Assalamualaikum. Anak derhaka adalah anak yang tak bagi duit kat orang tua. Rezeki dan hidup anak tak berkat sebab tak bagi duit kat orang tua. Ini antara ajaran atau doktrin kat orang-orang tua. Aku tak tau la sape yang ajar, tapi benda ni menyusahkan.
Betul jasa orang tua memberi makan dan membesarkan kita tidak terbalas.
At the first place, siapa yang nak anak? Orang tua atau anak tu sendiri? Sudah tentu lah orang tua sebab kau lah penyebab utama anak tu terjadi secara logik nya tanpa perlu bahas soal qada dan qadar tuhan dulu pun.
Kau yang nak anak, (kalau tak nak sekalipun, kau lah yang buat anak). Jadi sudah menjadi tanggungjawab kau membesarkan anak dengan cukup sifat, bukan setakat makanan, pakaian dan tempat tinggal. Termasuklah kasih sayang, agama dan perilaku baik.
Kau ingat kau takkan disoal Allah ke satu hari nanti tentang amanah dan tanggungjawab kau?
Kita diajar anak kena berbakti kepada orang tua. Aku setuju. Tetapi berbakti bukan bermakna kau kena bagi duit, dan kalau kau tak bagi duit, kau dianggap anak tak berguna, tak berjasa, hidup tak berkat. BENDA NI MENYESAKKAN TAU TAK.
Mak aku ada ramai anak, of course yang selalu disumpah anak derhaka tu aku lah. Nak kata hidup aku lancar je tak juga, aku cuma ambil iktibar, ambil positif, fikir baik-baik bila ditimpa ujian. Jadi nampak macam smooth.
Kalau nak kira sakit hati kat mak aku, rasanya aku tak perlu dah hadap muka mak aku dah. Tapi aku bertahan sebab apa, sebab kita diajar dari kecik, buat baik kat orang tua. Walaupun banyak kali aku terbabas hilang kesabaran, tapi tetap aku merendah diri minta maaf.
Adakah orang tua diajar utk buat baik kat anak? Bercakap benda baik, berbuat baik kat anak? Aku rasalah JARANG atau susah sangat nak dengar ceramah macam ni kat masjid. Selalu dipush tentang kisah anak. Stop lah nak cerita ayat-ayat quran pasal anak kena buat baik kat orang tua jee.
Dalam quran ada banyak suruhan berbuat baik, kau ingat tak termasuk orang tua kena berbuat baik kat anak ke?
Adakah dalam quran, ayat-ayat general suruh berbuat baik tu, untuk kau buat baik kat orang luar daripada family kau sahaja?
Kalau orang tua dengan anak tu ada exception? Tak kan? Takde pulak ayat quran letak exception. So ayat suruhan berbuat baik yang general tu untuk SEMUA orang lah. Tak kira kau pangkat apa.
Dalam keluarga, kakak dan abang buat baik kat adik, mak ayah buat baik kat anak, benda ni tak termasuk skop apa yang Allah ajar ke? Aku nak gak tanya setad dan setajah apesal tak ajar mak ayah yang dewasa ni lebih?
Orang dewasa sepatutnya lebih matang, sekali diajar sepatutnya lebih faham. Kau nak ajar anak jee jgn begitu begini. Kau nak control anak, tapi tak boleh control diri sendiri?
Orang bukan islam pon tau nak membina bangsa bertamadun bukan bermula dari anak, tapi bermula dari orang tua tu sendiri.
Mak ayah boleh buat suka hati kat anak-anak sebab alasan nak “mengajar” dan “mendidik” anak? Aku tak taulah kalau dalam islam, menempelak, menyindir, menghasut, membelasah, menghina tu termasuk kategori mendidik?
Kalau lah mak ayah boleh buat suka hati tanpa ada batas akhlak yang baik dlm islam, aku minta maaf sikit pon aku tak suka agama ni.
Tapi aku percaya agama yang mulia ni bukan macam tu. Ada banyak kisah nabi dan sahabat yang berbuat baik kepada anak-anak kecil. Ada kisah yang memuliakan anak-anak kecil juga. Tak jatuh martabat kau orang tua pun lah.
Abang kakak dan adik-adik aku yang konon sebagai anak yang lagi baik dari aku, hidup mereka sama je takdelah baik dan lancar pun. Masing-masing ada masalah.
Hidup menganggur bertahun-tahun, proses beli dan buat rumah kena tipu dan banyak masalah, kereta kena curi, kereta rosak, kena buang kerja dan lain-lain. Eh banyak la masalah setiap adik beradik aku.
Semua ujian ni adalah proses hidup. Biasalah semua org alami masalah. Nabi yang dipilih Allah, nabi yang diangkat jadi rasul, yang memang confirm masuk syurga pon, ada pelbagai ujian hidup. Takkan kau nak cakap hidup dan rezeki nabi tak berkat pulak?
Ada yang adik beradik aku jenis bagi duit yang banyak aku rasa beribu dan puluh ribu, ada yang tak bagi langsung, tapi tetaplah yang buruk anak derhaka hidup tak berkat tu AKU.
Bila mak aku sakit hati dengan anak yang lain, dikaitkan hidup dia tak berkat (waktu tu lah), waktu dapat duit banyak dari anak tersebut tak sebut pulak hidup berkat. Terus lupa. Ibarat dah jadi senjata mak aku pulak.
Aku pelik ajaran mana mak pakai. Aku yakin bukan mak aku sorang macam ni.
Ada je orang-orang tua perangai macam ni asbab didoktrin ajaran kat surau (melalui perkongsian kawan-kasan aku yang mengalami masalah sama dengan orang tua mereka). Yelah dah tua-tua pergi surau, bila ada kuliah macam ni seronoklah.
Aku tengok kawan-kawan aku semua ada masalah dalam hidup. Padahal kawan aku tu anak yang baik, dah jaga orang tua, jaga mertua, tetap ada masalah. Apa tuhan tu zalim ke terus dicop hidup tak berkat bila tiba-tiba kereta dia accident, atau suaminya takde kerja?
Sedangkan aku tau mak aku pon belum tentu sanggup jaga orang tua sendiri dan mertua sendiri macam kawan-kawan aku tu.
Seriously aku fed up dengan perangai mak aku. Takde satu pon adik beradik aku yang otaknya berfungsi dengan baik menasihatkan mak aku. Masing-masing takut dicop anak derhaka.
Kalau setakat nak please mak aku, aku tak kisah. Ni jadi batu api, ibarat api dalam sekam, dalam adik beradik. Sebab nak show up sebagai anak terpaling bagus terpaling soleh dan solehah kat mak.
Macam bella yang suami dia curang 11 kali tapi sekali dia bangkit melawan terus dicop macam-macam.
Aku pon macam tu lah nak bagitau nya aku sabar seribu kali pon orang takkan acknowledge, tapi sekali aku lawan, adik beradik keliling cucuk mak aku. Yang salah anak derhakanya aku.
Jenis aku, yang salah tu salah lah. Takkan aku salah aku mengaku, tapi kau salah kau betul pulak? Akibatnya adik beradik aku yang dapat protection mak aku sampai umur dah tua pon tak gheti nak minta maaf, lagi teruk tak rasa bersalah. Toxic.
Aku haraplah setad dan setajah takyah lab ajar benda bukan-bukan. Hidup berkat ke tak bukan kita tentukan. Bagi duit kat orang tua bukan automatik hidup berkat. Bagi duit pon berbalik pada niat, ada yang ikhlas, ada setakat nak menunjuk, nak bodek, dll.
Berkat tu bermaksud kita bahagia. Mungkin ujian utk dia, bila kita nampak, kita kata hidup dia tak berkat. Sebab ujian tu umumnya musibah bagi orang ramai. Tapi ujian itu mungkin satu nikmat kebahagiaan utk dia.
Dan bila cakap nikmat kebahagiaan dia rasa bila diuji itu, pastilah satu keberkatan. Memang gile lah kan kalau cakap orang yang ditimpa ujian tu hidupnya berkat kan? Banyak contoh ayat quran dan hadis nabi menerangkan kegilaan pernyataan aku ni. Hanya jauhari mengenal manikam.
Hadis ajaban
Surah insyirah
Baqarah : 155-156
Baqarah : 286
Ali imran : 139
Hadid : 22-23
Dan lain-lain.
Harap setad dan setajah tolong lah belajar lebih lagi dan jujur dlm amanah ilmu sebelum mengajar benda mengarut kat orang-orang tua yang akhirnya merosakkan institusi keluarga. Cukup-cukuplah doktrin lapuk.
Kesian kat anak yang nasibnya kurang baik dicop derhaka hidup tak berkat akibat tak mampu bagi duit kat orang tua.
Dalam kes aku, aku tak bagi duit kat mak aku dlm sela masa tertentu waktu aku perlu guna duit, bukan tak bagi langsung tapi tetaplah dicop anak derhaka hidup tak berkat, dipalau satu keluarga, hilang habis ibarat takde satu kebaikan pon aku jadi makhluk tuhan. Kah3.
– Senah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit