Anak Derhaka Ke Aku Ni?

Assalamualaikum semua. Aku Tiara 30 tahun. 

Kisah aku ni aku tak tahu boleh diterima korang tak sebab relate mak kan. Mak kan syurga kita. Tapi aku nak juga mintak pendapat atau nasihat untuk aku kuat terus dengan ujian ni. Aku sampai tekanan handle issue ni ber tahun2. 

Since aku kahwin even 2 bulan pertama pun dah kena dengan sangkaan mak. Mak aku suka bersangka². Contoh nye dia akan keep cakap. 

“Hati² mak mertua kau tu bukan boleh percaya kang dia bomoh kau”. 

“Laki kau tu anak lelaki tunggal, hujung² nanti dia pilih mak dia, buang kau macam mama ni ayah kau buang sebab ayah lebih pilih dengar maknya dari mama”. 

“Kau sakit ni kena buat la ni, mesti mak mertua kau buat, tak senang kau bahagia la tu”

“Kau murung ni mesti kena buat dah ni, aku kata dah takleh percaya laki kau, mertua kau”

Oh ya, Mak aku cerai dengan bapak aku dah 11 tahun. Pernah mak aku kahwin 2 kali dengan orang lain lepas tu dedua cerai jugak.

Conflict dengan bapak aku sebab bapak aku buat perangai ada perempuan lain then conflict bapak aku lebih side maknya dari isteri dan bapak aku dia culas bab tanggungjawab as suami dan bapak. 

Aku takde sape nak story. Takde kawan yang boleh beborak hal² gini. Jadi aku borak dengan suami aku jela. Suami aku kata mungkin mak aku trauma dan tak move on dengan kisah² perkahwinan dia dan ujian hidup dia lalui.

Tapi aku penat sangat nak ngadap sangkaan tak betul tu, sebab effect otak aku. Aku dari banyak borak, jadi asik ngelak or senyap bila nak beborak dengan mak aku. Sebab aku tahu akan ada benda dia akan cakap dan effect otak aku. 

Mak aku datang rumah. Aku baru lepas demam covid terbaring seminggu. Mak aku datang tengok cucu then sebab aku lemau lagi dia masak² tapi aku tak selera nak makan, jadi aku cakap tak selera, orang nak minum air je yang aku bancuh, terus mak aku cakap,

“Kau ni memang kena buat dah ni, apa mama masak semua taknak makan, kau tu anak mama berubah betul kau ye sekarang sejak kahwin, mama perati je kau ni, semua nak dengar cakap laki kau je, mama ni kau buat dengar tak dengar je”

Patut ke aku dengar dan ikut kalau mak aku sendiri toksik kan aku? Contoh latest

“Aku tengok laki kau tu banyak pegang phone (laki aku time tu wasap dengan ibu dia), mesti wasap sape². Kau tu surirumah je, dia gi keluar keje apa dia buat kat luar bukan kau tahu. Sebab tu mama suruh kau keje kalau laki kau tinggal kau nnt kau tak susah”

(Aku tak kerja sebab husb prefer aku kat rumah kalau nak cari duit pun niaga dari rumah, dan aku pun memang volunteer nak jadi surirumah)

“Kau tu surirumah takde buat apa kat rumah, anak tak sekolah lagi, baik kau balik duduk kampung duduk la sebulan ke, boleh mama main dengan cucu.

Laki kau tu biar je dia keje macam biasa, makan pakai dia pandai la dia setel selama ni dia bujang boleh buat sendiri, dia pun ada mak dia, nanti kalau dia nak mak dia datang urus pun takpe”

Patut ke aku ikut macam mak cakap?

Bila aku tolak, cadangan dia kena cop anak tak sedar diri asyik lebihkan suami. 

Okay latest aku demam denggi, baru jela sembuh. Then masih mood malasan lagi. Oncall dengan mak pun cakap tak bersungguh. Actually aku introvert tapi ada la cakap story pape dekat mak aku tapi sejak dia suka bersangka sangka, negative kan otak aku, aku stop.

Aku pernah 2 kali tetiba mengamuk sampai pukul kepala aku, dada aku, serabut sangat sebab stress dengan sangkaan mak aku yang tah pape. Lepas pada tu aku jadi manusia tak banyak cakap. 

Mak aku dengar suara aku lemau, terus dia kata, “mama tahu kau ada masalah dengan suami kau tu, biasalah suami ni memang punca masalah, tak boleh percaya, suami ni bermasalah, tu pulak kau sakit kena buat tu,

Mama ni solat tiap malam doa, duk dapat mimpi memang laki kau tu anak mak dengar cakap mak dia, mak dia plak buat kau, mama ni taknak laki kau tahu yela mana ada anak nak dengar mak dia jahat buat bini dia,

Mama nak ajak berubat kau lagi percaya ubat klinik doktor, sakit sikit klinik, macam laki kau tu lebih nak hidup percaya dengan doktor dari cuba berubat amalan orang tua2″

Laki aku ni percaya je setan, jin, berubat dengan darulsyiffa semua percaya je, cuma bab bomoh suami aku tak nak. Dia kata syirik kan Allah kenapa, kita ni hidup sebab Allah bukan bomoh. Oh ya, aku dari lahir memang more tu berubat air air tawar, berbanding ubat doktor. 

Then mak aku cakap,

“Apa yang mama cakap taknak dengar, tengok kau sakit ni kena buat ni, jap lagi mama call kawan datang ubatkan kau, tapi kau jangan bgtau laki kau plak, diam diam je”

Aku kata lah, mana boleh gitu mama, abang suami kakak nak jemput orang datang masuk rumah kena mintak izin suami. Kalau pape tknak la ada masalah lain antara kami. 

Terus mak aku, “kau ni lagi suka derhaka dengan aku, lagi suka tak dengar cakap aku ye. lagi pilih suami kau tu, suami kau tu bukan boleh percaya sangat, apa dia buat kau tak tahu, aku ni solat hajat, istikarah, tahajud nampak semua keburukan laki kau, mertua kau buat kau.

Eh kau tau nanti dia buang kau baru padan muka, dia tu anak mak dia, hujung2 buang kau, macam ayah kau buang aku”

Hmm, banyakkk lagi lah selama 4 tahun perkahwinan aku. Mak aku kalau tak datang, dia call dan cakap la apa sangkaan dia, firasat dia.

Kalau aku terangkan, cuba nak positive kan nanti aku di cop anak derhaka dia, nanti jadi anak tak guna dia. Aku jadi orang tak banyak cakap hanya dengan mak aku sebab benda2 cmtu la. 

Aku depression, anxiety sejak aku issues dengan mak aku tu suka assume macam2. Actually sebelum aku kahwin lagi mak aku suka sangka2 bukan2. ni aku kahwin dia pakai topik suami, mertua plak

Suami aku layan elok je mak aku, mak nak duit time suami aku ada lebih, dia bagi. Nak suruh balik Kampung bila cuti kitorang balik. Nak berjalan, suami aku bawak.

Aku penat. Aku jadi letih bila borak dengan mak aku. Energy aku jadi drop kalau nak beborak dengan dia. Sbb starting okay, masuk middle conversation msti ada benda tak best dia nak sangka,

Aku banyak sangat ngelak angkat call, kalau depan² aku more to mendengar dari bercakap. Sebab aku nak jaga mental health aku. Dan aku taknak marah dia, taknak tambah dosa dengan dia bergaduh mulut. 

Dan Sebab kalau pressure aku jadi nak mengamuk. Nanti bila aku badmood aku effect anak dan suami aku dan hidupan seharian aku. 

Aku memang takleh nak bukak mulut positive kan mak aku, nanti aku kena balik. Pusing2 aku jugak salah. Hmm, apa aku patut buat?

Sekarang aku cuma ada gap gitu jela, kalau aku rasa mental aku kuat, aku angkatlah call dan bila ada benda tak best di dengar, aku kata nak end call sebab ada keje. Gitu jela hidup aku sekarang. 

– Tiara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. 1. tukar lock rumah, jgn bukak pintu.. ckp dgn mak, xpyh dtg sbb dh pindah
    2. segerakan letak telefon.. for me aku akn tanya mak aku sihat ke x, dh mkn ape, buat ape, pastu aku terus ckp ‘mak nk cerita ape? meh lah borak’.. lps dh habis mak aku borak, aku ckp aku ade keje,nk berak, nk makan, nk masak,nk kemas..

    mak aku x negative mcm mak kau, tp mak aku ade tabiat pecahkan rahsia dan push aku xtentu hala.. aku penat nk hadap.. sakit kepala.. awal2 aku berat hati, sampai abg aku tegur.. tp aku mls dh nk entertain, selagi aku x kurang ajar, tanggungjawab aku masih jalan.. aku ok.. aku penat nk attend benda2 yg menyakitkan kepala

  2. Mak sy pom jenis toxic jugak. So sy distance kan diri dgn mak sy. No more call, no more vc. Balik bila sy rasa nak balik je, tu pom xde lama2 sbb sy lebih selesa di rumah sy. Dia ws pom sy balas gtu2 je. Dia lebih2 sy sound je. Bru xde serabut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *