Anak Golongan B40

Saya nak bercerita hal yang sebenar berkaitan dengan perangai anak anak golongan B40. Saya sendiri golongan B40 so saya bercerita apa yang terjadi di sekeliling saya sendiri.

Dan ada juga cerita yang diceritakan sendiri oleh ibu/ayah kepada mak saya. Mereka meluahkan isi hati terbuku berkaitan perangai anak anak mereka.

Majoriti anak muda sekarang ramai pilih berkahwin usia yang muda. Sejujurnya hidup bujang pun mereka masih tak mampu nak tanggung diri sendiri. Makan minum tempat tinggal semua masih mak ayah bantu, walau masing masing dah bekerja. Tapi mereka pilih untuk berkahwin awal.

Masa berkahwin kebiasaan yang saya tahu dan dengar, mereka kawen akan guna duit simpanan KWSP mak/ayah. Habis berpuluh ribu hanya untuk digunakan pada hari majlis. Lepas majlis tamat, hidup cukup cukup makan.

Saya pernah sendiri baik dengan acik cleaner di tempat saya bekerja. Dia cerita anak perempuan dia punya majlis memang guna duit kwsp dia. Padahal acik dan suami bekerja sebagai cleaner. Umur pun bukan muda lagi tapi badan masih kuat.

Saya dengar tu terkejut lepastu saya turut nasihat acik tu supaya sayang duit kene fikir hari tua acik. Anak nak kawen anak kene usaha cari duit sendiri. Atau pun buat majlis kecil sudah janji halal.

Sebab kebanyakan mereka ini mengharap duit salam kerok lepas majlis nanti boleh lah ganti sedikit duit simpan yang dah habis tadi. Salah cara tu. Patut hari tua acik kene santai je cari rezeki dan ada simpan untuk diri sendiri di hari tua.

Lagi satu perangai anak muda ni, lepas kawen akan terus menyusahkan mak/ayah. Tak cukup duit pinjam mak ayah duit. Kalau pinjam RM50, nanti gaji terus bayar RM50 bagus. Tapi mereka ni si ibu ni cerita anak setiap bulan pinjam duit tapi tak pernah bayar.

Si ibu tu dah penat bekerja sebagai operator kilang, anak sedap sedap mintak duit gaji ibu. Sepatotnye hari tua ibu biarlah dia bekerja sebab dia bahagia dapat jumpa kawan tapi duit gaji ibu biarlah 100% ibu guna sendiri. Dia nak enjoy atau simpan tu hak dia. Bukan hak anak cucu menantu.

Hari tua ibu/ayah biarlah mereka hidup bahagia tenang bersenang senang tanpa perlu fikir lagi nak bagi anak makan, nak bagi cucu makan. Tugas mereka sudah tamat. Korang sibuk nak berkahwin nak ada isteri/suami dan anak anak.

Korang rancanglah dengan baik ekonomi keluarga masing masing. Jangan susahkan ibu/ayah. Cukuplah masa kite kecik dulu struggle sungguh mereka nak bagi kite makan sekolah tempat tinggal dan bawak kite bercuti.

Saya tahu bukan wajib bagi mak/ayah duit setiap bulan. Tapi kalau yang duduk serumah dengan ibu/ayah, tolonglah jangan berkire untuk belanja barang dapur sebab kite sama sama makan. Bil api air tolong bayar. Bukan duduk free sahaja.

Duit bulanan ibu/ayah kalau mampu bagi lebih. Tak mampu bagi sikit pun tak apa untuk dia beli apa dia suka.

Kalau ibu/ayah suka join rombongan bas yang berjalan ke sana sini dengan kawan kawan. Apa kata anak sponsor sorang sikit untuk mereka berjalan. Biasa trip bas ni satu kepala mungkin around harga RM150-400. Sorang anak sumbang RM50 pun dah ok.

Saya faham ekonomi sekarang sangat teruk semua benda mahal. Yang ada anak kecik dan masih bersekolah sangat berat segala mahal. Tu penting perancang keluarga. Jangan beranak setiap tahun rapat rapat lepastu menyusahkan ibu ayah.

Saya perasan mereka yang susah ni sangat senang dapat anak. Anak kecik rapat usia mereka nanti tengok si ibu tengah hamil lagi. Tapi mereka yang agak mampu dan senang hidup biasanye kawal dan rancang keluarga dengan baik.

Saya kecewa dengan perangai anak anak yang tak boleh bertimbang rasa dengan ibu/ayah. Ibu ayah pulak jenis tak nak terterus terang depan anak dan menantu.

Bagitahu je depan depan dia tak suka anak mintak duit setiap bulan. Dan bagitahu juga anak dan menantu untuk merancang keluarga. Jangan tambah anak ramai ramai. Kesian nasib anak anak sebab serba serbi tak cukup.

Kita hanya pandai cakap anak tu rezeki. Tapi keperluan anak pun kite masih banyak culas. Jangan jadi mak ayah yang ego.

– Kak N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. betul, setuju, kenapa yg susah ni selalu tmbah anak pdhal dh tau susah. alasan, anak rezeki. aduh pening. anak tu AMANAH ya…

  2. Typical keturunan melayu begini nak berkahwin tapi harta dan Wang apa pun tiada sebaliknya menumpang rumah ibubapa tak perlu keluarkan duit atau nafkah.. Rupanya orang cina memang budaya mereka sebelum kahwin anak bekerja sediakan Wang untuk berkahwin. Cukup masa beritahu parents untuk masuk meminang atau minta jagakan Wang mereka. Mengumpul Wang walaupun dari golongan atasan.

  3. saye sokong dan setuju dgn penulisan confessor.
    xya g jauh2, tgok jela sekeliling sendiri..
    parents umur da 60 sepatutnye xya fikir pasal nk carik duit lagi dah.
    patut nye anak2 yg bantu ringan kan kehidupan mereka.
    ni x, kalau yg masih keje, kena tanggung makan minum cucu pulak,
    kalau yg x kje, kena jage cucu…..
    ala kasimmmm,geraaaamm je biji mate macik

  4. Salah mak ayah yg layan kan kemahuan anak. Kenapa tak bertegas ajar anak tu? “Kita bukan org senang. Hidup kena berjimat.. Tak ada duit buat cara tak ada duit.. Nak apa2.. simpan duit/cari duit extra…” bukan setiap kali anak nak apa bagi jer. Ni yg mak aku selalu sebut dari dulu even circle kwn kerja dia pakai gelang emas penuh tangan dia tak ikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *