Anak Derhaka

Hai semua. Aku sebenarnye sgt risau nk confess, takut ade yg perasan cerita aku ni. Tapi entahla, aku rase aku nak bace ape pendapat korang tentang masalah aku ni. Walaupon aku tahu sampai ke sudah, aku cume kena hadap dan redha je. Cume hari-hari aku dibayangi suara “aku anak derhaka” dan “satu hari kau akan dibalas oleh anak kau sendiri”. Hari-hari guys.

Aku dah kahwin, dan dah ade anak. Aku dulu dibesarkan mcm anak bongsu sebab hampir 15 tahun baru aku ade adik. Ditatang, dimanja dan diberi hadiah sebab dari aku darjah 1, aku dikira anak yg pandai, sebab selalu dpt no. 1. Kakak n abg aku so so je n suke buat perangai kat sekolah. Abg anak kesayangan mak dan kakak rapat dgn ayah. Jadinye, kakak selalu konflik dgn mak, abg pula selalu konflik dgn ayah, katenye ayah x pernah cube nk syg dia.

Aku pula dipeluk cium ayah dan selalu disamping mak, n mak selalu belikan aku mcm2. Kakak mmg selalu jealous dgn aku. Abg syg aku sgt. Dia kata aku la harapan adik beradik yg akan rapat dgn dia smpai tua.

Hidup aku bahagia je, sampaila umur aku 12 tahun. Haih, serba salah aku nk cerita ape detail yg berlaku, tapi cukupla aku beritahu itula detik aku dah tak bole sentuh ayah aku sampai skng. Sampaikan aku nak salam dia pon satu momen yg sgt awkward bg aku, ape lg nak peluk. Sampai sekarang even ayah mertua aku pon aku susah nk salam. Ape lagi peluk. Aku tak boleh. Ye, aku dicabul ayah aku. Pujukan dia mase tu, katanya dia syg sgt aku dan aku tak bole beritahu sesiapa takut nanti ade yg jealous. Aku bagi dia buat ape yg dia buat. Ah jijik nye, aku tak bole lupa sampai sekarang. Takkan. Dan aku masih tak mampu maafkan dia.

Ayah aku akan cari peluang bila mak aku keluar pegi pasar. Dan lepas aku besar, baru aku tahu kenapa aku dan kakak selalu berebut dan bergaduh nak ikut mak, n sedaya tanak tinggal berdua dgn ayah. Tapi mak, kenapa tak bawa kami berdua sekali, mak? Kenapa?

Cukup pasal tu. Aku nak cerita bab lain. Bila aku remaja, aku dikongkong. Aku tak merasa keluar weekend dgn kawan2, tidur rumah kawan atau lepak dgn kawan2. Aku hanya keluar setahun sekali utk parti tahunan. Camping pon sebelum pergi bergaduh satu rumah just topik tentang nk bagi aku pegi atau tak. Sampai aku kat uni, aku nk keluar pg kenduri atau parti pon tak boleh, dah siap cantik2 kena masuk bilik tuka baju. Ayah aku kata “kawan2 bukan perkara penting dalam hidup kau. Mase sekolah kawan je dgn kawan sekolah, habis sekolah, kawan tu dah takde makna dlm hidup kau” dan ayah suka kalau aku berkawan dgn anak org kaya.

Kau bole agak aku jd manusia cemane. Aku tak seronok nak blk rumah, aku tertekan dan aku perahsia. Diorang tak pernah tahu sisi lain dalam diri aku.

Mase aku nak kawin, nauzubillah, susahnye. Ayah dan mak aku mengamuk, sebab suami aku takde degree n kerja biase2 je n dr keluage biase2. Ayah aku kata “aku dh sekolahkan kau sampai universiti, pandai2 balaa JASA aku. Aku harapkan kau kawin dgn org kaya, kayakan aku.bukan budak mcm ni” mak aku pulak suka cari pasal dgn mak mertua aku. Ade je benda dia nk jeles.

Cut short. Lepas aku kawin, aku duduk rumah mak ayah aku utk sebulan. Sebulan yg rs mcm setahun. Mak aku warning suami aku siap2 supaya jgn mengandungkan aku. Dia marah aku buat ape2 utk suami aku. Even aku amikkan towel sbb suami aku balik basah kuyup pon dia marah, dia kate mengada, amik sendiri. Basah kot, kang umah basah ko marah lg plak. Sampai skng aku x pernah kongsi aku masak ape2 atau buat ape2 utk suami aku. Aku tipu kata makan luar. Mak aku suke.

Ok skang aku cerita masa aku nk bersalin. Mak ayah aku sibuk berperang dgn keluarge mertua aku. Katanya mak mertua aku berebut nk jg aku. Sebenanye mil aku cume tawarkan diri nk jg aku di wad kalau mak aku x larat. Tp dia batu apikan aku kata mil aku sinis dan kurangajar nk cut line dia sbg mak. Bayangkan waktu aku tgh meliuk liuk tahan contraction, mak ayah aku cll, mesej x berenti maki hamun mil aku. Bila aku kata aku tengah sakit, diorang kata “tak kau kena dengar semua ni, sebab kau yg gatal nk kawin ngn mamat ni. Aku skit hati kau kena denga sakit hati aku”. . Dan kemudian anak aku lahir. Comel sgt. Tapi aku bodoh lagi. Mak aku dan kakak aku x bg aku breastfeed anak aku sgt, katanya nanti terbiase melekat. Padahal mmg itu la lumrah baby baru lahir. Aku rase berdosa smpai skang. N anak aku turun 300g. Family aku dtg bawa susu formula sbb kata susu aku sikit. Bukan la setan, ko yg x bg aku susukan anak aku, susu aku byk je. Hari2 kemudian, sampai skang, dorang suke perlekehkan aku sebab aku masih menyusu badan anak aku. Katanya aku kedekut. Diamlah.

Pernah jg mak aku warning jgn bg mil aku jg anak aku atau tinggal anak aku without aku ade. Sebab dia xnk mil aku rapat dgn anak aku. Tpi guys mil aku la yg jg anak aku skang bile kerja. Dorang rapat gile. Dan aku tipu keluarge aku, kata aku hantar taska.

Sepanjang aku kawin, mak ayah aku tak pernah tahu susah senang aku. Yang dorang tahu mintak duit. Aku sedih bile aku nk mkn pon xde tp dorang suka2 komplen kata aku kedekut tak bg duit. Pernah aku menangis adik aku msg “kak, nak duit :p” waktu aku betul2 susah. N dia nk beli cadar katil harge rm300

.Tapi alhamdulillah, sekarang kami dah stabil. Famili aku selalu minta yg merepek2 kat aku. Dlu, sampaikan aku nak kemana semua, mak ayah aku suro aku repot kat dorang hahaha. N stiap weekend suro aku balik. Ingat aku ni ape, takde benda lain nak buat? Nak berjalan dgn suami pon dorang mencebik.

Byk lagi kejadian yg buat aku menangis, sakit hati berhari hari. Suami je yg tahu. Sungguh aku rase benci nk blk. Aku blk pon sebab terpakse je. Tapi aku bersumpah aku takkan sesekali bagi diorang sentuh hidup anak aku. Kadang aku rase mcm takde perasaan sayang pon pade diorang dh. Kakak aku? Byk kejadian yg akhirnye buat aku buang dia dri hidup aku. Dia mmg kejam, jahat n makhluk kuat cemburu kat adik sendiri. Dr aku kecik dia suke selongkar brg aku, n pernah bg diari aku pd mak aku, selongkar semua brg yg aku beli, perlekeh aku dpn org. N ye guys, dia musnahkan mekap aku mase hari aku kawin. Sedih.

Dan hari2 aku dibayangi yg aku ni anak derhaka sebab aku melawan ckp2 dorang dan aku benci dorang. Entahla sampai bile.

Derhaka ke aku ni?

-merak yg dh x kembang-

– Merak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *