Aku seorang penggiat seni, art.. Aku berusia lewat 20an.. Nama aku Hani (bukan nama sebenar) aku seorang anak tunggal, bapa aku meninggal dunia 4 tahun lepas di allerton cemetery.. Aku tinggal bersama ibu.
Sedari kecil memang segala diuruskan ibu kerana ibu surirumah tangga sepenuhnya.. Arwah ayah aku dulu kerja kapal jadi selalu tak ada.. Tapi keperluan aku dan ibu lebih dari cukup..
Ibu bukan dari keluarga yang senang.. Bapa aku orang italy.. Ayah bekerja keras untuk memenuhi keperluan aku ibu dan keluarga ibu di kampung..
Aku tidak pernah diajar tentang agama islam oleh ibu, ibu aku seorang pemarah dan jika kehendak dia arwah ayah dan aku tak penuhi, dia akan mengamuk, dan suka mengugut.. Dan dia suka manipulate cerita dengan semua orang keliling untuk perhatian dan untuk dia capai segala kehendak..
Sebab tu dia tak pernah ada kawan yang stick dengan dia dari dulu.. Sedara mara pun tiada yang rapat.. Dan ibu aku seorang yang suka main hal2 bomoh.. Benda syirik..
Setelah ayah tiada, aku la yang jadi provider.. Aku bekerja hasilkan segala art dan gunakan bakat aku untuk menghasilkan pendapatan untuk menampung hidup mewah ibu aku..
Dia selalu canang pada keluarga dan kawan kawan dia yang dia tak pernah teringin duit dari aku walau satu sen pun.. Tapi dia cakap pada aku segala masa dan tenaga yg dia dah abis jaga aku dari kecil aku harus bayar sampai aku mati..
Now aku dah lewat 20 an dan rasa sudah masa untuk aku settle down, cari jodoh dan miliki keluarga sendiri.. Tapi ibu aku tentang habis habisan..
Dia cakap aku gatal nak menyundal dengan jantan ntah mana2.. Dia cakap kalau aku cuba2 untuk ada boyfriend dia akan pastikan kerjaya art aku musnah dan hidup aku akan hancur.. Ibu aku sejenis yang hal2 kecil pun dia akan besarkan macam ianya satu jenayah..
Aku ada makcik, pakcik dan sepupu sepapat.. Tapi ibu aku tak benarkan sesekali untuk aku berhubung dengan mereka..
Tapi ibu rajin ajak mereka keluar makan dan bila masa keluar bersama tu, ibu akan jadi ibu yang paling penyayang.. Dia la yang terpaling hebat menjaga aku sedari kecil.. Ibu yang paling soft spoken..
Walhal dia la orang yang selalu maki hamun aku anak setan, anak derhaka, anak sial bila aku tak turuti kemahuan duit dan apa sahaja kehendak ibu. Dia pernah beberapa kali pukul aku..
Teruk.. Yes sangat teruk.. Kadang, bila halntakntau nak makan apa pun dia boleh maki aku kata aku tak oerihatin dengan kehendak dia, aku tak kenang budi, anak derhaka..
Ibu juga tak boleh tengok aku bersuka ria dengan sesiapa sahaja.. Kadang aku akan abiskan masa lepak cari idea baru untuk arts aku dengan rakan rakan yang sama buat arts,
Bila dia tau je aku tengah lepak dengan kawan kawan, pasti dia akan buat hal, dia akan mesej aku oanjang lebar dengan kata kata cacian, makian..
Dan ayat2 seperti “kau memang suka lebihkan orang lain kan, tak pernah nak ada masa untuk aku ni mak kau.. Aku ni mak kau tau, kau anak aku.. Kau memang tak boleh nak happykan aku kan” itulah antara ayat ibu setiap hari..
Ibu menganggap aku umpama boneka.. Tiada siapa yang boleh sentuh dan main boneka ibu ni.. Dan boneka ini hanya boleh fulfill kehendak ibu seorang sahaja..
Ibu kadang kadang, lepas maki aku dengan pelbagai cacian, ibu akan buat seperti tiada apa yang berlaku dan minta aku duit untuk dia pergi membeli belah..
Ibu suka fitnah merata orang untuk nampak orang jahat.. Mana je kawan kawan aku yg rapat dia akan fitnah orang tu pada orang2 tertentu untuk namoak dia baik, concern pasal aku dan risau orang2 yang dia fitnah tu bagi bad influence pada aku.
Ibu aku pun sejenis yang suka benda2 syirik, suka asap2 kemenyan dalam rumah, suka asap2 kan colok hindu mahupun budha dalam rumah.. Suka simpan patung2 binatang dalam rumah..
Dan yes aku muslim yang ibu tak pernah beri didikan sedari lahir.. Aku buntu untuk buat apa, dia ibu yang sangat toxic.. Aku sehingga hari ini bergantung dengan ubat ubatan dari psikologi.. Sebab aku depress setiap kali berdepan dgn ibu sehari hari di rumah..
Ibu hanya akan mood baik jika aku ada depan mata tanpa bermain phone dan tak keluar kemana2.. Bagi ibu aku milik dia mutlak..
Aku tak tau macam mana untuk aku ada kehidupan normal tanpa ibu… nanti aku free aku sambung lagi cerita ni ye..
– Hani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit