Anak Derhaka Ke Aku?

Haritu aku berborak dengan abang aku dalam fon. Dalam berborak tu, dia sentuh tentang trauma, macam mana trauma tu boleh mengubah seseorang samada menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Aku terdiam sekejap. Trauma tu bukan setakat mengubah seseorang, tapi dia juga mengekor seseorang seumur hidup. Pernah fikir tak benda tu?

Aku cakap kat abang aku, “Ingat tak dulu masa abang dengan kak ngah masuk asrama? Adik sorang- sorang kat rumah dengan mak abah? Abang tahukan masa tu mak abah bergaduh sebab abah kantoi kahwin lain kat Thailand?..

Abang tahu tak umur adik berapa masa tu? 8 tahun bang, 8 tahun. Mak abah bergaduh besar. Mak kunci abah kat luar rumah, mak makan hati dengan menyorok dalam bilik setiap masa, tak makan atau minum sampai mak jatuh sakit?

Abah pulak setiap masa tak ada rumah, kalau ada pon bergaduh je kerjanya..”

Kau tahu apa abang aku jawab? “Sumpah aku tak tahu, tapi aku tahu mak sakit je..” Kau imagine tak, dia boleh tak tahu? Jangan bagi alasan sebab dia masuk asrama, sebab tu dia tak tahu. Tak tahu atau tak peduli?

Aku sambung lagi, “Kau tahu tak, masa tu Pak Long dengan isteri dia datang tidur rumah jaga mak. Abah memang tak balik dah. Hari-hari aku kena marah dengan Pak Long sebab tak jaga mak.

Mak salahkan aku sebab mak kata aku yang selalu mengada-ngada dengan abah. Hari-hari aku kena dengar maki hamun dari mulut mak untuk isteri nombor 2 abah.

Aku kena tadah telinga, telan je apa mak cakap. Mak mencarut macam- macam. Pak Long tak kasi aku sayang abah dah, sebab abah tu jahat”..

Abang aku diam je. Aku sambung, “kalau adik nak cerita benda ni, takan habis sampai tahun depan. Bayangkan adik kena hadap semua benda ni sampai umur adik 12? Adik takut nak balik rumah, takut nak makan, semua benda takut.

Pak Long pernah ugut nak ketuk adik sebab adik curi duit mak. Betul adik salah, tapi adik lapar.. tahu tak adik makan 3 pinggan nasi lemak kat sekolah haritu? Abang tak tahu sebab abang tak ada..” terus aku letak fon.

Masa ni dada aku dah berombak, air mata aku dah macam air terjun.. sebabkan duit yang aku curi tu, mak aku cakap itulah punca kami hidup miskin dan berantakkan macam ni.

Kalau korang nak tahu, dah 2 bulan aku tak balik rumah mak aku. Aku kena fitnah teruk dengan Pak Long aku ye, aku dengan Kak Ngah dah lama tak bertegur sapa semenjak aku kena fitnah. Dengan abang aku ni pon 3 tahun tak bertegur sapa, hanya tahun ni baru berbaik.

Aku difitnah dari tahun 2021 lagi, tapi aku masih balik jugak jenguk mak aku, cuma kali ni aku keraskan hati aku sebab aku penat nak kecewa bila setiap kali mak aku menangkan abang dia walaupon dia tahu kebenarannya.

And you know what, dorang selalu je pergi bercuti sana sini, sekali pon tak pernah ajak aku sekeluarga sebab dorang kata aku miskin. Tapi yang miskin ni lah yang selalu belikan makan apa je yang mak abah nak.

Ye, mereka tak bercerai pon, mak tiri aku still in the picture tapi dorang tak pernah bertemu. Aku rasa terbuang, dorang tak pedulikan aku atau anak-anak aku.

Cucu lain selalu dilebihkan, diberikan apa yang dorang nak, tapi anak2 aku dikatakan mengacau, mengganggu dan sebagainya. Kau boleh bayang tak apa aku rasa?

Kak Ngah pernah je message kata aku anak derhaka sebab buang mak abah, tapi mana dia masa memula aku difitnah dan mana dia sekarang? Ada tak cuba jernihkan keadaan? Tak ada, jangan harap. Benda ni bukan sekali dua, tapi banyak kali.

Aku tak tahu kenapa Pak Long buat aku macam ni. Aku anak derhaka ke sebab jauhkan diri aku dan anak- anak? And yes, since Pak Long datang jaga mak, dia terus menetap dengan kami sampai harini.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. La.., ingatkn bru umoq 12 thn, rupa2nya da kawin n beranak pon.. yg lepaih tu, lupakn jela, mulakn hidup yg baru.. klaw bole nasihat mk ayah tu, cuba lah buat sebaiknya.. klaw awk tu yg ‘trauma’ atau ada “anxiety” ke, p lah jumpa pakar psikologi ke.. Wallahua’lam

  2. Saya tau & paham perasaan awak. Kita yg tersakiti, sbb org lain ada alasan ‘tak tahu/tak sedar’

    • Kalau saya di tempat awak, saya akan buat tindakan yang sama. Bukan nak menderhaka cuma parents kita ada ketikanya perlu ditegur dan dinasihati. Cadangan saya, re-group balik awak adik-beradik. Gunakan abang untuk tarik Kak Ngah. Cerita semuanya A – Z. Bersatu untuk singkirkan Pak Long! 💪💪💪

  3. sis,diam kn diri je..amek mse utk diri sndri..kdg berdiam tu lg bagus..bile dh tawar hati mmg dh tk rse ap..just live your life with your love one..baik jge mental sndri sebelom depress..

  4. Apa yang awak rasa tak salah.Kecewa, marah,sedih, rasa macam tiada siapa yang berpihak dengan awak.Must be hard for you to go through this alone.Tapi pernah dengar tak hadis ni,

    “ Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

    Awak sebenarnya tak sendiri.Macam senangkan bila cakap ni pada awak,tapi saya tahu tak mudah.Sebab tak mudah tu la lagi banyak pahala awak akan miliki selagi awak masih bersabar dan terus dekatkan diri pada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *