Assalamualaikum. Saya nak mohon pandangan semua.
Mak dan ayah dah bercerai dari saya berumur 2 tahun. Sejak itu ayah memang abaikan kami adik beradik sampailah saya dah masuk universiti.
Hanya mak yang membesarkan kami dalam keadaan yang sangat susah. Saya masih teringat kesusahan hidup kami masa kami kecil.
Mak dan ayah buat keputusan berkahwin semula di Siam tanpa pengetahuan saya dan adik beradik yang lain.
Kami memang sejujurnya tak bersetuju kerana kami tau ayah bukan orang yang bertanggungjawab dan dia kembali hanya kerana tiada tempat lagi untuk pergi.
Umur saya ketika itu 21 tahun dan adik2 saya semua sudah di universiti.
Sejak usia saya 21 tahun sampai saya sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. Ayah memang tak jalankan tanggungjawab.
Nafkah tak pernah bagi kederat di rumah tak pernah tolong.. memang macam biawak hidup dan menyusahkan kami adik beradik.
Ayah juga pernah masuk jail sebab ganja dan mak jugak bersusah payah jamin dia. Saya pun dah letih nak cakap dekat mak sayanglah diri sendiri tak perlu jadi baik sangat.
Sepanjang perkahwinan, memang mereka sering bergaduh dan tiada bersefahaman dan mak cakap ayah dah banyak kali jatuhkan talak.
Tapi perkara ni tak boleh dibawa ke mahkamah syariah sini sebab mereka kawin semula di siam dan tak daftar perkahwinan mereka di sini.
Kerana mak mengadu ayah dah menceraikan dia masuk talak 3 dan tak sanggup hidup dalam dosa sebab ayah tak mengaku dan tak nak keluar dari rumah, saya sendiri bawa mak ke siam untuk tuntutan fasakh.
Kes selesai di siam dan mak dah dapat surat cerai dari siam.
Ayah masih tak nak keluar dari rumah walaupun sudah dihalau berkali2. Sehinggalah adik saya ambil tindakan akhirnya dia keluar.
Tetapi dia masih menggangu dengan tidur dalam kereta di luar rumah dan masih minta masuk untuk mandi dan makan.
Saya di sini sebagai anak merasa sangat runsing. Saya ibu tunggal anak 3, semua tanggungan di rumah tu atas saya.
Saya merasa sangat terbeban kalau saya perlu menyediakan tempat tinggal untuk ayah saya. Dan menambah lagi komitmen untuk seorang di rumah tu.
Saya bukan satu2nya anak dia. Selepas bercerai dengan ibu saya dia berkahwin lain dan ada 5 orang anak dengan isteri baru. Dan mereka semua membesar dengan ayah saya.
Sedangkan saya dan adik2 saya diabaikan sehingga kami dewasa. Sehingga kini anak2 yang lain pun tak pedulikan dia.
Untuk menyewa bilik untuk dia adalah tambahan komitmen untuk saya. Kurang2 untuk makan dan tempat tinggal pun dalam 500 juga saya perlu peruntukkan.
Sudahlah saya terpaksa tanggung hutang bekas suami pun beribu ringgit tanggungan sesi rumah juga bawah tanggungan saya. Saya merasa cukup terbeban.
Untuk pengetahuan ayah saya seorang yang masih sihat tegap dan kuat. Cuma dia memilih jalan mudah untuk tidak langsung berusaha untuk kelansungan hidup.
Apa yang perlu saya lakukan. Saya tersepit kerana status saya sebagai anak. Tetapi saya hanyalah anak yang berbinkan dia. Yang langsung tak pernah merasa kasih sayang dan pelukan hangat seorang ayah.
Seorang anak yang dipaksa menjadi kuat untuk ibunya. Seorang anak yang masih belum sembuh pun dengan kesakitan di waktu kecilnya.
Saya seorang perempuan, yang dianggap lemah masih boleh berusaha mencari makan untuk menanggung sesi rumah saya. Kenapa dia yang masih cerdas tak mahu berusaha untuk menanggung diri sendiri?
Tetapi atas kerana tindakan dia tidur adlam kereta di depan rumah saya, seperti gelandangan. Saya akan dianggap anak yang jahat sekiranya terus membiarkan .
Untuk menyewa bilik untuk dia dan menanggung kehidupan dia saya juga merasakan saya tidak mampu kerana terlalu banyak bebanan dalam kehidupan saya. Dan dia juga langsung tidak berusaha untuk kelangsungan hidupnya.
Sudahlah tidak bertanggungjawab kepada anak2 dan isteri.. ini kepada diri sendiri pun dia tak boleh nak bertanggungjawab.
Adilkah untuk kami?
Tak pernah ditanggung tapi kini harus menanggung.
Dia ayah hanya sekadar pada nama.
Tidak langsung pada tanggungjawab.
Mudah untuk orang lain mengatakan apa2 dia masih bapa saya. Tanpa dia saya tidak lahir ke dunia.
Tapi pada hakikat kami juga tak mohon untuk dilahirnya hanya untuk diabaikan.
– Anak terluka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit