkp jadi aku tak boleh rentas negeri untuk balik ke rumah parents.

Alhamdulillah dapat rezeki zuriat awal. Sepanjang pregnant mak mertua yang jaga. Sikit pon MIL dan suami tak bagi buat keje or masak kat rumah ni.

Beza sangat layanan yang aku terima. Aku rasa ini rumah. Segala yang aku mengidam MIL akan masakkan dan carikan.

Konflik berlaku bila family aku paksa aku beranak dan pantang dirumah mereka. Aku berat hati sebab aku tahu aku akan tertekan disana jadi aku decide untuk berpantang dengan mertua.

Aku disumpah seranah oleh ibu di whatsapps. Dan mendoakan yang buruk terjadi padaku. Aku sedang pregnant dia buat emosi aku macam ni. Nasib ada MIL dan suami tang tenangkan.

Aku ada anxiety dan sentiasa terfikir2 kata2 ibu. Sepanjang aku hidup aku dah biasa didoakan yang tak baik oleh ibu tapi kalini saat aku nak berjuang hidup dan mati dia sanggup doakan yang tak elok untukku. Aku kecewa.

Lepas anakku lahir family aku datang hanya dua malam. Mil aku terkejut sebab biasanya ibu akan datang seminggu untuk jaga anak lepas bersalin. Ye kalau ibu orang lain tapi bukan ibu aku.

Mil aku jaga aku berpantang selama 44 hari tidur dirumah ku. Waktu malam baby tidur dengannya sebab nak bahi aku rehat. Aku dikejut cuma untuk menyusu anak. alhamdulillah MIL terlalu baik aku bersyukur Ya Allah.

Lepas pada tu ibu selalu vc aku untuk tengok cucu tapi tu cuma alasan.. vc tapi mata chatting dengan lelaki lain. Pernah kantoi denganku sebab dia guna 2 fon. Aku nampak chat tu dan ternyata dia tak berubah.

Aku diuji dengan covid langsung tak larat nak bangun nak tengok fon apatah lagi. Dia vc aku tapi aku tak angkat kemudian dia hantar chat sumpah seranah sampai doakan aku mati.

Ada ke ibu yang sanggup dia anak mati semata tak angkat fon?? Aku terlalu sedih rasa nak gila meroyan dah la baru habis pantang.

Banyak lagi episod yang tak mampu aku ceritakan. Tapi sehingga kini kami adik beradik selalu dicaci maki dengan kata2 yang tak baik.

Kata2 ibu doa. Tapi apa yang keluar dari mulut dan tulisan ibuku langsung tiada yang baik untuk anak.

Orang kata untung masih punya ibu masih ada berkat doa2 ibu. Tapi aku tak merasa. Sepanjang hidup selalu disumpah perkara2 buruk dari mulut ibuku.

Sekarang ibu sakit tapi tidak la teruk mana tapi dia menyeksa batin 1 family dengan perangainya. Suka jerit2 jika layanan tak kena. Sekarang dia paksa aku pulang untuk menjaga nya dan tinggal lama dirumah yang aku tak anggap rumah.

Paksa dengan sumpah seranah. Sebarkan pada adik beradiknya yang aku ni anak derhaka tak mahu balik menjaganya. Aku ada anak yang masih bayi.

Aku ada anxiety dan stress aku sendiri. Aku takut aku gila kalau aku balik ke rumah tu dengan bayi ku dan tinggalkan suami yang jadi penenang emosiku.

Derhaka kah aku ? Adik aku ada 4 orang lagi dirumah kenapa aku yang dah kawen ni dipaksa untuk balik menjaga nya? Bukannya aku tak balik langsung ke rumah tu cuma aku tak boleh tinggal lama. Sebab dari dulu rumah tu aku tak anggap rumah.

Kalau balik untuk dicaci maki di sumpah seranah aku tak sanggup. Adik perempuanku hari2 menderita dengan perangainya.. abah pon sama. Sekarang dia nak libatkan aku. Aku takut aku yang bunuh diri sebab terlalu stress di sana.

Aku ingin disayang sebagai anak tapi ibu buat semua anak sebagai musuh.. selalu keluarkan kata2 yang tak baik kepada anak. Sekarang aku juga seorang ibu. Semoga anakku tidak merasa apa yang aku rasa. Biarlah aku sorang yang jadi derhaka.

Ku tunggu kau berubah Ibu.

– Syaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *