Anak Derhaka?

Assalamualaikum semua izinkan aku berkongsi sebuah cerita ini pun aku menulis sebab aku nampak ada sebuah confession lama yang lebih kurang sama.

Aku membesar dekat rumah flat, sampai umur 13 tahun aku anak tunggal dah masuk umur 14 tahun baru ada adik perempuan sorang. Mak ayah aku ni kira tipikal mak/ayah Melayu kita, nak anak besar kerja office beli rumah/kereta besar.

Aku dari kecik lagi mak dan ayah aku dah letak expectations besar macam tu. Aku pun okay je iyalah siapa tak nak tinggal rumah besar dan naik kereta besar.

Bila masuk umur 14 tahun cuti sekolah sebulan setengah mak dengan ayah aku paksa kerja. Diorang cakap “cari duit sendiri beli buku, baju” jadi aku terpaksa kerja waktu cuti.

Kerja pertama kedai makan angkat pinggan/cawan. Basuh cawan/pinggan lepas tu pergi sebelum subuh balik pukul 4-5 petang. Cuti cuma hari ahad dapat sehari pula setakat RM15 ringgit.

Waktu kecil dulu iyalah 15 ringgit banyak tapi hakikatnya tak berbaloi dengan segala kerja aku buat.

Jadi setiap cuti sebulan lebih dari umur 14, 15, 16 dan 17 tahun cuti mak ayah aku suruh kerja.

Lepastu setiap hari asyik membebel “tahu penat aku kerja hari-hari macam ni”, aku pun nak taknak terpaksa ikut nak melawan dia kata anak derhaka.

Duit raya aku setiap kali dapat dalam 2-3 ratus hampir 80% kena ambil dan balance dapat lah 30-40 ringgit.

Duit gaji pun lepas beli segala macam hal sekolah baki ayah dengan mak aku ambil. Belanja sekolah jangan cakap sehari setakat 2 ringgit dan aku pula pagi sekolah kebangsaan dan petang nanti sekolah agama.

Mak dan ayah aku dari kecik asyik suruh aku bersyukur berterima kasih sebab diorang bagi aku makan, tempat tinggal, belajar dan lain-lain. Aku nak tak nak angguk dan terima.

Sambung belajar dekat uitm dapat ptptn separuh terpaksa kasi mak dan ayah.

Secara jujurnya sepanjang aku hidup sebelum ni waktu zaman belajar dekat UITM lah tempoh yang paling aku tenang. Memang waktu ni kalau cuti yang terpaksa balik baru aku balik kalau tidak memang aku stay je tak balik.

Habis belajar aku ingat nak kerja jauh tapi lepas dah bergaduh dengan mak ayah aku akhirnya aku pun akur dan kerja dekat.

Setahun lepas kerja mak dengan ayah aku paksa beli kereta katanya pergi kerja bawa lah kereta. Aku dah reject sebab aku selesa naik motor.

Lagi satu aku sebenarnya rancang 3 tahun pertama kerja lepas tu tahun ke-4 nak beli rumah, beli rumah bawah penat duduk flat.

Tapi akhirnya terpaksa aku beli kereta.

Aku awalnya nak ambil second hand tapi mak dengan ayah aku “malu” diorang cakap beli baru je lah dekat mulut katanya lagi bagus apa semua tapi padahal bila belakang aku dia cakap malu nak bagitahu orang kereta second hand.

Aku pun lepas segala macam fikir akhirnya beli. Tapi itulah yang bawanya bukan aku, yang bawa mak dengan ayah aku.

Aku? Pergi kerja tetap naik motor lepas tu monthly payment? Aku juga yang kena bayar. Nak berkira pun tak boleh juga aku pun selalu fikir “takpelah tu mak ayah aku juga”.

Lepas dah setahun aku pun cakap nanti bulan depan ni 2 bulan datang mak dengan ayah bayar duit kereta sebab aku nak saving sikit.

Lepastu diorang membebel cakap aku berkira dengan mak ayah sendiri siap cakap anak tak kenal untung lepastu ayah aku cakap diorang pandai bayar.

Tapi akhirnya lepas 3 bulan dapat call tak bayar. Aku pun marah akhirnya terpaksa aku sendiri bayar mak dengan ayah aku setakat tambah 200 ringgit bila aku tanya kenapa tak bayar alasan “terlupa”.

Lagi satu yang rumah kami duduk flat tu sewa ye bukan beli. Setiap bulan kena bayar 450 yang bayar tu lepas aku kerja aku juga. Sampai sekali ni aku punya marah kira limit lah.

Mak saudara aku sorang ni kira nak celebrate hari jadi tapi aku tak boleh ikut sebab pergi singapore.

Jadi aku pun kasi mak aku credit card sebab mak aku cakap nak beli hadiah aku pun okaylah waktu tu dapat mesej tengok dalam 120 ringgit guna untuk beli hadiah.

Mungkin ada yang tanya kenapa tak bagi cash apa semua. Diorang kasitahu last minute sejam dua nak gerak ke singapore.

Duit cash malaysia aku dah convert ke sg dollar. Jadi kurang 70 ringgit aku pun kasi credit card lagipun pada aku mak ayah sendiri bukan orang luar.

Jadi esoknya bila aku bangun terkejut tengok credit card aku guna sampai 1500 ringgit aku terkejut. Sebab selalu aku kalau guna pun limit kan paling banyak 300-400 sebab utama aku ambil kredit kad,

Aku nak maintain skor untuk beli rumah akan datang. Tapi sekali bila tengok total sampai RM 1540 aku terkejut. Bukan dalam satu bil tapi dalam 4 bil.

Aku ingat waktu ni ada orang guna ke apa. Aku pun call ayah aku sekali rupanya mak dengan ayah aku pergi guna kredit kad aku belanja saudara aku dari bahagian makan, beli barang lepas tu makan dekat hotel. 

Aku pun tahan marah. Balik tu aku terus tanya kenapa guna banyak sangat siapa nak bayar balik. Tapi diorang cuma balas “belanja saudara sekali sekala nak berkira apa”

Aku cakap yang makcik aku tu anak dia besar panjang sama umur aku dah kerja diorang ada duit bayar kenapa mak dengan ayah pergi bayarkan.

Padahal yang makan dekat hotel biar anak diorang bayar tapi mak dengan ayah aku nak menunjuk sangat diorang nak juga bayarkan.

Lepastu bergaduh, mak dengan ayah aku pun melenting cakap aku berkira selama ni diorang bagi aku makan rumah sekolah tak berkira pun ini baru guna duit sikit kedekut.

Aku pun marah dan lawan balik cakap rumah, makan, sekolah itu semua memang tanggungjawab mak dan ayah. Memang amanah mak dan ayah bagi aku makan, hantar sekolah dan bagi aku pakai makan. 

Bukan aku minta dilahirkan, mak dengan ayah yang buat pilihan untuk lahirkan dan memang dah wajib bagi aku segala kelengkapan. Sebab kalau boleh pilih aku pilih nak dilahirkan dari keluarga kaya.

Aku sendiri waktu kecik bukan hidup mewah ye nak beli apa semua tak boleh. Sepanjang aku hidup mainan tak pernah beli dah aku terpaksa kerja hujung tahun/raya baru boleh sendiri.

Dari aku kecik tak habis dengan “aku bagi kau makan minum sekolah bersyukur” of course bersyukur. Tapi benda tu semua memang kewajipan diorang jadi ibu bapa.

Jadi aku penat. Akhirnya aku give up dan kerja jauh setiap bulan aku masukkan duit. Waktu puasa atau raya baru aku balik. Baru rasa tenang sikit.

Aku nasihatkan kalau korang semua dekat luar sana yang mengalami nasib sama macam aku jangan duduk atau kerja dekat dengan rumah mak ayah. Duduk jauh kalau boleh negeri lain baru selesa nak mencari rezeki.

Sepanjang aku hidup dalam keluarga ni banyak kali aku dengar ayah dengan mak aku cakap yang aku ni anak derhaka dan suruh aku bersyukur.

Iya aku bersyukur dapat makan minum tempat tinggal pakaian dan belajar. Tapi hakikatnya benda tu memang asas wajib ibu bapa bagi dekat anak-anak.

– Zainal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *