Assalamualaikum. Terima kasih admin berikan ruang untuk saya luahkan cerita saya. Saya nak luahkan apa yang sedang terbuku dan saya ingin mohon pendapat dari pembaca semua. Moga anda semua dapat berikan pandangan dan cadangan yang baik-baik untuk saya.
Ceritanya bulan 12 nie kami bercadang akan bertunang, tetapi kedua dua pihak merancang untuk teruskan pada perkahwinan pada bulan 12 nanti semasa merisik pada awal bulan 11 yang lalu.
Disini yang saya ingin ceritakan, saya menetapkan wang hantaran adalah RM4000 kerana saya rasa itu saja yang bakal tunang saya mampu kumpul dalam masa sebulan. Saya dan tunang saya baru saja habis pengajian pada tengah tahun bulan 4 yang lalu.
Mulanya mak ayah saya bersetuju untuk tidak meletakkan apa-apa syarat. Tapi di belakang saya sekarang banyak pihak dan mulut-mulut mengatakan yang saya perempuan murah kerana nilai wang belanja hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki sangat rendah.
Saya meletakkan nilai sebanyak itu saja kerana tunang saya orang jauh, jadi kos perjalanan dari utara ke selatan dengan menaiki kapal terbang sudah menelan kos hampir tiga ribu lebih untuk keluarga mereka datang pada hari akad nanti.
Setiap masa ke semasa mereka selalu berkata di belakang saya yang saya perempuan murah, layak dapat nilai sedemikian, orang orang kampung akan gelakkan saya dan sebagainya. Soalan saya, hina sangat kah seorang perempuan itu jika nilai wang belanja hantarannya rendah.
Itu belum diceritakan lagi soal mas kawin yang saya hanya mahu letak pada kadar yang telah ditetapkan tapi tetap ditentang katanya nilai tersebut sangat sikit dan tidak dapat beli apa dengan nilai mas kawin tersebut. Mereka mengatakan dalam sejarah sayalah yang memalukan kerana meletakkan belanja mas kawin sebanyak itu.
Situasinya kami hanya akan mengadakan majlis akad nikah dan makan makan bersama orang masjid, tiada pelamin mahupun jurugambar. Kerana apa yang kami mahukan adalah akad dahulu dan sebelum kenduri nanti pihak lelaki akan memberikan belanja lagi RM8000 untuk kenduri pada awal tahun depan.
Keluarga saya juga mengatakan pihak lelaki tidak mahu berusaha meletakkan belanja hantaran yang tinggi, adik adik saya bersikap kurang ajar, tidak menghormati saya dan selalu mengatakan bakal suami saya malas bekerja dan tidak mahu berusaha untuk dapatkan wang hantaran yang lebih tinggi. Malah keluarga saya memaksa bakal suami saya membuat pinjaman bank untuk letak belanja hantaran yang tinggi. Apa yang kami berdua inginkan hanya untuk memudahkan akad nikah, tanpa membebankan pihak lelaki memandangkan pihak lelaki hanyalah orang kampung biasa dan sudah menghabiskan beribu untuk datang merisik dan pada hari akad nanti.
Saya terlalu kecewa dengan keluarga saya kerana hampir 90% soal nikah diuruskan oleh saya dan bakal suami saya tanpa apa-apa bantuan dari keluarga saya. Jadi saya mohon pendapat pembaca-pembaca semua apa yang perlu saya buat untuk menghentikan kata kata kurang enak didengar, apa yang ibubapa saya cakap dibelakang disebut-sebut oleh adik-adik saya dan saya risau adik-adik saya atau ibubapa saya bersikap kurang ajar dan berkata perkataan yang akan menginggung perasaan bakal suami saya nanti.
Saya mohon agar kalian para pembaca mendoakan keberkatan perkahwinan kami, dimudahkan segala urusan kami, dan doakan perniagaan kami lebih kukuh dan makin berjaya. Kami nak ibubapa saya tahu yang saya niat nak mudahkan perkahwinan, nak mudahkan pihak lelaki, dan nak bersama sama kembangkan perniagaan jadi lebih besar dan hebat lagi selepas berkahwin nanti. Kerana kami yakin janji Allah SWT yang pernah menyebut jika nak kaya, kawin bukan tunggu kaya baru kawin.
Terima kasih.
– Anak yang terluka
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit