Anak Derhaka Ke Saya?

Salam semua. Saya Cinta, 30an, dah berkahwin. Saya anak bongsu, Ada abang-abang dan kakak.

Di sini saya nak meluahkan sesuatu yang dah lama saya pendam. Tapi penghujung Ramadhan kali ni saya rasa paling ‘down’.

Saya rasa tak raya lagi bagus, rasa nak balik rumah, beraya di rumah dengan kekuarga kecil kami sahaja. Tak payah raya di kampung lagi bagus.

Kisahnya seminggu sebelum raya saya dan suami dah aturkan upah orang untuk cuci dan bersihkan rumah ibu di kampung.

Untuk pengetahuan, jarak kampung dan rumah kami hanya 45 minit. Jadi setiap minggu kebiasaanya kami akan balik ziarah ibu yang makin uzur.

Ayah saya dah lama meninggal. Ibu sekarang duduk dengan abang yang belum berkahwin tapi ada sedikit mental illness.

Ok berbalik kepada cerita bersihkan rumah, minggu ni kami balik kampung dua hari sebelum raya. Tengok2 rumah dah kotor semula dan sepah sana-sini.

Sejak dewasa ni saya baru perasan, keluarga saya ni agak pengotor.

Dulunya saya duduk asrama sejak tingkatan 1, kemudian sambung ke uni dan kemudian bekerja di KL sebelum saya dapat berpindah kerja di negeri kelahiran 3 tahun lalu.

Jadi sekarang bila dah duduk dekat dengan kampung ni, saya lah jadi anak yang kena uruskan rumah di kampung. Sebabnya abang yang duduk sekali dengan ibu tu pun tak boleh diharapkan.

Saya rasa kecewa sangat bila minggu ni balik tengok keadaan rumah macam ni.

Saya bayar sendiri RM200+ untuk bersihkan rumah ibu minggu lepas. Bagi sesetengah orang mungkin jumlah tu sedikit..

Tapi nak raya kalini, memang saya dah buat saving tu khas untuk orang bersihkan rumah ibu saya. Kenapa tak panggil orang tu bersihkan minggu ni? Sebab tak ada slot kosong.

Saya ada baby yang masih menyusu badan, dan anak kedua pun masih toddler. Jadi agak susah sekarang saya nak buat semua kerja sendiri.

Alhamdulillah suami dan anak sulung saya yang 8tahun sangat banyak tolong.

Tapi itulah, faham tak bila kita balik ingatkan dah settle bab bersihkan rumah sebab nak raya ni, tapi rupa-rupanya.. kami suami isteri yang kena bersihkan semula.

Keluarga kakak saya pun dah sampai dari rantauan, tapi itulah…yang tu pun balik duduk tidur dalam bilik jadi ‘boss’, yang terpaling letih meredah jammed katakan..

Untuk pengetahuan, keluarga mertua saya sangat pembersih. Saya rasa sangat tenang bila balik rumah mertua.

Cuma bila raya memang akan beraya di rumah ibu saya waktu pagi, tengah hari atau petang baru akan ke rumah nenek mertua sebab semua keluarga mertua akan berkumpul waktu tu.

Tradisinya macam tu sebab kampung kami dekat je. Mak mertua akan suruh raya rumah mak masing-masing dulu.

Kadang-kadang saya rasa tak nak balik kampung saya pun. Adakah saya ni anak derhaka bila rasa macam ni?

Saya penat sangat!

Harini nak masak juadah raya pulak! Siapa yang kena masak? Saya lah!

Kalau rumah mertua, memang dia akan order je yang susah-susah nak masak. Sebab ipar-ipar saya pun ada anak yang masih baby.

Tak tahu la orang faham ke tak cerita saya ni. Tulis pun dah tak berapa betul sebab saya rasa serabut dan letih sangat sekarang.

Tolongla bagi kata-kata semangat untuk saya nak beraya ni..

– Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mak kau tu org yg melahirkan kau. Buruk dia pun itu lah keluarga kau..

    Kalau dulu masa kecik dia boleh tahan dengan perangai kau, kalau skg kau tak tahan dengan dia mmg la anak derhaka. Dia bukan suruh kau pun langgar syariat Allah.

    Aku hangin btl dng org yg burukkan keluarga sendiri sbb konon keluarga org lain better..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *