Aku anak ketiga dari keluarga aku. Aku ada kakak 2 orang dan adik lelaki seorang. Dua dua kakak aku suri rumah dan adik masih belajar. Dalam adik beradik aku, so far aku lah yang boleh tolong keluarga kalau mereka ada masalah kewangan. Btw, aku perempuan dan masih single.
Ayah aku adalah pesara kerajaan dan berpendapatan 5k sebulan hasil duit persaraan. Banyak kan. Tapi tak cukup. Kerana telah terlalu mewah semasa sebelum bersara terbawa bawa sampai dah pencen. Ibu ku juga sudah biasa bermewah mewah sehinggakan duit ayah ku tak cukup sebulan.
Maka, dekat aku lah ayah ak minta. Bukan sikit, tp banyak. Sampai 4 angka pun pernah. Setiap bulan mesti akan minta. Minta dengan cara paksaan tanpa tanya keadaan kewangan aku masa tu. Kadang kala aku sedih. Setiap kali ayah aku call, aku takut nak jawab walaupun hanya untuk bertanya khabar. Sebab aku takut ayah aku nak pinjam duit.
Aku bukan kedekut dengan keluarga sendiri. Tapi kalau duit tak cukup sebab yg munasabah, aku ok. Aku juga kadangkala rasa dibuli dengan keluarga sendiri. Pergi mana mana mengharapkan aku belanja. Membeli belah pun sama. Kadangkala aku rasa malas nk pulang jumpa keluarga.
Aku akan berkahwin tak lama lagi. Aku setiap hari ikat perut untuk kumpul duit. Tapi, bagi ibuku duit itu harus dibelanjakan. Tak perlu simpan sebab tak nampak hasil. Beli hand bag, baju branded semua baru nampak hasil. Aku sedih.
Pemahaman pasal duit diantara aku dan ibu bapaku tak sama. Ayahku tak pernah beritahu ibuku kalau duit sudah nak habis. Alasannya malas nak bergaduh. Maka, pada aku lah ayah aku meminta. Aku tiada option untuk kata ‘tak boleh’ kpd ayah aku. Sebab aku takot aku jadi anak derhaka sebab buat ayah aku sedih.
Tapi pada masa yang sama aku sedih kerana ayah aku tak pernah nak paham situasi aku. Tak pernah beri aku option berapa yang boleh dipinjamkan. Kalau 1000, 1000 lah aku kene beri.
Aku pernah kata tak boleh, hanya boleh kasi 800 je. Ayah aku setuju. Tapi esok nya ayah aku call aku kata ada paip rosak dan perlu 200 lagi. So total jadi lah 1000 juga kan. Aku pon beri lah. Tapi bila aku pulang, aku tengok paip ok sahaja, cuma hos paip aje yg rosak dan perlu ditukar. Tak sampai RM50 pon.
Kejadiaan ini, buat aku lagi sedih. Aku tak nak jadi anak derhaka, tapi pada masa yang sama kenapa parents aku buat aku macam ni. Tolong bagi kata positive kawan kawan. Dan jangan salahkan parents aku. Aku sayang parents aku. Aku hanya perlu sokongan moral dari korang semua.
– Leila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit