Ini kisah saya yang anak derhaka, lembab dan bodoh. Bila dengar ceramah ustaz ustazah dulu masa saya sekolah menengah selalu takut sebab banyak sangat mak selalu doakan saya takkan berjaya sampai bila-bila.
Mak saya seorang suri rumah, saya ada kak dan adik. Tapi saya selalu merasakan saya yang paling banyak kena marah dan maki dengan mak. Sampai saya takut dan takda keyakinan dalam diri bila nak buat sesuatu perkara.
Masih segar dalam ingatan, mak saya pukul dengan batang kayu, dengan pisau, maki dan doa-doa yang tidak baik. Tali pinggang dan hanger adalah makanan saya sebab saya bodoh dan lembap.
Selalunya mak akan naik angin bila saya tak faham arahan, atau buat kerja tak mengikut sop yang ditetapkan. Saya masih ingat mak pukul dengan batang kayu yang tebal hanya disebabkan saya jemur beg sekolah saya salah, masa tu saya sekolah menengah. Sampai jiran tegur suruh berhenti.
Pernah masa tengah hari balik dari sekolah, saya menonton tv masa tu panas saya ambil ais ketul dalam peti sejuk dan gigit. Tiba2 tengah leka tengok tv, mak datang dan tampar tengah belakang sekuat hati.
Masa tu saya terdiam sebab saya tak tau punca. Lepas kena tempar tu mak mula bebel cakap saya makan ais ketul tu.
Pasal pisau saya tak ingat punca apa, tapi saya dikejar dan dipukul dengan pisau nyaris tak di jemput ajal. Semua tu buatkan saya jadi trauma. Saya rasa apa yang saya buat semua salah, termasuk bercakap, masak, kemas rumah, sidai baju dan sebagainya.
Dalam pada amarah mak, mak sentiasa cakap saya takkan pernah berjaya.
Disebabkan saya rasa tertekan untuk ada dirumah, masa PMR saya sendiri berusaha untuk memohon sekolah berasrama, masa tu rumah dah ada komputer dan wifi, jadi saya terus minta. Keputusannya saya ditawarkan ke sekolah asrama yang jauh 80km dari rumah.
Sepanjang di asrama saya tak pernah rasa homesick sehingga saya sambung diploma dan degree yang jauh dari rumah. Sepanjang saya belajar saya cuba akan cari apa2 aktiviti untuk saya tak dapat balik rumah selalu.
Sekarang saya sudah berkahwin. Alhamdulillah, dikurniakan mertua yang baik dan suami yang penyayang. Masa berkenalan dengan suami saya tak pernah cerita pasal kisah saya dan mak. Saya merasakan itu red flag mak saya yang tak patut saya cerita.
Baru ni, balik raya haji. Saya cuba tolong mak masak. Nak dijadikan cerita tengah tolong saya tanya berapa pot nasi yang dimasak, lepas tu mak explain berapa pot nasi dan berapa pot air. Saya pun masa tu cuma ulang apa yang mak cakap untuk menujukkan yang saya faham.
Tapi mak tiba2 naik angin mak cakap saya bodoh, memang la nasi masak kena letak air takkan biar dia masak sendiri. Terkejut saya masa tu. Saya diam sahaja malas nak panjangkan cerita.
Tapi mak tak berhenti sampai sit , mak cakap lagi pasal kerja saya sebab saya ada mengadu kerja sekarang susah sebab baru ditukarkan boss lain.
Mak cakap, “patut la kerja hang semua susah, susah sangat nak dengar arahan orang. Orang cakap lain hang faham lain, memang susah sangat ka nak masuk dalam kepala otak tu. Sampai bila-bila pun hang takkan berjaya“.
Terus saya menangis kat situ juga. Kenapa mak nak sentuh pasal kerja yang buatkan saya betul2 stress. Mak halau saya balik haritu juga.
Saya cerita kat suami dan ajak balik tapi suami berkeras, dia tak nak nanti mak akan cakap saya berani sebab ada suami.
Sekarang saya tetap balik kampung macam biasa dan bagi duit. Abah saya masih ada, abah adalah orang paling sabar yang saya pernah jumpa dalam dunia.
Walaupun mak selalu doakan saya takkan berjaya, hari ini saya telah berjaya menjadi seorang jurutera yang dapat bekerja dari rumah sahaja dan boss baru saya dah percayakan dan selalu puji saya depan semua dengan hasil kerja saya.
Doakan saya dan suami terus berjaya dunia dan akhirat ya.
Oh, memandangkan saya sudah berkahwin, saya dan suami sudah merancang untuk ambil confinement lady sahaja untuk menjaga saya nanti waktu pantang.
Saya tengok semua orang seronok nak mak sendiri jaga, tapi saya sudah fikir masak2 untuk menjaga mental saya nanti. Doakan yang terbaik buat saya ya.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
xsalah pun sis, aku yg nk kawen pun nnt fikir nk pakai confinement lady je.. blm kawen pun aku dh cuak fikirkan kemarahan mak aku.. aku syg dia, tp xtau la ape yg dia panas sgt2.. aku dgn abg aku sebelah sebelah je duduk tp dgn aku mak aku melengking2 ckp, dgn abg aku ok je.. klu cerita kt org pun, org mampos xpercaya.. hahaha, so aku jujur ckp, risau.. aku ni derhaka ke? mmg xcall dah, klu kt tt tu lalu psl mak ayah, aku sedih sgt2, tp kata2 mak aku bisa, ckp pun xpernah lembut.. i dont know what went wrong..cukup aku byrkan bil and bg duit belanja.. sakit dia? aku blk je bela wlpn 5jam perjalanan, nsb baik bos aku baik gila.. so aku mampu mcm tu je lah.. abg aku ok, tp aku faham tanggunjawab dia besar kt family dia, so aku yg bujang wat lek wat pis jalankan tanggungjawab.. wlpn tuan badan kejelah nak marah.. hahahaha
pernah tak sis luah, tanya mak apa sebenarnya punca yang buatkan mak jadi macam tu? sis anak angkat ke? ke masa mengandungkan sis mak nak anak lelaki tapi dapat sis dia takdapat terima kenyataan? sebab pelikla la manusia yang bawa perut 9bulan, last2 tak sukanya anak tu, padahal anak tu la yang baik.. pelik pelik.
btw, saya doakan semoga rezeki sis dan suami sentiasa lancar, sentiasa bahagia sampai ke syurga. lega dengar sis dah ada own happy family :)