Haiii semua, nama glamor ku Kakna. Aku anak ke-2 dari 4 beradik. 3 perempuan diatas dan sudah tentu si bongsu lelaki. Ayah aku sudah meninggal ketika usiaku 9 tahun. So kitaorang tinggal dengan nenek sebab emak kerja jauh.
Sejak kecil sudah tiada ayah. Bapa sedara ku memberi cadangan agar kami masuk ke rumah anak yatim. Aku dengan kaklong ku setuju bagi meringankan beban nenek dan emakku. Biarlah kitaorang berkorban.
Sepanjang tinggal dirumah anak yatim, kami dua beradik still have each other. 2 orang adik aku still tinggal dengan nenek sebab kecik sangat masa tu.
5 tahun kemudian emak ku bawa berita hendak menikah baru. Dulu cerita emak tiri & bapa tiri memang mengerikan. Kami beradik semua tak setuju. Tetapi kami diamkan sahaja. Kalau itu boleh membahagiakan emakku. Apa salahnya.
Panjang intro. Haha sorry. Okey masuk crrita seperti dalam tajuk “Anak Emas Emak” which is my little brother. Yes adik bongsu ku. Hanya dia seorang yang tinggal bersama emak & bapa tiriku.
Hanya dia seorang lelaki yang akan menjadi wali kepada kami 3 kakaknya. We expect dia akan cepat matang disebabkan tidak cukup kasih sayang seorang bapa.
Tetapi semuanya hanya dalam mimpi.Lelaki yang tidak berfikiran jauh. Memang aku tahu dia still budak2 tapi dia tidak penah menyedari dan cuba untuk berfikir secara orang dewasa sedangkan dia dikelilingi orang dewasa.
Dia terlibat dalam kes buli di sekolah. Bukan dia membuli orang tetapi dia dibuli. Emak cepat tahu lalu mengambil tindakan. Sudah settle, tiba2 dia buat hal melarikan diri dari rumah ketika itu usianya baru 11 tahun.
Pertama kali dia membuat emak susah hati dan menangis merayu untuk dia balik. Dia siap mengugut emak lagi untuk hantar dia ke rumah anak yatim. Dan emak setuju asal dia mahu ke sekolah.
Tidak sampai setahun, dia buat hal lagi. Dia lari lagi. Dan dengan alasan yang tidak munasabah. Jangan korang ingat kitaorang as his sisters tak buat pa2 eh. Time tu kitaorang like “biasalah budak lelaki baru nak up”.
Lari lagi dan emak menangis lagi. Dia rapat dengan kakak atas dia and bawah aku, so aku suruhla adik aku nasihatkan dia. As much as she can. Aku malas nak bunyi sebab aku ni jenis yang cepat panas but cepat reda.
Dia tukar sekolah lagi, dan semestinya tak sampai setahun pun lagi. Dan semestinya emak aku nangis lagi. Kali ini dia bercadang taknak dah nak sambung sekolah sedangkan PT3 hampir dekat.
Aku try talk to him. But emak aku cakap biarkan. Emak taknak dia lari dari rumah. Emak kata biarkan asal dia ada depan mata emak aku. Aku tergamam. Dan aku biarkan sahaja.
Kalau dia buat perkara yang tak menyebabkan emak aku susah hati, menangis aku takkan bising, but dia buatkan mak aku menangis. Aku sound dia. Dan aku tak bercakap dengan nya sehingga hari raya tahun lepas.
Hampir setahun jugak aku tak bercakap dengannya. Raya tu mcm biasa bermaaf-maafan. Dan aku maafkan sebab dia seorang sahaja adik lelaki aku yang ada dan dialah wali aku.
Ingatkan panas je sepanjang hari, raya ke-4 dia buat hal lagi. Yang aku mungkin akan ingat sepanjang aku hidup! (Biarlah jadi rahsia sebab terlalu aib) kali ni memang aku tak dapat menahan amarah aku.
Setiap orang ada limit kesabarannya, dan kesabaran aku dah capai limit. Aku angkat tangan nak memberi penampar pada nya, dia sempat mengelak. Aku capai batang penyapu yang kebetulan ada disitu, aku hayun terkena badannya.
Emak yang terkejut di tingkat bawah menjerit dan menangis. Aku cakap dekat mak. Inilah hasil seorang anak yang terlebih kasih sayang, yang tak pandai nak hargai orang, tak pernah bersyukur, dan MENYUSAHKAN orang!
Emak aku menangis merayu kat aku untuk maafkan dia. Aku terkedu. Selepas itu sampai sekarang aku langsung tidak mengendahkannya dan menganggap dia tidak wujud.
Sekarang dia dirumah. Tidak mahu bekerja. Menolong emak ku pun dia tidak mahu malah dia yang mengarah emakku.
Bilamana emakku tidak sanggup dia akan mengadu pada kmi yang lain. Aku hanya mendiamkan diri. Aku selalu menyindir emak ku bahawa “dialah anak emas emak” “takpa biarkan” ayat yang pernah emak sebutkan telahpun menjdi ayat favourite ku.
Aku tidak tahu lagi macamana nak sedarkan emak mahupun anak emas emak. Kalau korang ada cadangan or tips please share. Aku pun nak ada keluarga yang bahagia. Lagi2 dia seorang sahaja adik lelaki yang akan menjadi wali pada kmi. Aku nak tapi aku ego.
Sekian…
– Kakna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit